Mereka Mereka Dan Kekuatan Hati:

Wahai Tuhan yang Maha Agung, Kau berilah cahaya yang terang buat dia yang telah menjadi malaikat kepada malaikat kesayangan ku. Benarkanlah dia melangkah kedalam sinar agungMu wahai Sang Pencipta, sesungguhnya tiada yang lebih agung dari agungnya kasih Mu wahai Ar Rahman. Sesungguhnya kasih sayangmu tersalur buat malaikat kesayanganku melalui cahaya kasih sayang dia.

Teguhkan dada dada mereka mereka disekeliling dia, agar sentiasa mereka mereka itu kuat dan bertangkis teguh menahan dugaan Mu yang perit ini. Teguhkanlah iman mereka mereka untuk menghadapi kesempitan jiwa jiwa mereka disaat Kau mengambil kembali apa yang sebenarnya kurnia daripada Mu wahai Ar Rahim. Yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasih.

Wahai Sang Pencipta Yang Paling Agung, Maha suci zat agung Mu yang bersemayam diatas Arash dengan segala kebesaran Mu. Lapangkanlah dada malaikat kecil kesayanganku, semoga dia bisa menempuh kehilangan ini selapang lapang luas Arash mu. Semoga hikmah disebalik apa yang berlaku ini dapat dia fahami dan resapi dengan penuh bijaksana.

Inna Lillahi Wa Inna Ilaihi Roji'un, Dari Mu kami datang dan Kepada Mu kami kan kembali.

Lepaskan Dia Pergi:

Tiada kata yang terbaik untuk aku lafazkan kepadamu. Aku melihat deritanya melalui matamu dan merasai kesakitannya melalui semua pancainderamu. Maafkan aku kerana aku tidak mampu berada disitu sewaktu kau paling memerlukan pelukan ku. Tiada yang paling ku kesali daripada saat saat kau menempuhinya sendirian. Namun bersabarlah sayang, sesungguhnya ini tidak lain daripada dugaan buat semua mereka mereka disekelilingnya, buatmu dan juga buat kita.

Sesungguhnya, tidak akan aku lepaskan genggaman tanganku dan akan ku terus suburkan keeratan pelukanku. Kita akan hadapinya bersama dan sekali kali aku tidak akan berundur darimu.

Lepaskanlah dia pergi. Semoga Rohnya dicucuri rahmatNya dan ditempatkan dikalangan orang orang yang beriman. Amin.

Satu Dua Tiga Lekuk:

Satu hembus dua hembus tiga hembus empat hembus lima hembus enam hembus tujuh hembus lapan hembus lalu habis.

Kali diatas dengan empat belas.

Sama dengan Ringgit Malaysia lima ringgit sembilan puluh sen.

Bersamaan dengan sakit dada, kepala pening, lenguh sendi, cepat letih, nafas tak cukup, terasa nak pitam ditempat sejuk dan batuk batuk. Paru paru sudah hitam dan mereput tapi aku tetap degil. Esok lusa rebah ditepi jalan ketika menunggu bas ke mahkamah dan terus meninggal dunia disitu juga, siapa pula yang akan update blog ini?

Atau dalam kubur ada sambungan internet dan laptop?

Menanti Rangkap puisi Yang Terakhir:

Diawal saat kita bertemu, kita menganggap kehadiran itu untuk membuatkan kita lebih kuat untuk menghadapi malam malam gelap didalam dua dunia kita yang berbeza.

Takdir sudah tertulis, kita jatuh cinta. Dan kini kita terpaksa berhadapan dengan satu malam yang gelita lebih gelap ia daripada malam malam gelap yang sedang dan pernah kita lalui.

Takdir sudah tertulis kita tercipta untuk bersama buat seketika cuma dan kini kita masih berpaut kepada kasih sayang yang terlalu mustahil untuk kita lepaskan dan terlalu mustahil untuk kita teruskan ke dasar dasar yang kita inginkan.

Walau bagaimana pun kesudahan metafora metafora kita, kita akan tempuhinya bersama sama dan yang pasti genggaman tangan kita tidak akan aku lepaskan walaupun bisikan itu tidak mampu bersuara lagi.

Menanti rangkap rangkap puisi yang terakhir.

Yang Seterusnya Yang Seterusnya:

Melalui telefon aku mendengar suara mu hari ini selama selama sejam. 10 minit yang pertama digunakan untuk bertanya khabar.

