Hari Ke lima puluh tiga:

Dia> Disember
Aku> Awak pastikah?
Dia> Yes
Aku> So this is it then?
Dia> ...
Dia> :(
Aku> Maafkan saya atas segala galanya
Dia> Awak tak perlu minta maaf untuk apa apa.
Aku> ...
Aku> Thanks for everything
Dia> No. Thank you.
Aku> Izinkan saya terbang kesyurga. Sudah tiada apa lagi untuk saya disini.
Dia> ...
Aku> I will always love you.
Dia> And I love you.

Dan aku pun terbang menuju langit ketujuh meninggalkan dia meninggalkan segalanya termasuk kenangan aku bersama dia. Namun apa daya aku untuk menghalang ribut itu. Sayapku patah, aku jatuh terhempas kedalam laut dan terus tenggelam. Aku tidak mampu meninggalkan dia. Sebelum mataku ku pejam rapat, aku berbisik sendirian;

Aku> Sayang, aku masih disini.

Hari Ke lima puluh dua:

[i]

Maafkan aku.
Setiap kali aku berpaling dari dia,
aku menangisi beban terpikul dibahuku
juga beban terpikul dibahunya
dicinta menyintai
tetapi...

[ii]

Maafkan aku.
Dia terlalu sempurna untukku
namun, tetap dia menangisiku
tidak pernah terniat untuk berpaling
apatah untuk menyakiti
namun tetap ia berlaku
tanpa sedarku

[iii]

kembali
membilang hari
menghitung waktu
tangis itu akan terhenti
mimpi itu tidak akan datang lagi
yang pasti
semua ini akan berakhir
beberapa detik lagi

[iv]

Maafkan aku

Hari Ke lima puluh satu:

Ros itu untuk kita. Tapi sayang, aku dan kamu tidak akan dapat merasai susuk durinya, merasai harum wanginya mahupun untuk merasai gemilang warnanya.

Ros itu untuk kita. Untuk mimpi mimpi kita. Maafkan aku kerna aku tidak terdaya.

Hari ke lima puluh:

[i]

Berbincang
Apa yang nak dibincangkan?
Kita bincangkan kepincangan hubungan kita.

[ii]

Kita berbincang mengenai kepincangan hubungan kita.

Sayang, setiap apa sahaja yang saya buat untuk awak, semuanya tak kena. saya cuba buat awak ketawa, macam yang awak suruh saya buat kalau saya nak pujuk awak bila awak marah, tapi bukan sahaja tak sejuk tapi awak menyampah dengan saya. Padahal saya cuba apa yang awak suruh. Kalau saya depan awak, mungkin saya kena boo dan dibaling selipar.

Bila saya letak telefon sebab tak nak kita bergaduh berterusan, awak kata saya tak pandai nak pujuk dan cuba buat awak sakit hati. Tapi bila saya tak letak, awak senyap membisu pula. Bagi awak, apa saja yang saya buat semua tak kena. Tak pernah ada yang kena. Lepas itu awak tuduh saya tak pandai ambil hati.

Awak nak saya sejukkan hati awak, tapi cara awak bercakap dengan saya macam nak minta kena penyepak Jet Li. Tapi saya bukan lelaki yang jenis cepat naik tangan gaya kungfu walau pun cepat naik darah, jadi saya diam. Saya diam, Awak tension. Awak tension, saya buntu. Saya buntu, awak naik darah. Awak naik darah, saya dah mula hilang sabar. Saya hilang sabar, saya tak naik tangan gaya Kungfu walau pun saya dah naik darah. Tapi awak tak tahu bagaimana nak berterima kasih dan tak tahu bagaimana nak menghargai apa yang saya cuba buat untuk awak jadi awak letak telefon. saya cuba boleh kata; apa-apa sahaja la labu!

Kita masih berbincang mengenai kepincangan hubungan kita.

[iii]

konklusi:
-tidak perlu saling meminta maaf.
-tidak perlu reflect terhadap diri sendiri untuk menjadi lebih baik.
-tidak perlu perbaiki diri untuk kebaikan perhubungan.
-tidak perlu berfikir.

yang penting katakan ini wahai si perempuan;

Tak payah nak cakap orang la abang, abang lagi teruk perangai dari saya. Nak kata orang tengok la diri sendiri dulu.

Bila dengar dia berkata begitu, apa yang sedang berlaku adalah, dia cuma mengalihkan beban kesalahan yang terpaksa dia akui dan pikul itu, kepada bahu saya. Biar saya rasa bersalah. Biar apa yang berlaku sehingga hubungan ini retak adalah bukan disebabkan oleh dia. Dia ingin berasa selamat. Dia ingin lepas dari cengkaman rasa bersalah. The guilt. The burden of guilt. Jadi dia alihkan that burden of guilt itu ke bahu saya.

[iv]

Hanya perempuan yang bergelar wanita sahaja yang faham. Lelaki tidak perlu bersusah payah untuk cuba memujuk hati si dia lagi jika pada akhirnya, dia akan tetap menyalahkan anda. Sekali lagi, kerana hanya perempuan yang bergelar wanita sahaja yang faham.


Hari ke empat puluh sembilan:

Cinta ini sebanyak bintang dilangit. Ada angkanya tapi aku pasti kau tidak akan mampu kira. Tapi malam ini dijangka hujan, jadi bintang bintang samada tak akan keluar langsung atau kalau keluar pun pasti boleh dikira dengan jari. Mana boleh!
 
 
Copyright © Metafora Post Modernisme
Blogger Theme by BloggerThemes Design by Diovo.com