[i]Telah ku abdikan tahun tahun ku untuk mengenali dia. Mencari setiap penjuru mengusik setiap degupan jantung mencari simpulan simpulan hati untuk aku leraikan. Hanya kerana aku ingin bahagia disampingnya, kerana aku berjanji padanya yang aku ingin dia bahagia. Aku telah buktikan kepadanya yang aku sanggup lakukan segala, menuruti katanya bagaikan sang gila, hanya untuk melihat dia tersenyum gembira. Si naif yang hanya mementingkan kegembiraan dirinya tanpa dia sedar dan tahu.
Terima kasih kerana meludah aku. Terima kasih kerana meludah aku. Dan hari ini aku akan meludahnya kembali. Terima kasih kerana meludah aku. Jiwa aku sudah lama mati. Ruang kosong itu sudah lama diganti. Dan hari ini aku akan meludahnya kembali.
[ii]
Dia? Si naif itu hanya akan berakhir menjadi pemuas gelora pemuja pemuja disekelilingnya, dan dia tidak akan mampu melangkah keluar kerana dia tuli pekak dan buta. Aku sudah tidak bersimpati lagi kerana jiwa aku sudah lama mati. Aku hanya rasa kosong dan aku tidak mahu peduli. Biarlah mata mata pemuja pemuja itu menelanjanginya, membogelkannya dan menodainya. Biarlah, aku tidak mahu peduli, atas kebodohan si naif itu sendiri.
Biar sahaja mata mata pemuja pemuja itu mencuri lihat dicelah celah bajunya, mencuri lihat pujaan nafsunya. Biar sahaja mata mata pemuja itu mencuri lihat alur dadanya sewaktu dia tunduk, mencuri lihat pujaan nafsunya. Kebodohan si naif itu sendiri. Dan aku tidak mahu peduli. Barangkali dia sengaja mendedah dada untuk tatapan sitangan kurap, sihidung besar dan si pipi cengkung itu. Barangkali dia terlalu bodoh. Dan hari ini aku akan meludahnya kembali.
0 tulisan tambahan:
Post a Comment