Setengah jam daripada sejam itu hanya untuk meluahkan rasa rindu aku pada dia dan rindu dia pada aku sambil mengucapkan i miss you tanpa henti.

Setengah jam daripada sejam seterusnya itu hanya untuk meluahkan rasa sayang aku pada dia dan sayang dia pada aku sambil mengucapkan i love you tanpa henti.

Setengah jam daripada sejam selepas itu pula hanya untuk bertengkar mengenai siapa yang lebih menyayangi siapa.

Setengah jam daripada sejam kemudiannya itu hanya untuk aku menghargai kewujudan dia dalam hidup aku dan kewujudan aku didalam hidup dia sambil mengucapkan terima kasih tanpa henti.

Setengah jam daripada sejam yang lain itu hanya untuk berkongsi imaginasi kehidupan selepas berumah tangga.

Setengah jam daripada sejam yang terakhir itu hanya untuk mengucapkan kata kata rindu untuk berpisah dan ketidak inginan untuk meletakkan telefon.

Setengah jam terakhir berikutnya daripada sejam itu hanya untuk mengucapkan perkataan BYE.

23 jam selepas itu hanya untuk tersenyum sendirian dan bergelisah menunggu panggilan telefon yang seterusnya.

Seribu Matahari Yang Paling Megah:

Hari ini aku dan dia bersama sama dihanyutkan seribu matahari matahari yang paling megah.

Terbatas Di Penjuru Yang Terakhir:

Aku tenggelam didalam ketenangan duniawi. Dalam pada masa yang sama tidak tertahan menahan resah, gelisah dan kegundahan yang maha dahsyat.

Aku tenggelam didalam kerinduan duniawi. Dalam pada masa yang sama tidak tertahan menahan kesunyian, keseorangan dan kesepian yang maha dalam.

Aku tenggelam didalam kecintaan duniawi. Dalam pada masa yang sama tidak tertahan melawan kesedihan, didalam ketiadaan penawar untuk merawat lara jiwa yang maha kejam.

Aku tenggelam didalam takdir. Tangan tangan terikat dengan keizinan yang tidak pernah nyata. Mulut mulut terkunci dengan kebenaran yang tidak bisa terundur. Kaki kaki yang dibelenggu rantai rantai keadaan yang membunuh aku dan dia.

Wahai Tuhanku yang Maha Menyintai, kurniakanlah kepada aku pedomanMu, agar jalan jalan ini bersuluh dengan hikmah hikmahMu yang masih aku belum mengerti dan fahami ini.

La ilaaha illa anta subhanaka ini kuntumina adzalimeen
Tiada tuhan selain Dikau, iaitu Engkau yang Maha Suci, sesungguhnya aku adalah dikalangan orang orang yang zalim.

Sesungguhnya aku dikalangan orang orang yang terlalu lemah dan kerdil.

Surat Cinta Nombor Satu:

Assalamualaikum,

Kehadapan awak yang saya sentiasa rindui. Apa khabar? Saya disini Alhamdulillah, sihat walafiat. Saya juga berharap agar awak juga didalam keadaan yang sama.

Maaflah jika kedatangan surat kecil ini mengganggu rutin harian awak. Saya tidak bermaksud sama sekali untuk menjadikan ia sebagai satu bentuk gangguan. Saya cuma berasa yang saya sangat perlu menulis surat ini kepada awak sekarang. Surat ini sepatutnya diberikan kepada awak dimasa hadapan tapi saya kira, tiada salahnya jika awak membacanya sekarang.

Awak, boleh saya tanya sesuatu? Kemana hilang keajaiban cinta kita? Kemana lunturnya kasih sayang yang selama ini dengannya kita mengikat keakraban hubungan cinta kita? Kemana ghaibnya kata kata manis, bisikan bisikan mesra yang sentiasa membuat kita tersenyum sendirian? Kemanakah kesefahaman didalam perhubungan kita? Sesuatu yang pernah kita sama sama semai kini sudah seperti sudah tiada. Saya ingin tahu dimana puncanya. Saya tidak mahu menuding jari kepada sesiapa kerana ia hanya akan memburukkan keadaan apatah lagi jika saya kira kita sama sama bersalah didalam hal ini. Saya cuma ingin kita bahagia seperti dulu. Bahagia sepertimana bila cinta kita mula berputik dulu. Ada diantara kita yang sudah berubah. Mungkin saya atau mungkin awak.

