Hari Ke empat puluh lima:

Kau selalu menyuruh aku agar berhenti menangisi masa depan kita. Apa yang kau mahu aku katakan? Yang semuanya akan berjalan dengan baik sebagaimana yang kita mahukan?

Hari Ke empat puluh empat:

Kau ada dia
Aku tidak punya siapa
Kini
Setiap kali aku melihat wajahmu
Aku hanya lihat dia
Dan ianya sangat sangat menyakitkan

Kau cuba merawati
Aku akan menjumpai
Seorang kekasih abadi
Agar kau tidak diselubungi
Rasa dosa
Kerana membuat aku begini

Ya, salah ini salah aku juga
Aku yang mengiyakannya
Aku melangkah masuk kedalamnya
Dan kau masih ada dia
Dan setiap kali aku melihat wajahmu
Aku lihat dia

DIA, DIA, DIA

Kau kan pulang
lari kedalam pelukannya
Hanyut dalam ciumannya
Leka dalam sentuhannya
Kau kan teruskan hidupmu
bersama dengannya
dan kau akan belajar untuk menyayanginya
belajar memahaminya
belajar menyintainya
dan akhirnya tenggelam
dengan sikecil yang menghiasi kau dan dia

Aku?
Aku akan tetap disini
berdiri mengharap wujudnya
dirimu yang kedua.

Hari Ke empat puluh tiga:

Indah bila kita bertemu dengan pasangan yang paling ideal. Kita tidak pernah menjangkakan bahawa dia wujud, tetapi hari ini dia berada dihadapan mata. Pasangan yang paling ideal.Kita berasa bebas bila bersamanya dan sempurna. Setiap hari bersamanya, terlalu bahagia sehingga tidak terucap dengan kata kata. Pernah mengalami perasaan sebegitu? Perasaan cinta yang begitu dalam sehingga tiada ungkapan kata kata yang mampu memberi tafsir yang paling tepat untuknya? Tak terkata? Pernah? Ia pengalaman yang paling aneh, tidak tergambar dek kata kata. Seolah dunia ini berpaksikan kita dan pasangan sahaja.

Ramai orang yang mengaku memahami keadaan itu tetapi sebenarnya terlalu terpesona dengan kegembiraan sahaja, bukan rasa yang pada dasarnya adalah rasa hati. Tidak ramai yang tahu menafsir bahasa hati kerana terkabur dengan perasaan seperti gembira, teruja dan bermacam lagi, lantas apa yang sebenarnya rasa gembira itu ditafsir sebagai rasa cinta yang dalam. Tidak ramai yang tahu menafsir bahasa hati.

Bagaimana untuk melihat cinta yang dalam itu? bagaimana untuk merasainya? Tunggulah sehingga anda ada peluang untuk berada didalam keadaan yang anda sudah tidak punya harapan untuk bersamanya, namun anda masih lagi bersamanya kerana kalian terlalu sayang menyayangi diantara satu sama lain. Anda tahu yang anda akan terkorban, rebah dan tidak akan mampu berdiri lagi, tetapi anda tetap berpaut pada harapan yang tidak akan menjadi kenyataan itu. Waktu itulah anda akan mampu rasai, cinta yang saya maksudkan. Ia sangat memeritkan.

Hari ke empat puluh dua:

Biar aku ceritakan kepada mu sebuah kisah klasik, sebuah karya agung, sebuah citra indah, untuk kau hayati dikala kau pejamkan mata untuk menyaksi keindahan yang sememang sentiasa ada didalam fikirmu itu.

Pejamkanlah mata selepas ini, dan bukakanlah pintu fantasi mu, nescaya kau akan melihat aku sedang menunggumu dibawak pokok rendang itu.

Luas terbentang dihadapan kita laut yang membiru sebiru langit sebiru nila yang dititik. Cantik. Indah dan menenangkan. Menenangkan kau. Menenangkan aku. Solitary.

Kita saling berpandangan, tersenyum antara satu sama lain. Aku peluk erat tubuhmu, kau kejapkan dakapanmu kedadaku lalu aku bisikkan;

"Saya sayang awak and i think i'm in love with you, again"

berulang-ulang-ulang-ulang kali. Anehnya aku tidak jemu-jemu menyebutnya dan kau tidak jemu-jemu mendengarnya. Kau dan aku tahu yang kita berdua tidak akan jemu menyebut dan mendengarnya walau dari sinsing ke benam fajar itu. Tidak akan jemu.

Aku amat menyintainya.

