Dan telah ku lukiskan untuk mu sekeluarga kucing; Papa kucing, Mama kucing, dan lima anak anak mereka. Biar mereka sahaja yang membuat kau tersenyum.
Rahasia Rasmi Kerajaan Jiwa:
Dan telah ku lukiskan untuk mu sekeluarga kucing; Papa kucing, Mama kucing, dan lima anak anak mereka. Biar mereka sahaja yang membuat kau tersenyum.
Tersungkur, Terduduk, Tertewas:
Dia sudah tidak punya siapa lagi melainkan dirimu. Saban hari puisi puisi itu dikarang jemari lembut tanpa pendengar tanpa pembaca terbiar kaku diatas lipatan lipatan angin November. Kehilangan yang dirasainya itu terlalu dalam, lebih dalam daripada lubuk hati yang paling dalam, tanpa mampu memberi noktah. Dia kerinduan. Mencarimu didalam diam, menggapai cinta mu didalam kebisuan, mencapai senyum mu tanpa bicara. Dia tersungkur, terduduk dan tertewas.tersungkur, terduduk dan tertewas di riba kerinduan yang memuncak.
Kapal Terbang Kertas Berwarna Putih:
Dia pernah ada seekor anak kucing yang amat disayanginya. Warnanya putih, jarinya enam, bunyinya kecil, sekecil badan gemuknya itu, lalu dinamakan ia Putih. Dia pulang kepenatan, Putih akan berlari mendapatkannya semata mata untuk mencakar kaki dan menggigit tangannya. Sakit tetapi untuk Putih, dibiarkan sahaja.Perutnya buncit, untuk seekor anak kucing yang kecil, ia terlalu buncit. Kadangkala dikala kebosanan, Dia memanggilnya si Buncit Putih. Suka tidur ditepi Datuk dan Neneknya dikala mereka merebah badan ditengah hari. Empat kaki menjulang awan, tergolek bagaikan segumpal kertas putih. Segumpal kertas putih yang gemuk dan buncit.
Dikala Datuk dan Neneknya bercucuk tanam dibelakang rumah, Putih akan menemani mereka sambil bermain main dengan daun daun yang jatuh berguguran daripada pohon rambutan tua rendang itu. Ataupun akan berlari laju mengejar rama rama dan pepatung yang menjadi kerap menjadi mangsa buliannya. Kadang kadang Putih yang dikejar.
Anak kecil itu tertawa.
Petang itu, Dia pulang dan mencari cari dimana Putih, anak kucing kesayangannya itu. Hari semakin gelap, awan awan hujan mula berarak. Petang itu semakin suram. Angin mula bertiup kencang membawa pohon rambutan tua itu kekiri dan kekanan. Semakin gelap, semakin suram dan semakin kelam. Putih tidak kelihatan. Semakin gelisah.
Dari jauh, segumpal kertas putih itu kaku tidak bergerak terbaring dibalik daun daun rambutan kering yang terus menghujaninya menutup perlahan lahan gumpalan itu. Hati berdegup laju. Air mata menanti masa untuk berlari. Suara mula tersekat sekat. Kaki melangkah longlai.
Dia terduduk. Putih telah tiada. Anak kecil itu terus menangis tanpa henti henti.
Dan hujan pun membasahi bumi.
Melontar Batu Ke Bintang:
Gelap.
Kesejukan.
Tangis.
Bersendirian.
Bisu.
Kerinduan.
Diam.
Dimana dirimu dikala aku amat amat memerlukan dakapan mu.
Kesejukan.
Tangis.
Bersendirian.
Bisu.
Kerinduan.
Diam.
Dimana dirimu dikala aku amat amat memerlukan dakapan mu.
Pagi Yang Bermimpi:
Segala Puji Bagi Tuhan.
Aku buka kan mata. Sejuk. Embun masih mencari ruang untuk berlari. Masih gelap. Aku melihat kesisi kiri itu, dan disitu kau berada. Tenang, indah dan mendamaikan.
Terus ku nikmati saat saat itu berharap agar ia tidak akan berlalu. Ku rangkul badanmu kedalam pelukanku dan kau terus menyusup rapat kedadaku. Lalu aku tersenyum.
Aku bisikkan ke telinga mu kata kata cinta yang terzahir dari jiwa disaat itu. Ku cium dahimu dan kau terus diselimuti lena. Aku tidak mahu kau terjaga. Biar aku nikmati saat itu.
Perlahan lahan kau membuka mata mu, dan tersenyum. Ku kucup bibir mu, dan tersenyum.
Tenang, indah dan mendamaikan.

Subscribe to:
Posts (Atom)