Terkuis dan terkias:

Terkuis dan terkias. Terusik kekiri merudum kekanan menerpa kedepan menari kebelakang. Pusing dan berpusing gasing tak terpintal tali tak terkait layang layang tak gentayang.

Berpadu suara buluh hilang rindunya, gemersik berbisik bulan tak juga jatuh keriba. Berpegang tangan mengulit kata, bicara bagaikan berlari, berkata bagai terkunci. Cinta kita jiwa dia hati beta bahagia singgah berirama.

Terkuis dan terkias. Simpul bahasa takkan semua kan mengerti, bertanya tapi tak bertepi, main kata makna hati hanya yang tahu tersenyum sendiri.

Bahawa:

Bahawa kasih sayang itu wujud dan menanti. Bahawa kebahagiaan itu sememangnya bukan satu ilusi. Bukan hidup tanpa berjalan merentasi halangan dan bukan hidup jika tanpa rasa tersisih bagai bayang. Bagai duri pada buahnya didalamnya nikmat emas citra madunya.

Bahawa kesukaran kan dihadiahkan dengan kemenangan. Bahawa kepayahan kan diganjarkan dengan senyuman. Akhirnya panjang tapi ia kan datang. Pasti datang. Insya Allah.

Yang Masih:

Aku masih tidak mampu menerima hakikat bahawa dia sudah pergi buat selama lamanya? atau sebenarnya dia masih ada diseberang sana menanti aku kembali kedakapannya..

aku rindu...

Tunggu Aku Disana:

Mak,
Tunggu aku disana, aku pasti akan pergi mencari dan menemani mu, takkan ku biar dirimu keseorangan. Insya Allah. Tunggu ya Mak.

Kerinduan:

Hilang sudah punca gembira, tak perlu bertahun tahun lama hanya sekelip mata, bagai hilang segala galanya. Aku sudah tewas. Tidak tahu lagi kemana ingin ku tuju. Balik ku tak bersebab. Pergi ku tak berpunca. Betapa kosongnya hidup tanpa kasih sayang. Sekuat mana pun aku berdiri, segagah mana pun aku berlari. Cinta ku kosong. Hati ku kosong. Jiwaku kosong. Kehidupan hanya kehidupan. Untuk aku berjalan pergi dan berjalan pulang. Merindui setiap sesuatu yang pernah aku kecapi yang tak mungkin milik aku lagi.

kerinduan.
 
 
Copyright © Metafora Post Modernisme
Blogger Theme by BloggerThemes Design by Diovo.com