Lalu aku kisahkan citra cinta ini kepada mu, wahai teman. Kau hubungilah dia dikala dia tidak akan menyangka. Kau hubungilah dia dikala dia tidak pernah bisa menduga. Lalu ku pinta kau pejamkan mata dan lafazkan sahaja;

"Saya benar menyintai awak, i love you"

Biar dia marah kerana kau gangguinya. Biar dia terdiam kerana tidak bisa berkata apa. Biar dia terlena dibuai kata seindah melodi melodi siulan mergastua disatu petang yang cerah, dihadapan padang yang luas, dibawah sepohon pokok epal yang rimbun itu, dimana kau berdua saling berpegang tangan tidak bersuara, hanya menikmati kewujudan satu sama lain. Appreciating the mere existence of each other.

Dan kau ulangi;

"Saya benar-benar menyintai awak, i love you so much"

dan ucapkanlah penghargaanmu kerana cintanya padamu, kerana kasihnya padamu, kerana sayangnya padamu, kerana berada disisimu dikala kau bangun dari lenamu diwaktu pagi, kerana berada disisimu dikala kau pulang dari kerja mu tika hari beransur malam, kerana berada disisimu dikala kau mencari dia, hanya untuk melihat dia ada. hargailah dia hari ini lebih dari semalam, hari esok lebih dari hari yang sebelumnya. Aku pasti kau akan tahu diakhir puisi ini, menghargai cinta seseorang itu sudah cukup untuk memberimu aspirasi untuk meneruskan langkah dan melangkaui lelah, sebagai bekal untuk satu hari.

Hargailah dia, biarpun sekecil mana sentuhannya terhadapmu kerana ia pasti memberi seribu makna. Kerana kau tahu, tanpa dia, kau tidak mempunyai makna.

sudahkah kau hubungi dia pada hari ini?

Hari Keempatpuluhsatu:

Bulan ditutupi awan gelap. Bintang bintang mula menyuram wajah. Kaca kaca hujan mula merintik lagi. Bayu berhenti bertiup. Dan hilang cahaya yang seakan akan ingin bersemi tatkala aku ingin mula bermimpi. Senyap.

Adakah bermula kembali malam malam kelam ku tanpa dia?

Hari Keempatpuluh:

Wahai anak kecil, usahlah kau menggelengkan kepala, kerana kau tidak mungkin akan mampu memahami aku dan sesungguhnya aku tidak memaksamu untuk memahami aku.

Wahai anak kecil, usah lah kau menangis kerana aku tidak akan bukan jendela itu untukmu dan aku tidak mahu menolak bahu kecilmu untuk melangkah masuk melalui pintu yang terbuka itu.

Wahai anak kecil, usahlah kau bermasam muka kerana bukan kau sahaja yang pernah gagal menghambat bayangku, kau yang terdekat dan kau lah yang paling berjaya. Aku hampir mempercayainya.

Wahai anak kecil, pulanglah bersama merpati putih itu. Tunggangilah belakangnya yang berpelana indah terhias kemas untukmu. Biar masa berlalu dan moga ia mengajarmu tentang erti aku.

Hari ketigapuluhsembilan:

Hujan. Sejuk. Bunyi rintik rintik diluar jendala. Sayu. Tenang. Angin malam itu menyentuh lembut berhembus.

Dimanakah dirimu dikala aku tidak mengenalimu? Dimanakah dirimu dikala aku tidak bersilang jalan denganmu? Dimanakan dirimu dikala aku tidak mengenali namamu? Kau tidak pernah hadir didalam mimpi mimpiku lalu aku bertanya pada hujan, kemanakah hilangnya dia?

Aku kesejukan. Dimana tangan tangan yang memeluk erat tubuhku sebelum ini? Memelukku kedinginan didalam dakap-dakap kasih yang memberiku sedikit bahang untuk aku terus menghela nafas demi nafas, mengisi jiwa demi jiwa, menangisi silam demi silam yang mana tiada dia untuk aku sambut gelak tawanya.

Ini adalah bahasa hati dan kau tidak perlu faham dan kau tidak perlu bertanya kerana kau tidak akan faham. Ini adalah bahasa hati yang tak mungkin kau mampu tandingi dikala kejahilan jiwa muda mu menampar emosi tertangkis ego ruang jiwa didalam kegelapan dunia mu. kau tidak mungkin kan fahami bahasa hati kerana ia bertutur didalam belit kata yang kau takkan mampu tafsir dan aku tidak akan memimpin tanganmu untuk memahaminya.