Tiada masalah yang tidak boleh diselesaikan. Saya menulis surat ini sebagai langkah pertama kearah perbincangan yang lebih membawa kebaikan pada kita bersama, awak dan saya. Bukan mahu menuding jari. Jika saya yang salah, semoga cepat cepat saya dapat meminta maaf daripada awak. Dan begitu juga jika sebaliknya. Surat ini sudah cukup membuktikan saya cuba menanam keegoan saya demi menyelamatkan cinta kita, demi menghidupkan semula kasih sayang kita.

Didalam perhubungan, toleransi adalah sesuatu yang cukup penting jika kita mahu perhubungan ini kekal sehingga ke hari tua. Toleransi hanya akan tercapai jika ada kesefahaman. Dan kesefahaman hanya akan datang jika kita mencuri sedikit masa setiap hari untuk mengenali jiwa insan yang kita sayang. Memang benar apa yang orang orang kata, didalam percintaan, salah seorang mesti mengalah, tapi apa salahnya jika kita kedua dua menundukkan kepala kepada satu sama lain. Kita berdua mengalah. Kita letakkan keegoan kita ketepi dan cuba berfikir dengan lebih jauh untuk kebahagiaan dimasa masa hadapan.

Entahlah awak. Susah saya nak terangkan kesemuanya. Tapi harap awak dapat fikirlah masak masak dan dalam dalam mengenai isi surat ini. Saya pun dah mengantuk dan saya tidak mahu menulis lagi.

Yang benar
Hozn Raeef

Tupai Dan Semangkuk Kekacang:

Beberapa minggu lepas saya menghabiskan masa dengan memakan berbagai jenis kekacang. Ini adalah pembuka tirai kehidupan saya bersama kekacang. Saya berjaya membeli 3 jenis kacang iaitu Cashew nut, Hazel nut dan Almond nut. Saya adalah seperti seekor squirrel yang gemar memakai baju berwarna kuning dan topi berpolkadot merah sambil menonton TV. Nina selalu marah saya jika saya memberitahunya saya menjalankan nut diet. Saya tidak tahu kenapa. Tapi yang saya tahu, ia lebih baik daripada memakan ais krim.

My Angel by Dru Hill:

You taught everything in life i need
Sometimes i felt you were my everything
And if it were all left up to me
you ld be right beside me but yr gone

Although i know youre in a better place
So selfishly i wish you could have stayed
How i long to hear you call my name
Lord give me the strenght to carry on

If you talked to my angel
The one who carry me and gave me life
Could u tell her that i love her
And i cant wait to see her on the other side

p/s: I cried listenin to this song.

Malaikat Malaikat Peribadi:

Sesungguhnya mereka adalah malaikat malaikat peribadi tercipta istimewa hanya untuk kita. Buat bonda, terima kasih kami ucapkan diatas segala galanya.

Kasih Sayang Yang Terjunjung:

Pengorbanan itu tidak ku pinta tapi tanpa ia kerebahan ini tak termampu untuk dihadapi seorang diri apatah lagi untuk bangun dan terus berdiri.

Senyuman itu sentiasa buat aku girang, sentiasa menjadi hujan menyuburi taman taman hati, menjadi baja buat melur melur putih yang melata di atas padang padang kosong ini.

Tanpa kasih sayang itu, aku tidak akan menjadi aku. Corak manusia bernama aku ini adalah daripada celupan celupan kasih sayang yang lebih besar dari langit langit syurga, lebih hebat daripada cakrawala cakrawala.

Kini, aku hanya mampu berdiri disebalik pintu itu, untuk melihat mu terkulai disitu memandang keluar jendela, bertemu tangis dinding dinding jiwa kerana sesungguhnya aku tidak mampu memberati dibahu ku apa yang kau rasai. Demi Tuhan, aku berjanji untuk memperhambakan diri hanya untuk membuat kau sentiasa gembira.

Kasih sayangmu kujunjung. Selamat hari ibu.

Meludahnya Kembali:

[i]

Telah ku abdikan tahun tahun ku untuk mengenali dia. Mencari setiap penjuru mengusik setiap degupan jantung mencari simpulan simpulan hati untuk aku leraikan. Hanya kerana aku ingin bahagia disampingnya, kerana aku berjanji padanya yang aku ingin dia bahagia. Aku telah buktikan kepadanya yang aku sanggup lakukan segala, menuruti katanya bagaikan sang gila, hanya untuk melihat dia tersenyum gembira. Si naif yang hanya mementingkan kegembiraan dirinya tanpa dia sedar dan tahu.

