Hari Keempatpuluh:

Wahai anak kecil, usahlah kau menggelengkan kepala, kerana kau tidak mungkin akan mampu memahami aku dan sesungguhnya aku tidak memaksamu untuk memahami aku.

Wahai anak kecil, usah lah kau menangis kerana aku tidak akan bukan jendela itu untukmu dan aku tidak mahu menolak bahu kecilmu untuk melangkah masuk melalui pintu yang terbuka itu.

Wahai anak kecil, usahlah kau bermasam muka kerana bukan kau sahaja yang pernah gagal menghambat bayangku, kau yang terdekat dan kau lah yang paling berjaya. Aku hampir mempercayainya.

Wahai anak kecil, pulanglah bersama merpati putih itu. Tunggangilah belakangnya yang berpelana indah terhias kemas untukmu. Biar masa berlalu dan moga ia mengajarmu tentang erti aku.

0 tulisan tambahan:

 
 
Copyright © Metafora Post Modernisme
Blogger Theme by BloggerThemes Design by Diovo.com