Perak's Predicament:

My handsome Boss informed me just now that the High Court has come to a conclusion and decided that Dato Seri Nizar is the rightful Menteri Besar of Perak. Furthermore, the Court has also concluded that a Menteri Besar can only be dismissed through a vote of no confidence by referring to a 1966 case of the wrongful dismissal of Dato Stephen Kalong Ningkan from the State Governors office of Sarawak. I immediately texted Nina.

Although the power to appoint a Menteri Besar is solely vested upon the Sultan, His royal highness, however, does not have the authority to dismiss him (read: Nizar). Dato Seri Anwar Ibrahim will definitely be smiling from ear to ear when he gets a hold of this jovial predicament. Congratulations.

On the other hand, quoting a short comment from my handsome Boss with regard to the recent quandary, which I whole-heartedly share and support with an ear-to-ear smile of my own and I quote “this hubbub is nothing more than a shaggy dog story at the expense of the country”.

What will be the consequence of the decision? Would Dato Zambry opt to step out from the Menteri Besar's office willingly and cooperatively or will there be another Royal London Circus episode where Nizar has to drag Zambry out physically? Would there be any appeals that would prolong everything including the People’s fate? What will happen to the people? Would there be another money and time wasting election? Would there be a new budget to re-buy the Camrys? Will the new state government auction the newly bought Perdanas in order to buy new Camrys? When will it end?

And Nina, why am I writing about politics in Metaforakami?

Biru:

Saya menjadi rajin untuk menulis entri kerana saya suka melihat skin baru untuk blog saya. Ia mempunyai ciri ciri minimalis yang saya suka. Kemas, bersih, sopan dan minimal. Tambah pula dengan alignment text yang justified menambahkan lagi kekemasan susunan dan lay out blog ini. Apatah lagi dengan kehadiran grafik minimal sepohon pokok berwarna biru yang dibawahnya terdapat sebuah kerusi panjang yang juga berwarna biru. Dengan tajuk blog yang berwarna hijau dan deskripsi kecil berwarna kelabu, sememangnya blog ini cantik dan kemas sekali. Seperti yang saya mahukan.

Saya tahu Nina cemburu.

Memori Sadis Si Anarkis:

Head Down (1997-1999)
Band pertama saya ketika masih menuntut di Sekolah Menengah. Ketika ini saya mula berjinak jinak dengan perkakasan drum. Dirumah saya mempunyai set drum sendiri yang dibuat daripada Bantal dan juga dahan jambu sebagai stick. Nirvana dan Butterfingers adalah band yang mana lagu lagu mereka menjadi rutin latihan. Head Down adalah sebuah band grunge rock. Anggota: Alif - Guitar, Nasrol/Fitri - Bass, Syakirin - Vokal dan Saya - Drum.

Ancaman (2000-2001)
Band kedua selepas Head Down. Ketika saya mula bergiat didalam aktiviti aktiviti subversif bersama rakan rakan. Ancaman terdiri daripada individu individu elite didalam scene Punk HC Kota bharu. Saya mula berjinak jinak dengan Bass, walaupun sampai kesudah saya tidak pernah tahu bagaimana untuk memetiknya secara sempurna. Ancaman adalah sebuah band Punk Hardcore Grind. Anggota: Poodien - Drum, Faisal - Vokal, Azril - vokal dan saya - bass.

Shabra Shatila (2000-2001)
Side projek yang disertai dengan niat menolong band kawan kawan. Sebuah band Emo HC yang berkiblatkan Boy Sets Fire. Menggunakan sedikit skil yang ada untuk bermain drum. Ia adalah sebuah band yang menyeronokkan. Shabra Shatila adalah sebuah band Emo Hardcore. Anggota: Dean - Vokal, Firdaus - Vokal, Azwan - Bass, Nazier - guitar dan saya - Drum.

Kontra Komunal (2003-2004)
Side projek pop yang beteraskan indonesian Pop jauh sebelum kegilaan muzik pop indonesia menyerang Malaysia. Meminati lagu lagu awal daripada indie rock influenced bands seperti SO7, Padi dan Gigi. Saya bermain drum dan menyanyikan suara latar untuk band ini. Kontra Komunal adalah sebuah band Pop. Anggota: Faisal - Vokal, Nazier - Guitar dan saya - Drum.

Hizbi (2001-2002)
Hizbi adalah kumpulan nasyid yang saya tubuhkan ketika melanjutkan pelajaran di Pusat matrikulasi Universiti. Dianggotai oleh rakan rakan seblik yang secara kebetulan meminati nasyid. Disini saya mula berjinak jinak dengan harmoni. Mula bereksplorasi dengan suara harmoni lapisan ketiga atau third voice seperti yang selalu digunakan oleh penasyid. Sempat menjayakan beberapa persembahan didalam Universiti. Hizbi adalah sebuah kumpulan Nasyid. Anggota: Kamal, Abdullah, Azri, Richard dan saya.

One Faith (2002-2003)
Ditubuhkan bersama kawan kawan yang meminati acappella. Selepas Hizbi dibubarkan, saya melanjutkan pelajaran ke Kampus Utama bersama beberapa ahli lama Hizbi. Ini adalah kumpulan pertama saya berjaya merealisasikan niat pertama saya ketika menjejakkan kaki ke kampus utama iaitu untuk mengadakan persembahan di dewan utamanya. One Faith adalah sebuah kumpulan Nasyid Acappella. Anggota: Kamal, Abdullah, Azmi, Radzlan dan Saya.