Terima kasih kerana meludah aku. Terima kasih kerana meludah aku. Dan hari ini aku akan meludahnya kembali. Terima kasih kerana meludah aku. Jiwa aku sudah lama mati. Ruang kosong itu sudah lama diganti. Dan hari ini aku akan meludahnya kembali.

[ii]

Dia? Si naif itu hanya akan berakhir menjadi pemuas gelora pemuja pemuja disekelilingnya, dan dia tidak akan mampu melangkah keluar kerana dia tuli pekak dan buta. Aku sudah tidak bersimpati lagi kerana jiwa aku sudah lama mati. Aku hanya rasa kosong dan aku tidak mahu peduli. Biarlah mata mata pemuja pemuja itu menelanjanginya, membogelkannya dan menodainya. Biarlah, aku tidak mahu peduli, atas kebodohan si naif itu sendiri.

Biar sahaja mata mata pemuja pemuja itu mencuri lihat dicelah celah bajunya, mencuri lihat pujaan nafsunya. Biar sahaja mata mata pemuja itu mencuri lihat alur dadanya sewaktu dia tunduk, mencuri lihat pujaan nafsunya. Kebodohan si naif itu sendiri. Dan aku tidak mahu peduli. Barangkali dia sengaja mendedah dada untuk tatapan sitangan kurap, sihidung besar dan si pipi cengkung itu. Barangkali dia terlalu bodoh. Dan hari ini aku akan meludahnya kembali.

Nukilan Irama Namamu Awan:

Nukilan Irama Namamu Awan, aku amat menyintai mu sepenuh hatiku. Tiada yang lebih jujur dari itu sayang.

Untuk Dunia Yang Lain:

Hampir:

Buat kali pertamanya aku hampir merasakan bahawa dia menyintai dan menyayangi aku lebih daripada aku menyintai dan menyayangi dia. Aku katakan hampir kerana kami sudah bersetuju untuk menerima kenyataan bahawa aku akan senantiasa menyintai dan menyayanginya lebih daripada dia menyintai dan menyayangi aku.
Cinta kita begitu sempurna kan sayang?

Dan Aku Terbunuh:

Semakin lama semakin kerap. Tidak tertahan bagai dihentak hentak menusuk dari dalam. Tidak tertanggung.

"Pergilah jumpa doktor" kata dia penuh prihatin.

" Jika aku ditakdirkan untuk mati kerana ini, adalah lebih baik aku mati tanpa aku ketahui masanya" Jawab aku menyembunyikan kekalutan.

"Tapi jika kita tahu puncanya, barangkali kita berkesempatan untuk mengubatinya"dia terus mendesak.

"Usah dirisaukan, sekarang sudah baik. Aku sudah pulih" kataku terus menyembunyikan gentar jiwa.

"Tidak perlulah berdegil didalam perihal ini. You are sick, you need to go and see the doctor" dia menekan.

"And be informed that im not going to see November? No way!" aku defensif.

Tiba tiba mataku kelam seketika, darah seorang berlumba lumba menujuk ke kepala, nafas terasa sungguh singkat, tangan menjadi kejang, kaki tak terpasak, dadaku bergelora dengan seribu satu kesenakan bagai ditekan tekan dari dalam. Tiba tiba aku memuntahkan cecair hitam dari mulutku yang selama ini terkumpul didalam paru paru kecil ku. Mataku dari merah bertukar hitam diselaputi cecair aneh yang menembusi bebola mataku. Setiap rongga rongga ku menitiskan cecair hitam itu. pekat likat dan membunuh.

Kucing Dalam Cawan:

Pagi ini saya ingin minum segelas kucing o ais dan sebungkus kucing lemak sebelum ketempat kerja menaiki seekor kucing.

Semalam, Kita Mencipta Sejarah:

Semalam, kita mencipta sejarah. Berpegangan tangan mengira bintik bintik hujan. Berpegangan tangan membilang bintang bintang. Berpegangan tangan melihat dan mengkagum mentari senja. berpegangan tangan meniti saat saat waktu yang paling indah bersama.

