Aku tenggelam didalam ketenangan duniawi. Dalam pada masa yang sama tidak tertahan menahan resah, gelisah dan kegundahan yang maha dahsyat.Aku tenggelam didalam kerinduan duniawi. Dalam pada masa yang sama tidak tertahan menahan kesunyian, keseorangan dan kesepian yang maha dalam.
Aku tenggelam didalam kecintaan duniawi. Dalam pada masa yang sama tidak tertahan melawan kesedihan, didalam ketiadaan penawar untuk merawat lara jiwa yang maha kejam.
Aku tenggelam didalam takdir. Tangan tangan terikat dengan keizinan yang tidak pernah nyata. Mulut mulut terkunci dengan kebenaran yang tidak bisa terundur. Kaki kaki yang dibelenggu rantai rantai keadaan yang membunuh aku dan dia.
Wahai Tuhanku yang Maha Menyintai, kurniakanlah kepada aku pedomanMu, agar jalan jalan ini bersuluh dengan hikmah hikmahMu yang masih aku belum mengerti dan fahami ini.
La ilaaha illa anta subhanaka ini kuntumina adzalimeen
Tiada tuhan selain Dikau, iaitu Engkau yang Maha Suci, sesungguhnya aku adalah dikalangan orang orang yang zalim.
Sesungguhnya aku dikalangan orang orang yang terlalu lemah dan kerdil.
0 tulisan tambahan:
Post a Comment