Cintakan Aman:


Koleksi Makalah Kecil Anarki 2000-2003 (RIP)


Pada suatu hari dimasa masa dahulu saya adalah seorang yang sangat suka menulis tentang apa sahaja yang boleh ditulis. Saya bangga bergelar editor sehingga sering dilihat ketawa sendirian dengan bongkak. Diatas adalah koleksi makalah kecil yang saya terbitkan untuk bacaan rakan rakan ketika saya masih menjadi ahli persatuan Anarkis cawangan Kelantan. [gambar ehsan faisal terbang bebas dari buku muka]

Saya dan awak:


Saya campur awak sama dengan saya dan awak.

Boleh che'gu?

Metafora Post Modernisme:

Kali sa-juta bagai ia kali kesatu. Diam bagai sa-ribu kerna hati ta' mampu. Sunggoh indah sunggoh chetra kalau ta' sunggoh ta'kan ku kata. Aku jatoh kaseh padanya kali ke bintang bintang yang ta' berbilang yang ta' terkira. Panah sang Arjuna yang berpuloh-puloh tetap bisu lidah kelu terlipat sa-ribu kaca.

Beri idzin sudah diterima tapi hantarnya sampai entah kemana. Bukan kerna tiada paras rupanya tapi hilang bagaimana kerna ta' tahu besar kulit dan juga isinya. Siakap senohong pari dan bilis berlalu pantun akhirnya keakhir baris.

Terkuis dan terkias:

Terkuis dan terkias. Terusik kekiri merudum kekanan menerpa kedepan menari kebelakang. Pusing dan berpusing gasing tak terpintal tali tak terkait layang layang tak gentayang.

Berpadu suara buluh hilang rindunya, gemersik berbisik bulan tak juga jatuh keriba. Berpegang tangan mengulit kata, bicara bagaikan berlari, berkata bagai terkunci. Cinta kita jiwa dia hati beta bahagia singgah berirama.

Terkuis dan terkias. Simpul bahasa takkan semua kan mengerti, bertanya tapi tak bertepi, main kata makna hati hanya yang tahu tersenyum sendiri.

Bahawa:

Bahawa kasih sayang itu wujud dan menanti. Bahawa kebahagiaan itu sememangnya bukan satu ilusi. Bukan hidup tanpa berjalan merentasi halangan dan bukan hidup jika tanpa rasa tersisih bagai bayang. Bagai duri pada buahnya didalamnya nikmat emas citra madunya.

Bahawa kesukaran kan dihadiahkan dengan kemenangan. Bahawa kepayahan kan diganjarkan dengan senyuman. Akhirnya panjang tapi ia kan datang. Pasti datang. Insya Allah.

Yang Masih:

Aku masih tidak mampu menerima hakikat bahawa dia sudah pergi buat selama lamanya? atau sebenarnya dia masih ada diseberang sana menanti aku kembali kedakapannya..

aku rindu...
 
 
Copyright © Metafora Post Modernisme
Blogger Theme by BloggerThemes Design by Diovo.com