Semalam, kita mencipta sejarah. Hanya senyuman mengiringi setiap saat dikala kita bersama sama meniti kemuncak. Bernafas didalam diam hanya menikmati setiap titis titis kehebatan sebuah cinta, keagungan kemuncak sebuah kasih sayang.

Semalam, kita mencipta sejarah. setiap patah kata menusuk sejengkal perasaan seolah olah kita melangkah keluar dari mimpi dan berbisik dibalik selimut diatas ranjang itu. Didalam lelah mencari seteguk nafas dilemasi keringat sebuah luahan perasaan yang paling dalam.

Semalam, kita mencipta sejarah.

Berbasikal Ke Utarid:

Berjalan terlalu memenatkan. Aku memilih untuk berbasikal sahaja. Terima kasih.

Yang Keenam Kalinya:

Permulaannya. Kali pertama. Yang nombor satu. Yang teristimewa. Yang teratas dari segalanya. mampukah lagi untuk yang keenam kalinya?

Kenapa kau tersenyum?

Berjalan Kaki Ke Utarid:

Mulai daripada hari ini, kau tidak usah bimbang lagi. Aku akan menjaga dirimu sehingga nafas aku yang terakhir. Akan aku berikan hanya yang terbaik untukmu dan tidak akan biarkan setitis pun air mata itu mengalir kerana ku. Lupakanlah segala kisah silam kita, mungkin ada tikanya manis dan mungkin kadang kalanya pahit, semuanya mendewasa.

Dihatiku tersemat hanya satu. Aku ingin membahagiakan dirimu. Janjiku. Untukmu, sanggup aku berjalan kaki ke Utarid.

Dan Jiwa Kecil Itu Terus Menangis:

Jiwanya masih muda. Meskipun sukar untuk ditelan namun jiwa kecil itu tempuhi jua walau dia kurang mengerti larian larian hidup yang melepasi bahunya.

Sukarnya jiwa kecil itu melihat teman teman lain yang megah bercerita tentang apa yang jiwa kecil itu tiada. Kehilangan itu diterima namun jiwa kecil itu tidak bersedia untuk ini. Tiada jawapan yang mampu diberi setiap kali jiwa kecil itu dilontar soalan soalan kejam meruntun jiwa kecilnya.

Didalam hari hari keramaian sekolahnya, teman teman lain girang bersama sama dengan apa yang jiwa kecil itu tiada. Jiwa kecil itu hanya mampu melihat dari sudut yang paling jauh, di penjuru yang paling kecil, disebalik ruang sembunyi yang paling gelap.

Dia bermain main sendirian tanpa ditemani oleh apa yang jiwa kecil itu tiada. Jiwa kecil itu kerinduan dan dahagakan kasih sayang dari apa yang jiwa kecil itu tiada. Kehilangan itu diterima namun jiwa kecil itu tidak bersedia untuk ini.

Kenapa kebahagiaan untuk bersama didalam pelukan manja apa yang jiwa kecil itu tiada dicuri darinya? Jiwa kecil itu ingin membesar bersama dia, ingin merasa pelukan kasih sayang dia dan ingin mendapat perhatian daripada dia sebagaimana teman teman lain bersama dengan dia dia mereka.

Jiwa kecil itu hanya mampu menangis didalam keirian hati yang memuncak, namun tiada apa yang mampu dia lakukan. Jiwa kecil itu menghela nafas panjang dan terus berjalan kearah cahaya itu tanpa mahu kembali lagi.

Bersemadilah dengan aman duhai bapaku. Kita pasti akan bertemu lagi. Insya Allah.

Dan Itulah Yang Paling Indah:

Kuasa apakah ini yang membuat hatiku kaku dan tergamam. Terdiam memandang mata mu yang bercahaya suci dari gelap jiwa malam itu. Usah kau dewasa wahai anak kecil, usah kau fahami kekalutan dunia ini. Tetaplah kamu dialam indah muda mu dan usahlah kau melangkah keluar daripadanya. Sesungguhnya kau tidak perlu melihat kepunahan jiwa bangsa mu yang semakin hanyut didalam kehitaman ini. Dan ketahuilah aku akan sentiasa tersihir oleh senyuman mu.

Dan itulah yang paling indah.

Mencari Yang Dicari:

Jika takdir itu boleh diubah ubah, sudah pasti dia akan cuba mengubahnya. Dia tidak mahu berdiri sendirian lagi. Dia tidak mahu hanya bertemankan bayang bayang itu. Letih sudah jari jemari menari diatas helaian helaian perca perca jiwa itu. Namun hakikatnya, takdir itu sudah tertulis dan dia tidak mampu untuk melakukan apa jua yang terdetik didalam tarian hatinya. Tarian jiwa laranya.

