You taught everything in life i need
Sometimes i felt you were my everything
And if it were all left up to me
you ld be right beside me but yr gone
Although i know youre in a better place
So selfishly i wish you could have stayed
How i long to hear you call my name
Lord give me the strenght to carry on
If you talked to my angel
The one who carry me and gave me life
Could u tell her that i love her
And i cant wait to see her on the other side
p/s: I cried listenin to this song.
Malaikat Malaikat Peribadi:
Kasih Sayang Yang Terjunjung:
Pengorbanan itu tidak ku pinta tapi tanpa ia kerebahan ini tak termampu untuk dihadapi seorang diri apatah lagi untuk bangun dan terus berdiri.Senyuman itu sentiasa buat aku girang, sentiasa menjadi hujan menyuburi taman taman hati, menjadi baja buat melur melur putih yang melata di atas padang padang kosong ini.
Tanpa kasih sayang itu, aku tidak akan menjadi aku. Corak manusia bernama aku ini adalah daripada celupan celupan kasih sayang yang lebih besar dari langit langit syurga, lebih hebat daripada cakrawala cakrawala.
Kini, aku hanya mampu berdiri disebalik pintu itu, untuk melihat mu terkulai disitu memandang keluar jendela, bertemu tangis dinding dinding jiwa kerana sesungguhnya aku tidak mampu memberati dibahu ku apa yang kau rasai. Demi Tuhan, aku berjanji untuk memperhambakan diri hanya untuk membuat kau sentiasa gembira.
Kasih sayangmu kujunjung. Selamat hari ibu.
Meludahnya Kembali:
[i]Telah ku abdikan tahun tahun ku untuk mengenali dia. Mencari setiap penjuru mengusik setiap degupan jantung mencari simpulan simpulan hati untuk aku leraikan. Hanya kerana aku ingin bahagia disampingnya, kerana aku berjanji padanya yang aku ingin dia bahagia. Aku telah buktikan kepadanya yang aku sanggup lakukan segala, menuruti katanya bagaikan sang gila, hanya untuk melihat dia tersenyum gembira. Si naif yang hanya mementingkan kegembiraan dirinya tanpa dia sedar dan tahu.
Terima kasih kerana meludah aku. Terima kasih kerana meludah aku. Dan hari ini aku akan meludahnya kembali. Terima kasih kerana meludah aku. Jiwa aku sudah lama mati. Ruang kosong itu sudah lama diganti. Dan hari ini aku akan meludahnya kembali.
[ii]
Dia? Si naif itu hanya akan berakhir menjadi pemuas gelora pemuja pemuja disekelilingnya, dan dia tidak akan mampu melangkah keluar kerana dia tuli pekak dan buta. Aku sudah tidak bersimpati lagi kerana jiwa aku sudah lama mati. Aku hanya rasa kosong dan aku tidak mahu peduli. Biarlah mata mata pemuja pemuja itu menelanjanginya, membogelkannya dan menodainya. Biarlah, aku tidak mahu peduli, atas kebodohan si naif itu sendiri.
Biar sahaja mata mata pemuja pemuja itu mencuri lihat dicelah celah bajunya, mencuri lihat pujaan nafsunya. Biar sahaja mata mata pemuja itu mencuri lihat alur dadanya sewaktu dia tunduk, mencuri lihat pujaan nafsunya. Kebodohan si naif itu sendiri. Dan aku tidak mahu peduli. Barangkali dia sengaja mendedah dada untuk tatapan sitangan kurap, sihidung besar dan si pipi cengkung itu. Barangkali dia terlalu bodoh. Dan hari ini aku akan meludahnya kembali.
Nukilan Irama Namamu Awan:
Subscribe to:
Posts (Atom)