Jika itu yang kau mahukan, pergilah kamu bersama batas batas pengertianmu yang sempit lagi menyempitkan kerana aku tidak akan mampu menghalang mu lagi walaupun aku mahu. Biar jiwa bersih suci dan indah itu yang menjadi gurumu untuk memahami nuraniku. Semoga kau akan kembali bersama cahaya cahaya citra cinta yang dalam dan tiada bertepi.

Aku tidak akan menghalangmu dan kubiarkan dirimu menongkah arus itu agar kau mengerti bahasa hati itu suatu hari nanti.

Pergilah.

Hari ketigapuluhlapan:

Senyum. Ia adalah sepohon pokok epal yang tegap dan mencakar langit. Dan setiap petang sabtu yang damai aku akan datang dan bergayut didahan dahan tegarnya sambil membiarkan badan ku ditiup angin petang yang nyaman. Luas terbentang dihadapan aku adalah sebuah padang yang gemilang. Hijau sehijau hijaunya.

Senyum. Ia sudah tiada. Ia sudah pergi dan aku berdoa ia tidak akan kembali lagi. Aku tidak lagi perlu bersembunyi dibalik dahan dahan hijau pokok epal yang merimbun. Aku sudah penat bersembunyi. Ia sudah pergi dan aku sudah bebas. Aku sudah bebas. Setiap saat aku amati keindahan saujana pandangan itu, setiap kali itu juga aku akan tersenyum. Indah.

Aku pimpin tanganmu menuju pohon rendang itu, agar aku boleh berkongsi keindahan ini bersama dengan mereka yang benar benar faham tentang kecintaan dan kerinduan yang hebat ini. "Mahakarya" aku bertempik, " a masterpiece". Aku pimpin jari jemari lembutmu lalu ku tekapkan kedada sambil melafaz kata kata cinta yang dipenuhi dengan metafora metafora yang tak bisa kau fahami. Ya. Bahasa hati. Ianya bahasa hati yang kau tidak akan fahami.

Aku akhirnya tersenyum. Terima kasih. Thanks.

Hari ketigapuluhtujuh:

Kau ingin tahu siapa yang aku maksudkan dengan seseorang didalam metaforakami ini. Seseorang itu sebenarnya adalah kau. Metafora.

Dan aku sebenar benarnya sangat sangat menyintainya. Bukan metafora.

Hari ketigapuluhenam:

Hari ini aku gundah dan gelisah. Mundar mandir mencari jalan. kehulu kehilir mencari jawapan. Kenapa aku gelisah? Kenapa perlu ada perasaan ini? Bukankah ia sudah lama mati digigit anjing besar bertompok kelabu yang sering mengekori aku setiap kali aku pulang dari kerja? Ya, anjing itu yang telah membunuh perasaan itu. Ya, anjing. Aku ingin namakannya Anjing. Metafora.

Hari ini aku rawan dan gulana. Kesana kemari mencari tenang. Kenapa aku begini? Bukankah daun kering itu sudah lama kubakar dan abunya ku tabur disungai Kelang? Aku tidak mahu melihat lagi saki baki daun kering itu kerana aku amat membencinya. Tapi ia tetap gugur dan wujud mengotori taman taman aku. Ianya amat kotor. Ya, kotor. Aku ingin menamakanya kotor. Metafora.

Hari ini aku terkedu dan terhenti fikir kerana penghancur itu mencari aku. Apa salah aku? perlukah mereka menyeksa aku lagi sedangkan segala hutang hutangku sudah diluput malah nama aku pun sudah dipadamkan dari alat penghubung mereka. Aku yang menginginkannya begitu kerana aku tidak mahu ada kaitan lagi dengan mereka. Aku benci mereka. Mereka penghancur dan mereka datang lagi untuk mengancurkan jiwa aku.Ya, aku benci mereka. Aku ingin namakannya kebencian. Metafora.

Wahai metafora metafora yang dashat. kenapa kau masih disini?

Hari ketigapuluhlima:

Perlukah kau hadir? Perlukah kau hadir jika hadirmu untuk hanya untuk satu saat sahaja? Perlukah kau hadir membawa baju baju mu yang berwarna kuning, biru dan hijau tapi kamu tidak kenakan baju baju itu walaupun satu? Perlukah kau hadir membawa melodi melodi indah, nota nota lagu dan lirik lirik puitis jika satu lagu pun kau enggan nyanyikan untuk ku? Perlukah kau hadir membawa mimpi mimpi yang kau pikul dibahumu didalam kotak kotak biru mu tanpa kau keluarkan aku walau satu mimpi pun untuk aku layari?

