Kasih Sayang Yang Terjunjung:

Pengorbanan itu tidak ku pinta tapi tanpa ia kerebahan ini tak termampu untuk dihadapi seorang diri apatah lagi untuk bangun dan terus berdiri.

Senyuman itu sentiasa buat aku girang, sentiasa menjadi hujan menyuburi taman taman hati, menjadi baja buat melur melur putih yang melata di atas padang padang kosong ini.

Tanpa kasih sayang itu, aku tidak akan menjadi aku. Corak manusia bernama aku ini adalah daripada celupan celupan kasih sayang yang lebih besar dari langit langit syurga, lebih hebat daripada cakrawala cakrawala.

Kini, aku hanya mampu berdiri disebalik pintu itu, untuk melihat mu terkulai disitu memandang keluar jendela, bertemu tangis dinding dinding jiwa kerana sesungguhnya aku tidak mampu memberati dibahu ku apa yang kau rasai. Demi Tuhan, aku berjanji untuk memperhambakan diri hanya untuk membuat kau sentiasa gembira.

Kasih sayangmu kujunjung. Selamat hari ibu.

0 tulisan tambahan:

 
 
Copyright © Metafora Post Modernisme
Blogger Theme by BloggerThemes Design by Diovo.com