Sentimental:

Aku suka tengok langit dan awan. Kerana langit biru itu bersih dan awan putih itu indah. Mengingatkan aku betapa agungnya kuasa Tuhan, betapa kecilnya aku berbanding alam. Berarak perlahan sang awan merentasi langit indah. Mengingatkan aku petang petang gemilang yang mendamaikan dikala aku masih kecil. Bermain riang. Bersila di petak petak sawah yang masih kering. Ia mengingatkan aku pada layang layang. Namun ia memberikan aku lima minit ketenangan.

Aku suka tengok hujan. Bagaikan peluru peluru bertaburan dari langit. Titis titis kecil yang jatuh ke bumi. Seringkali buat aku tertanya, bagaimanakah perjalanan setitis hujan yang dikandung awan, sebelum menjunam jatuh kebumi merentasi ruang kosong diantara langit. Pasti hebat. Bunyi hujan tidak pernah gagal membuat aku berasa damai dan rasa nyaman yang memeluk erat membuatku terus lena. Bagai aku tidak keseorangan.

Aku suka tengok matahari terbenam memancarkan warna jingga yang gemilang. Aku gembira setiap kali ada pancaran pancaran terang masuk menyelinap menerangi bilik kecil ku di waktu petang. Aku terkesima. Lalu kukuakkan tingkap dan memandang ke ufuk. Langit fajar yang indah bagaikan lukisan yang tersusun dan sempurna. Indah. Hati menjadi gemilang. Betapa pelukis yang bernama Tuhan.

Aku suka tengok langit berbintang diwaktu malam. Bertaburan bintang bintang yang entah berapa jauhnya seolah olah kembali melihat aku dibumi yang merenung mereka tanpa henti. Kerlipan kerlipan megah membuatkan aku tersenyum sendirian. Tidak pernah puas aku mendongak dan melihat bentuk bentuk melalui sambungan sambungan rekaan cipta mata. Cantik. Mutiara di malam malam hening. Permata yang menyejukkan jiwa.

Duhai Tuhan, agung sekali ciptaan mu. Terima kasih kerana memberiku peluang melihat dan memakmurkan alam mu yang sebegini indah. Walau yang lain tidak peduli biar aku sahaja yang mengerti kerana karya mu pada alam adalah karya yang paling mendamaikan.

0 tulisan tambahan:

 
 
Copyright © Metafora Post Modernisme
Blogger Theme by BloggerThemes Design by Diovo.com