Aku sangat menyintai mu tetapi aku tidak mahu berterusan begini kerana dihujungnya, aku tidak mahu melihat kau tersungkur.

Aku? Biarkan saja aku tersungkur kerana aku sudah tidak punya jiwa lagi setelah segalanya telah aku berikan kepada mu. Biarkan saja aku tersungkur kerana hati aku sudah lama mati sejak kali pertama kau meninggalkan ku walau tanpa rela diri mu sendiri. Biarkan aku tersungkur kerana nafasku sudah lama terhenti sejak hidup ku menjadi kelam, gelap dan malam tanpa jiwa mu untuk menerangi aku.

Aku akan terus menyintaimu walaupun aku tahu akan terseksa kerana tidak mahu melepaskanmu.

Hari ketigapuluhempat:

Maka bertempik sorak dan sorailah segala semut semut dan anai anai kerana cipan comel dan gemuk bernama John itu akan bertanding di kawasan Pandan indah untuk menggugat Ong Tee Kiat dari Barisan Nazional dan juga Jenice Lee dari DAP. John jejaka cipan memilih untuk bertanding sebagai calon parti bebas dan membawa lambang cipan sebagai simbolika parti yang yang mana dia didalamnya sebagai ahli. Parti untuk cipan, tenuk dan tapir.

Seharian selepas berparti bersama kamaruzaman, seekor kucing berwarna oren yang gemar memakai stokin tanpa kasut di sebuah kelab terkemuka bernama Loft, John mengambil keputusan untuk mula berkempen apabila timbul kepada kesedaran didalam mindanya bahawa hari membuang undi adalah pada keesokan harinya. Tidak cukup dengan buaian yang dibina oleh bapak John, maka segala poster gambar John dan kamaruzaman kucing sebagai gambar latar sudah ditampal dimerata rata tempat tanpa mengira keberkesanan lokasi kepada strategi.

John adalah seorang strategis. Dia bijak mengatur strategi untuk memenangi hati gadis gadis cipan dikawasan Pandan Indah yang mana terdapat banyak longkang longkang besar dengan air air jernih menghiasi keindahan kawasan yang sememangnya terkenal Mee Goreng Mamaknya yang lazat. Strategi diatur dan kamaruzaman menegur.

John, kenapa kau tak tercalon?

aku sakit pinggang. tak larat nak bangun. Im on medication for at least 3 more fucking weeks.

Oh.. Jenice Lee was on the phone a few moments ago. I like her name.

So much for walking with Walker and Hancock.


Begitulah kisahnya. Dan John harus dipersalahkan kerana saya tidak tahu apa untuk ditaip.

Hari Ketigapuluhtiga:

Ada seeokor anak cipan comel dan gemuk bernama John. Dia suka bermain main dengan buaian yang dibina khusus oleh Bapak John kepada John. Semua rakan rakan disekolahnya memanggilnya John dan dikalangan gadis gadis cipan, John dikenali sebagai John Cipan. Sungguh tiada kelas.

Pada suatu hari, John bercadang untuk pergi ke Steven's Corner yang terletak berdekatan dengan Menara Maxisegar dimana lokasi exactnya adalah di kawasan yang dinamakan Pandan Indah, bersama dengan rakan rakan seperjuangannya iaitu Encik Walker dan Encik Hancock yang baru tiba dari Sabah untuk menghadiri kursus perkahwinan yang akan diadakan pada hari Sabtu di dewan serbaguna MPAJ yang terletak tidak jauh daripada sekolah menengah Pandan Indah yang mana adalah 10 minit sahaja dari Stevens Corner, jika beliau memilih untuk berjalan kaki ketempat tersebut. Sungguh tiada kelas.

John Cipan ternampak seekor kucing yang memakai sekuntum bunga ros putih yang disisipkan di telinga sebelah kirinya, sedang berjalan jalan sambil mengonggong seekor ikan keli yang berwarna hitam pekat, mungkin yang dipancing di longkang longkang besar yang mewarnai pemandangan kawasan Pandan Indah itu. John terus menyapa kucing yang berwarna oren itu, atau pun jika untuk lebih formal, warna jingga itu. Kakinya terdapat tompok tompok putih comel yang mengelilingi jari kucing tersebut, sehingga menampakkan seperti kucing itu memakai 2 pasang stokin tanpa kasut.

Woi! Kamaruzzaman, kau tak pegi Loft hari ini?

Tak. Aku sakit pinggang. Im on fucking medication for 3 fucking weeks

Apa kau buat sampai patah pinggang?

Aku curi ikan.