Marjaan (2003-2005)
Marjaan merupakan sebuah kumpulan nasyid yang sudah establish dan sudah bertapak sejak tahun 1999. Saya ditarik untuk masuk kedalam kumpulan ini memandangkan saya berkemampuan untuk berharmoni dan juga kerana saya berasal dari Kelantan yang juga negeri asal pengasas kumpulan ini. Hampir merakam album dan Marjaan merupakan kumpulan saya yang paling serious. Marjaan adalah sebuah kumpulan nasyid kontemporari. Anggota: Wan Hazaruddin, Fadhli, Khalil, Hahmarol dan Saya.

Solemn (2004)
Setelah letih dan penat dengan nasyid, saya mencuba scene baru iaitu RnB. Solemn adalah kumpulan pertama yang saya tubuhkan bersama dengan rakan rakan yang mempunyai minat yang sama. Lebih kepada keseronokan menyanyikan lagu secara acappella. Hayat kumpulan ini tidak lama. Solemn adalah sebuah kumpulan Acappella. Anggota: Fahmi, Anuar, Amer Erwan, Rafik dan saya.

Infinatez (2004-2006)
Kumpulan RnB yang serious. Sempat menyertai pertandingan di Television. Melalui kumpulan ini saya berkenalan dengan banyak bakat bakat baru yang mempunyai minat yang sama. Infinatez adalah sebuah kumpulan RnB Soul. Anggota: Rafik, Shah Hans, Amer Erwan, Syaiful, Andy Ariffin, Daniel, Alvin dan Saya.

Filsufatia (2005-active)
Filsufatia adalah One Man Band projek saya sejak dari tahun 2005. Lebih kepada eksperimen menggunakan software. Saya pastikan setiap tahun Filsufatia akan menerbitkan sebuah demo. Ianya tempat untuk melempiaskan nafsu untuk mencipta muzik metal. Filsufatia adalah sebuah One Man Black Metal Band. Anggota: Saya.

Sentimental:

Aku suka tengok langit dan awan. Kerana langit biru itu bersih dan awan putih itu indah. Mengingatkan aku betapa agungnya kuasa Tuhan, betapa kecilnya aku berbanding alam. Berarak perlahan sang awan merentasi langit indah. Mengingatkan aku petang petang gemilang yang mendamaikan dikala aku masih kecil. Bermain riang. Bersila di petak petak sawah yang masih kering. Ia mengingatkan aku pada layang layang. Namun ia memberikan aku lima minit ketenangan.

Aku suka tengok hujan. Bagaikan peluru peluru bertaburan dari langit. Titis titis kecil yang jatuh ke bumi. Seringkali buat aku tertanya, bagaimanakah perjalanan setitis hujan yang dikandung awan, sebelum menjunam jatuh kebumi merentasi ruang kosong diantara langit. Pasti hebat. Bunyi hujan tidak pernah gagal membuat aku berasa damai dan rasa nyaman yang memeluk erat membuatku terus lena. Bagai aku tidak keseorangan.

Aku suka tengok matahari terbenam memancarkan warna jingga yang gemilang. Aku gembira setiap kali ada pancaran pancaran terang masuk menyelinap menerangi bilik kecil ku di waktu petang. Aku terkesima. Lalu kukuakkan tingkap dan memandang ke ufuk. Langit fajar yang indah bagaikan lukisan yang tersusun dan sempurna. Indah. Hati menjadi gemilang. Betapa pelukis yang bernama Tuhan.

Aku suka tengok langit berbintang diwaktu malam. Bertaburan bintang bintang yang entah berapa jauhnya seolah olah kembali melihat aku dibumi yang merenung mereka tanpa henti. Kerlipan kerlipan megah membuatkan aku tersenyum sendirian. Tidak pernah puas aku mendongak dan melihat bentuk bentuk melalui sambungan sambungan rekaan cipta mata. Cantik. Mutiara di malam malam hening. Permata yang menyejukkan jiwa.

Duhai Tuhan, agung sekali ciptaan mu. Terima kasih kerana memberiku peluang melihat dan memakmurkan alam mu yang sebegini indah. Walau yang lain tidak peduli biar aku sahaja yang mengerti kerana karya mu pada alam adalah karya yang paling mendamaikan.

Questions Only:

Permainan mulut yang paling aku suka main dengan Nina, selain the kissing with passion game, adalah game Questions Only. Ianya diadaptasi daripada satu skit dari rancangan improv comedy popular di UK dan selepas itu US bernama Whose Line Is It Anyway. Game ini perlukan minda yang tangkas, akal yang laju dan otak yang super cerdik kerana peraturannya adalah setiap soalan perlu dijawab dengan soalan sepantas yang mungkin. Jika dia menjawab soalan itu dengan jawapan, maka dia akan kalah. Nina selalu kalah, maka siapa pemenangnya tak perlulah dipersoalkan lagi apatah lagi untuk dipertikai, kecuali oleh mereka mereka yang kalah dan tidak boleh menerima kekalahan. Jika Nina boleh menang (which is undeniably undoubtedly impossible), that day would be the day i should stop practicing as a lawyer.

Dan aku terus berdiri megah diatas tebing tinggi sambil memegang pedang tatkala rambut ditiup angin sepoi sepoi bahasa seperti seorang pahlawan highlander yang baru memenangi perang.
 
 
Copyright © Metafora Post Modernisme
Blogger Theme by BloggerThemes Design by Diovo.com