Assalamualaikum,Kehadapan awak yang saya sentiasa rindui. Apa khabar? Saya disini Alhamdulillah, sihat walafiat. Saya juga berharap agar awak juga didalam keadaan yang sama.
Maaflah jika kedatangan surat kecil ini mengganggu rutin harian awak. Saya tidak bermaksud sama sekali untuk menjadikan ia sebagai satu bentuk gangguan. Saya cuma berasa yang saya sangat perlu menulis surat ini kepada awak sekarang. Surat ini sepatutnya diberikan kepada awak dimasa hadapan tapi saya kira, tiada salahnya jika awak membacanya sekarang.
Awak, boleh saya tanya sesuatu? Kemana hilang keajaiban cinta kita? Kemana lunturnya kasih sayang yang selama ini dengannya kita mengikat keakraban hubungan cinta kita? Kemana ghaibnya kata kata manis, bisikan bisikan mesra yang sentiasa membuat kita tersenyum sendirian? Kemanakah kesefahaman didalam perhubungan kita? Sesuatu yang pernah kita sama sama semai kini sudah seperti sudah tiada. Saya ingin tahu dimana puncanya. Saya tidak mahu menuding jari kepada sesiapa kerana ia hanya akan memburukkan keadaan apatah lagi jika saya kira kita sama sama bersalah didalam hal ini. Saya cuma ingin kita bahagia seperti dulu. Bahagia sepertimana bila cinta kita mula berputik dulu. Ada diantara kita yang sudah berubah. Mungkin saya atau mungkin awak.
Tiada masalah yang tidak boleh diselesaikan. Saya menulis surat ini sebagai langkah pertama kearah perbincangan yang lebih membawa kebaikan pada kita bersama, awak dan saya. Bukan mahu menuding jari. Jika saya yang salah, semoga cepat cepat saya dapat meminta maaf daripada awak. Dan begitu juga jika sebaliknya. Surat ini sudah cukup membuktikan saya cuba menanam keegoan saya demi menyelamatkan cinta kita, demi menghidupkan semula kasih sayang kita.
Didalam perhubungan, toleransi adalah sesuatu yang cukup penting jika kita mahu perhubungan ini kekal sehingga ke hari tua. Toleransi hanya akan tercapai jika ada kesefahaman. Dan kesefahaman hanya akan datang jika kita mencuri sedikit masa setiap hari untuk mengenali jiwa insan yang kita sayang. Memang benar apa yang orang orang kata, didalam percintaan, salah seorang mesti mengalah, tapi apa salahnya jika kita kedua dua menundukkan kepala kepada satu sama lain. Kita berdua mengalah. Kita letakkan keegoan kita ketepi dan cuba berfikir dengan lebih jauh untuk kebahagiaan dimasa masa hadapan.
Entahlah awak. Susah saya nak terangkan kesemuanya. Tapi harap awak dapat fikirlah masak masak dan dalam dalam mengenai isi surat ini. Saya pun dah mengantuk dan saya tidak mahu menulis lagi.
Yang benar
Hozn Raeef
0 tulisan tambahan:
Post a Comment