Terbatas Di Penjuru Yang Terakhir:

Aku tenggelam didalam ketenangan duniawi. Dalam pada masa yang sama tidak tertahan menahan resah, gelisah dan kegundahan yang maha dahsyat.

Aku tenggelam didalam kerinduan duniawi. Dalam pada masa yang sama tidak tertahan menahan kesunyian, keseorangan dan kesepian yang maha dalam.

Aku tenggelam didalam kecintaan duniawi. Dalam pada masa yang sama tidak tertahan melawan kesedihan, didalam ketiadaan penawar untuk merawat lara jiwa yang maha kejam.

Aku tenggelam didalam takdir. Tangan tangan terikat dengan keizinan yang tidak pernah nyata. Mulut mulut terkunci dengan kebenaran yang tidak bisa terundur. Kaki kaki yang dibelenggu rantai rantai keadaan yang membunuh aku dan dia.

Wahai Tuhanku yang Maha Menyintai, kurniakanlah kepada aku pedomanMu, agar jalan jalan ini bersuluh dengan hikmah hikmahMu yang masih aku belum mengerti dan fahami ini.

La ilaaha illa anta subhanaka ini kuntumina adzalimeen
Tiada tuhan selain Dikau, iaitu Engkau yang Maha Suci, sesungguhnya aku adalah dikalangan orang orang yang zalim.

Sesungguhnya aku dikalangan orang orang yang terlalu lemah dan kerdil.

Surat Cinta Nombor Satu:

Assalamualaikum,

Kehadapan awak yang saya sentiasa rindui. Apa khabar? Saya disini Alhamdulillah, sihat walafiat. Saya juga berharap agar awak juga didalam keadaan yang sama.

Maaflah jika kedatangan surat kecil ini mengganggu rutin harian awak. Saya tidak bermaksud sama sekali untuk menjadikan ia sebagai satu bentuk gangguan. Saya cuma berasa yang saya sangat perlu menulis surat ini kepada awak sekarang. Surat ini sepatutnya diberikan kepada awak dimasa hadapan tapi saya kira, tiada salahnya jika awak membacanya sekarang.

Awak, boleh saya tanya sesuatu? Kemana hilang keajaiban cinta kita? Kemana lunturnya kasih sayang yang selama ini dengannya kita mengikat keakraban hubungan cinta kita? Kemana ghaibnya kata kata manis, bisikan bisikan mesra yang sentiasa membuat kita tersenyum sendirian? Kemanakah kesefahaman didalam perhubungan kita? Sesuatu yang pernah kita sama sama semai kini sudah seperti sudah tiada. Saya ingin tahu dimana puncanya. Saya tidak mahu menuding jari kepada sesiapa kerana ia hanya akan memburukkan keadaan apatah lagi jika saya kira kita sama sama bersalah didalam hal ini. Saya cuma ingin kita bahagia seperti dulu. Bahagia sepertimana bila cinta kita mula berputik dulu. Ada diantara kita yang sudah berubah. Mungkin saya atau mungkin awak.

Tiada masalah yang tidak boleh diselesaikan. Saya menulis surat ini sebagai langkah pertama kearah perbincangan yang lebih membawa kebaikan pada kita bersama, awak dan saya. Bukan mahu menuding jari. Jika saya yang salah, semoga cepat cepat saya dapat meminta maaf daripada awak. Dan begitu juga jika sebaliknya. Surat ini sudah cukup membuktikan saya cuba menanam keegoan saya demi menyelamatkan cinta kita, demi menghidupkan semula kasih sayang kita.

Didalam perhubungan, toleransi adalah sesuatu yang cukup penting jika kita mahu perhubungan ini kekal sehingga ke hari tua. Toleransi hanya akan tercapai jika ada kesefahaman. Dan kesefahaman hanya akan datang jika kita mencuri sedikit masa setiap hari untuk mengenali jiwa insan yang kita sayang. Memang benar apa yang orang orang kata, didalam percintaan, salah seorang mesti mengalah, tapi apa salahnya jika kita kedua dua menundukkan kepala kepada satu sama lain. Kita berdua mengalah. Kita letakkan keegoan kita ketepi dan cuba berfikir dengan lebih jauh untuk kebahagiaan dimasa masa hadapan.

Entahlah awak. Susah saya nak terangkan kesemuanya. Tapi harap awak dapat fikirlah masak masak dan dalam dalam mengenai isi surat ini. Saya pun dah mengantuk dan saya tidak mahu menulis lagi.

Yang benar
Hozn Raeef

Tupai Dan Semangkuk Kekacang:

Beberapa minggu lepas saya menghabiskan masa dengan memakan berbagai jenis kekacang. Ini adalah pembuka tirai kehidupan saya bersama kekacang. Saya berjaya membeli 3 jenis kacang iaitu Cashew nut, Hazel nut dan Almond nut. Saya adalah seperti seekor squirrel yang gemar memakai baju berwarna kuning dan topi berpolkadot merah sambil menonton TV. Nina selalu marah saya jika saya memberitahunya saya menjalankan nut diet. Saya tidak tahu kenapa. Tapi yang saya tahu, ia lebih baik daripada memakan ais krim.

My Angel by Dru Hill:

You taught everything in life i need
Sometimes i felt you were my everything
And if it were all left up to me
you ld be right beside me but yr gone

Although i know youre in a better place
So selfishly i wish you could have stayed
How i long to hear you call my name
Lord give me the strenght to carry on

If you talked to my angel
The one who carry me and gave me life
Could u tell her that i love her
And i cant wait to see her on the other side

p/s: I cried listenin to this song.

Malaikat Malaikat Peribadi:

Sesungguhnya mereka adalah malaikat malaikat peribadi tercipta istimewa hanya untuk kita. Buat bonda, terima kasih kami ucapkan diatas segala galanya.
 
 
Copyright © Metafora Post Modernisme
Blogger Theme by BloggerThemes Design by Diovo.com