Doa:

DariNya aku datang. KepadaNya aku ingin kembali.
Biar cepat, biar pantas, biar laju, biar deras.

Pergi Bersama Mu

Terngiang-ngiang suara suaramu. Bagai semalam masih bersamamu. Meruntun hati melihat wajahmu. Kepenatan, letih dan lesu.

Doaku agar aku pergi dahulu sebelum mu. Namun takdir mengheret mu meninggalkanku. Kekosongan yang tak tertahan.

Malam-malam ku dipenuhi dengan mimpi mimpiku bersama mu. Kembali kedalam dakapan mu. Kembali melihat diri-dirimu mengelilingi hidupku kembali.

Aku ingin pergi bersama mu. Tak tertahan rindu. Benar tak tertahan rindu.

Kini doaku agar kita tidak terlalu lama terpisah. 

Nantikan aku disana. Akan ku pergi kepadamu. Akan kucari walau beribu batu.


Kunantikan saat itu. Detik untuk aku pergi bersamamu.

Amin. Amin. Amin.

Masih, Tetap & Akan Terus:

i.

Masih, tetap dan akan terus.
Kerana ianya bukan diatas paksa.
Melainkan ikhlasnya hati bila bicara.
Dalamnya erti tafsir jiwa.
Menunggu dan menanti.
Walau seribu tahun atau seribu hari.
Sehingga dirimu kembali.
Takjub zahir kemas didakap dua hati.
Setiaku setia yang tak bertepi.
Janji itu akan ku bawa mati.
tergenggam ia kukuh disanubari.

ii.

Satu hari, dua atau tiga
Semalam, hari ini, esok atau lusa.
Sebelum, selepas dan akan selama lamanya.
Tidak lekang, tidak bosan dengan asa yang tiada terputus.
Senyum itu masih terukir terus.
Kesabaran cinta yang tak tertolak arus.

Ianya benar dan ianya jujur.
Bisikan arjuna yang tak pernah luntur.
Biar seratus duga, seribu halang, sejuta rintang,
Seinci pun tidakkan ku undur.
Setapak pun tidakkan ku mundur.


iii.

Kupanggil namamu
dikala angin malam bertiup sayu
dikala senja mendingin rindu
dikala gelap mencengkam syahdu
adakah pernah kau dengari puisi puisi itu?

iv.

Masih disini.
Masih berdiri.
Tercipta kita untuk sesama.
Dan aku percaya.


Masih, tetap dan akan terus.

My Heart Speaks:

Dengar
Oh! Jeritan batinku
Memekik-mekik
Memanggil-manggil
Namamu selalu
Sehari kurasa sebulan
Hatiku tiada tertahan
Ku pandang kiri
Ku pandang kanan
Di kau tiada...

Risau
Batinku menangis risau
Makin kau jauh
Makin hatiku bertambah kacau
Mengapa kita berpisah
Tak sanggup menahan asmara
Oh! Dengarlah
Jeritan batinku


Jeritan Batinku - PRamlee
 
 
Copyright © Metafora Post Modernisme
Blogger Theme by BloggerThemes Design by Diovo.com