i.
Masih, tetap dan akan terus.
Kerana ianya bukan diatas paksa.
Melainkan ikhlasnya hati bila bicara.
Dalamnya erti tafsir jiwa.
Menunggu dan menanti.
Walau seribu tahun atau seribu hari.
Sehingga dirimu kembali.
Takjub zahir kemas didakap dua hati.
Setiaku setia yang tak bertepi.
Janji itu akan ku bawa mati.
tergenggam ia kukuh disanubari.
ii.
Satu hari, dua atau tiga
Semalam, hari ini, esok atau lusa.
Sebelum, selepas dan akan selama lamanya.
Tidak lekang, tidak bosan dengan asa yang tiada terputus.
Senyum itu masih terukir terus.
Kesabaran cinta yang tak tertolak arus.
Ianya benar dan ianya jujur.
Bisikan arjuna yang tak pernah luntur.
Biar seratus duga, seribu halang, sejuta rintang,
Seinci pun tidakkan ku undur.
Setapak pun tidakkan ku mundur.
iii.
Kupanggil namamu
dikala angin malam bertiup sayu
dikala senja mendingin rindu
dikala gelap mencengkam syahdu
adakah pernah kau dengari puisi puisi itu?
iv.
Masih disini.
Masih berdiri.
Tercipta kita untuk sesama.
Dan aku percaya.
0 tulisan tambahan:
Post a Comment