Begitulah kisahnya. Dan John harus dipersalahkan kerana saya tidak tahu apa untuk ditaip.

Hari ketigapuluhdua:

That One Day

One day
That one beautiful day
I will walk away
And pray that the rest of the day
Will be as beautiful
As the days that we have spent together
Shared together
Appreciating each other
Dreaming

One day
That one beautiful day
I will be gone
To a place of solace
And there I will pray
That you will find your solitary
As we have had with each other
In our dreams

One day
That one beautiful day
I shall take my leave

But till that day comes
I promise that I will try and make you
The happiest girl alive
I will try and take good care of you
Your heart
Your feelings
Your Emotions
Till that day comes
I shall devote myself
To the smile of you

My love,
Can you hear me?

Hari Ketigapuluhsatu:

CintaHatiJiwa:

Kita tidak boleh berterusan begini. Aku tidak pernah sebegini gembira dan tidak pernah pula sebegini hiba. Celaru. Kita dicipta untuk saling menyintai namun kau dan aku tahu dipenghujung puisi puisi kita, kau dan aku tidak akan kesana.

Kita tidak akan sampai kesana.

Setiap hari senyumku bersinar dan setiap hari didalam saat yang sama ia kan pudar. Setiap hari aku bagaikan hidup dan didalam saat yang sama aku bagaikan mati. Setiap hari aku terlalu bahagia dan didalam saat yang sama aku terlalu berduka.

Kita tidak akan sampai kesana.

Tali yang aku pegang ini tali yang rapuh. Harapan yang ku pasang ini harapan yang tidak seharusnya wujud. Harapan yang keruh. Impian yang ku bina ini impian yang tidak kukuh. Cita cita ini hanya cita cita sibodoh, sidungu dan sitolol yang mengharapkan puteri jelita seperti didalam cereka cereka fantasi. Kerana kau dan aku tahu..

Kita tidak akan sampai kesana

Hari Ketigapuluh:

Tidak pernah lagi sebuah kasih sayang begitu menyakitkan. Menjadi duri yang menusuk emosi dan menikamnya berkali kali, tanpa henti setiap detik, saat dan hari.

Tidak pernah lagi sebuah kecintaan begitu memeritkan. Cinta tapi penuh duka. Menjadi racun bisa yang membunuh jiwa jiwa dan menikamnya berkali kali, tanpa henti setiap detik, saat dan hari.

Tidak pernah lagi sebuah kerinduan yang sebegitu memedihkan. Setiap kali tergambar wajahnya, setiap kali itu juga aku berduka. Rindu tapi penuh duka. Dan ia membunuh jiwa jiwa ini setiap detik, saat dan hari.

Tidak pernah lagi kata kata cinta begitu menyeksakan hati. Indah tetapi begitu menyeksa kan hati hati merentap segala emosi dan membunuh segala rasa.

Tidak pernah lagi pertama yang dihalusi jalur jalur kasih sayang, kerinduan, kecintaan dan kata kata cinta yang begitu meracuni kehidupan. Semakin ia mekar semakin ia membunuhku. Semakin ia subur semakin ia meracunku. Semakin ia membesar, semakin ia menyeksa jiwa jiwa itu.

Dan setiap waktu, detik, saat, minit, jam. hari, minggu, bulan malah tahun, semakin kuat rasa kasih sayang itu. semakin kuat rasa kerinduan itu. semakin kuat kecintaan itu. semakin kuat kata kata cinta itu terlafaz tanpa sedar. Ia tidak akan hadir tanpa kesucian dan ros ros putih.

Tapi kesucian dan ros ros putih itu membunuh.

Hari Keduapuluhsembilan:

This is not for you.
This is a battle you cant win.
Why are you forcing yourself?
This is not for you.
If you fall, you fall hard.
You will not be able to get up again.
You will fall hard.
It will crush your heart.
It will break you to pieces.
Shatter your dreams.
Shatter your happiness.
Shatter your life.
Why are you forcing yourself?
This battle is not for you.
This is a battle you can't win.
This is a war you are set to lose.
This battle is not for you.

Hari Keduapuluhlapan:

Perjuangan ini bukan untuk aku,
Perjuangan tidak menjanjikan kemenangan,
Aku sudah rebah,
Aku sudah terduduk,
Perjuangan ini bukan untuk aku.

Perjuangan ini mimpi,
Perjuangan ini hanya mimpi,
Dan mimpi ini akan membunuhku.
 
 
Copyright © Metafora Post Modernisme
Blogger Theme by BloggerThemes Design by Diovo.com