Jika takdir itu boleh diubah ubah, sudah pasti yang dicari itu tiada dicari kerana ia sudahpun berdiri dihadapan matanya. Dia gusar mencari jalan untuk menggapainya namun yang hidup hanya cinta dan harapan. Cinta itu masih hijau namun harapan itu sudah kelabu dan masa sudah menghampiri putih. Dia terdiam. Melangkah longlai mencari yang dicari yang sudah ada dihadapan mata tetapi gagal dilihatnya, gagal digapainya, gagal dirasainya.

Jika takdir itu boleh diubah ubah, hati lara ini pastikan terubat. Oh penawar, dimanakah dirimu?

Yang Terpaling:

Paling dia suka:
1-Melihat butiran butiran hujan yang berlumba dari syurga.
2-Melihat megah mentari di ufuk kala senja yang agung.
3-Melihat bintang bersinar di malam malam mahakarya.
4-Melihat padang luas yang menghijau sesaujana mata menilai.
5-Melihat anak anak kecil tersenyum didalam kebebasan jiwa.

Kerana aku manusia yang bisu dan kau tidak akan pernah fahami.

Rahasia Rasmi Kerajaan Jiwa:

Dan telah ku lukiskan untuk mu sekeluarga kucing; Papa kucing, Mama kucing, dan lima anak anak mereka. Biar mereka sahaja yang membuat kau tersenyum.

Tersungkur, Terduduk, Tertewas:

Dia sudah tidak punya siapa lagi melainkan dirimu. Saban hari puisi puisi itu dikarang jemari lembut tanpa pendengar tanpa pembaca terbiar kaku diatas lipatan lipatan angin November. Kehilangan yang dirasainya itu terlalu dalam, lebih dalam daripada lubuk hati yang paling dalam, tanpa mampu memberi noktah. Dia kerinduan. Mencarimu didalam diam, menggapai cinta mu didalam kebisuan, mencapai senyum mu tanpa bicara. Dia tersungkur, terduduk dan tertewas.

tersungkur, terduduk dan tertewas di riba kerinduan yang memuncak.

Kapal Terbang Kertas Berwarna Putih:

Dia pernah ada seekor anak kucing yang amat disayanginya. Warnanya putih, jarinya enam, bunyinya kecil, sekecil badan gemuknya itu, lalu dinamakan ia Putih. Dia pulang kepenatan, Putih akan berlari mendapatkannya semata mata untuk mencakar kaki dan menggigit tangannya. Sakit tetapi untuk Putih, dibiarkan sahaja.

Perutnya buncit, untuk seekor anak kucing yang kecil, ia terlalu buncit. Kadangkala dikala kebosanan, Dia memanggilnya si Buncit Putih. Suka tidur ditepi Datuk dan Neneknya dikala mereka merebah badan ditengah hari. Empat kaki menjulang awan, tergolek bagaikan segumpal kertas putih. Segumpal kertas putih yang gemuk dan buncit.

Dikala Datuk dan Neneknya bercucuk tanam dibelakang rumah, Putih akan menemani mereka sambil bermain main dengan daun daun yang jatuh berguguran daripada pohon rambutan tua rendang itu. Ataupun akan berlari laju mengejar rama rama dan pepatung yang menjadi kerap menjadi mangsa buliannya. Kadang kadang Putih yang dikejar.

Anak kecil itu tertawa.

Petang itu, Dia pulang dan mencari cari dimana Putih, anak kucing kesayangannya itu. Hari semakin gelap, awan awan hujan mula berarak. Petang itu semakin suram. Angin mula bertiup kencang membawa pohon rambutan tua itu kekiri dan kekanan. Semakin gelap, semakin suram dan semakin kelam. Putih tidak kelihatan. Semakin gelisah.

Dari jauh, segumpal kertas putih itu kaku tidak bergerak terbaring dibalik daun daun rambutan kering yang terus menghujaninya menutup perlahan lahan gumpalan itu. Hati berdegup laju. Air mata menanti masa untuk berlari. Suara mula tersekat sekat. Kaki melangkah longlai.

Dia terduduk. Putih telah tiada. Anak kecil itu terus menangis tanpa henti henti.

