Sentimental:

Aku suka tengok langit dan awan. Kerana langit biru itu bersih dan awan putih itu indah. Mengingatkan aku betapa agungnya kuasa Tuhan, betapa kecilnya aku berbanding alam. Berarak perlahan sang awan merentasi langit indah. Mengingatkan aku petang petang gemilang yang mendamaikan dikala aku masih kecil. Bermain riang. Bersila di petak petak sawah yang masih kering. Ia mengingatkan aku pada layang layang. Namun ia memberikan aku lima minit ketenangan.

Aku suka tengok hujan. Bagaikan peluru peluru bertaburan dari langit. Titis titis kecil yang jatuh ke bumi. Seringkali buat aku tertanya, bagaimanakah perjalanan setitis hujan yang dikandung awan, sebelum menjunam jatuh kebumi merentasi ruang kosong diantara langit. Pasti hebat. Bunyi hujan tidak pernah gagal membuat aku berasa damai dan rasa nyaman yang memeluk erat membuatku terus lena. Bagai aku tidak keseorangan.

Aku suka tengok matahari terbenam memancarkan warna jingga yang gemilang. Aku gembira setiap kali ada pancaran pancaran terang masuk menyelinap menerangi bilik kecil ku di waktu petang. Aku terkesima. Lalu kukuakkan tingkap dan memandang ke ufuk. Langit fajar yang indah bagaikan lukisan yang tersusun dan sempurna. Indah. Hati menjadi gemilang. Betapa pelukis yang bernama Tuhan.

Aku suka tengok langit berbintang diwaktu malam. Bertaburan bintang bintang yang entah berapa jauhnya seolah olah kembali melihat aku dibumi yang merenung mereka tanpa henti. Kerlipan kerlipan megah membuatkan aku tersenyum sendirian. Tidak pernah puas aku mendongak dan melihat bentuk bentuk melalui sambungan sambungan rekaan cipta mata. Cantik. Mutiara di malam malam hening. Permata yang menyejukkan jiwa.

Duhai Tuhan, agung sekali ciptaan mu. Terima kasih kerana memberiku peluang melihat dan memakmurkan alam mu yang sebegini indah. Walau yang lain tidak peduli biar aku sahaja yang mengerti kerana karya mu pada alam adalah karya yang paling mendamaikan.

Questions Only:

Permainan mulut yang paling aku suka main dengan Nina, selain the kissing with passion game, adalah game Questions Only. Ianya diadaptasi daripada satu skit dari rancangan improv comedy popular di UK dan selepas itu US bernama Whose Line Is It Anyway. Game ini perlukan minda yang tangkas, akal yang laju dan otak yang super cerdik kerana peraturannya adalah setiap soalan perlu dijawab dengan soalan sepantas yang mungkin. Jika dia menjawab soalan itu dengan jawapan, maka dia akan kalah. Nina selalu kalah, maka siapa pemenangnya tak perlulah dipersoalkan lagi apatah lagi untuk dipertikai, kecuali oleh mereka mereka yang kalah dan tidak boleh menerima kekalahan. Jika Nina boleh menang (which is undeniably undoubtedly impossible), that day would be the day i should stop practicing as a lawyer.

Dan aku terus berdiri megah diatas tebing tinggi sambil memegang pedang tatkala rambut ditiup angin sepoi sepoi bahasa seperti seorang pahlawan highlander yang baru memenangi perang.

Yang Beruntung Itu Aku:

Dia sangat cantik macam bidadari, bijak macam pemain catur, cerdik macam kancil, manja macam anak kecil, memahami macam doktor, penyayang macam guru, keibuan macam tokoh wanita, elegan macam first lady, feminin, berkarier, driven macam Chris Gardner (pursuit of happiness), independent macam feminis, beragama, strong, hebat di ranjang (tiada tolok bandingnya), pandai memasak macam chef, penyabar macam cikgu tadika, baik hati, lemah lembut, sopan santun macam perempuan melayu terakhir dan politikal macam cendekiawan Greek.

Nah! Siapa yang beruntung sebenarnya? Yang beruntung itu aku.

Benign:

Most of my friends and close associates calls me Benign. I do not know why but i kind of played along and eventually it stuck. I am glad it stuck, at least now i got my self a nick name. Not John, not Mike nor Buyong like some of my so-called friends tried to call me. Buyong? Come on fellas, give me a fucking break.

I believe some of them did not even know what my real name is. My real name is Hafeez, you jerks. Stop calling my home line asking for a Benign. Try Mr. Cool, you may get lucky. I do prefer Mr. Dashingly Handsome though.

I do believe I am the one and only person in this whole wide world, whos lucky enough to be named after a cancerous tumor. Try google for benign, most probably one referring to yours truly will end up on the hundredth page if not the last. Damn those Benign Malignant tumors.

Benign is also a rarely used word for kind. I would like to add that it is also a word for handsome, generous, noble, gorgeous, warm, poetic, funny, desirable, intelligent, smart, witty, talented, understanding, caring, visionary, humble, polite, nice and extremely sweet. Have i mentioned handsome? Ok, good looking.

Why do i post an entry about my name? Because i just got a cool new lay out and the need to write is just so damn irresistible. Good night sayang.

Archivo de life:

I shall write you one thousand poems with your name in every line.
I shall sing to you a million melodies with your scent in every rhyme.
I shall whisper to you the cheesiest line so that you will end up smiling each and every time.
I shall be forever in debt knowing that you are now mine.
You are always on my mind.

This is for you.
 
 
Copyright © Metafora Post Modernisme
Blogger Theme by BloggerThemes Design by Diovo.com