Dan hujan pun membasahi bumi.

Melontar Batu Ke Bintang:

Gelap.
Kesejukan.
Tangis.
Bersendirian.
Bisu.
Kerinduan.
Diam.

Dimana dirimu dikala aku amat amat memerlukan dakapan mu.

Pagi Yang Bermimpi:

Segala Puji Bagi Tuhan.

Aku buka kan mata. Sejuk. Embun masih mencari ruang untuk berlari. Masih gelap. Aku melihat kesisi kiri itu, dan disitu kau berada. Tenang, indah dan mendamaikan.

Terus ku nikmati saat saat itu berharap agar ia tidak akan berlalu. Ku rangkul badanmu kedalam pelukanku dan kau terus menyusup rapat kedadaku. Lalu aku tersenyum.

Aku bisikkan ke telinga mu kata kata cinta yang terzahir dari jiwa disaat itu. Ku cium dahimu dan kau terus diselimuti lena. Aku tidak mahu kau terjaga. Biar aku nikmati saat itu.

Perlahan lahan kau membuka mata mu, dan tersenyum. Ku kucup bibir mu, dan tersenyum.

Tenang, indah dan mendamaikan.

Yang Manis, Wangi dan Indah Itu:

Untukmu, ku redah hujan itu. Biar ia membasahi ubun ubun ku. Biar ia membuatkan aku kuyup didalam peluru peluru yang menikam badanku. Agar dapat aku hulurkan yang manis, wangi dan indah itu.

Aku nekad. Biar jauh perjalanan terpaksa aku tempuh, setiap saat yang berlalu dikala aku merenung keluar jendela melihat awan dan daun daunnya melepasi bahuku satu persatu didalam kelelahan itu, aku nekad. Agar dapat aku hulurkan yang manis, wangi dan indah itu.

Didalam gelita aku tercari cari dimana aku berada dan kemana harus aku tuju lantas kubiar sahaja bibir dan langkah kaki ini melangsung ceritera, membawa aku kepada mu. Agar dapat aku hulurkan yang manis, wangi dan indah itu.

Dan kau disitu. Setiap langkah aku kearahmu bagaikan semakin lemah dan longlai. Biar aku jatuh disitu. Hujan terus menikam ubun ubunku walaupun ditanganku masih kukuh genggaman aku pada yang manis, wangi dan indah itu. Akan aku hulurkan ia kepada mu.

Ribuan batu aku melangkah pergi darimu dikala kau menyambut lara hatiku dengan tangisan dan seribu kesombonganmu, menikam dadaku menembusi hati. Kesejukan yang aku rasa lebih pedih dari manik manik air yang menimpa dari syurga. Aku melangkah pergi darimu. Dan kau tidak menghiraukan aku. Tidak menghiraukan keseksaanku. Didalam gigil aku melangkah. Aku tewas namun aku tidak mahu kau melihatnya. Yang manis, wangi dan indah itu telah hilang warnanya.

Biarkanlah aku terus didalam rintihan hujan ini walau yang manis, wangi dan indah itu kaku tiada bernyawa didalam genggaman mu.

Jika Dinding Itu Mampu Berbicara:

Hanya ia yang menjadi saksi keajaiban senyuman kita. Apatah lagi dikala tiada kata kata yang mampu memberi makna pada apa yang telah kita kecapi bersama disaat itu. Jika dinding dinding itu mampu berbicara, akan aku tulis kembali saat saat indah kita ketika itu melalui pujangga dinding dinding bisu itu. Dikala kau didalam pelukan ku, disaat aku mengucup dahimu dan kau mengucup dahiku. Nafsu bagaikan hilang kata kata. Hanya cinta dan segala keajaibannya. Hanya cinta dan segala keindahannya. Hanya cinta dan seribu satu lafaznya.

Aku ingin hidup ketika itu. Aku ingin terus mekar didalam lena itu. Tika aku menjulang kasih sayangmu, saat aku setiap detik untuk terus bersama mu, didalam rangkulan mewah mu, didalam halus bicara katamu, didalam indah senyum tawamu, dikala tiada resah, tiada gundah hanya indah.

Jika dinding dinding itu mampu berkata kata, ku kan pinta sebuah syair daripadanya, agar dapat aku kenang kembali saat saat itu, saat saat kita bersama.
 
 
Copyright © Metafora Post Modernisme
Blogger Theme by BloggerThemes Design by Diovo.com