Archivo de life:

I shall write you one thousand poems with your name in every line.
I shall sing to you a million melodies with your scent in every rhyme.
I shall whisper to you the cheesiest line so that you will end up smiling each and every time.
I shall be forever in debt knowing that you are now mine.
You are always on my mind.

This is for you.

Cinta Kita:

Seluruh jiwa raga. Sedalam lautan yang paling dalam. Sepuas rasa. Setinggi gunung menembusi tingkat tingkat syurga dunia, langit langit yang terbina. Sebelum ini tidak pernah tertanding apatah lagi untuk dibanding. Perasaan yang tersimpan sudah tidak ada kata yang boleh memberi makna yang sewajarnya. Bahagia yang tidan mampu di ulas dek kata kata. Hingga benar benar merasa bahawa ianya diluar batas dunia. Gila. Memang gila tapi memang benar. Sanggup melakukan apa sahaja dan sanggup berkorban segala galanya hanya untuk pasti bahawa ia kekal didalam dakap, didalam rasa, dilamun cinta. Tak pernah mempersoal tidak pernah dipersoal. Jujur dan percaya berpijak dibumi nyata dengan syukur diucapkan sentiasa agar tidak lupa dari mana asal datangnya ia. Ayat ayat bersambung tak bersuruh, kata kata tak terucap tapi tersuluh. Fikiran dibaca mengucap kata kata disaat yang sama. Bukan sekali dua tapi beribu dan berjuta. Hairan dan gila tapi kesefahaman itu datang dari Yang Esa. Mungkin ini dua rasa bahagia buat pasangan yang tercipta seperti yang dipuisikan didalam lidahNya. Dari mana dan kemana tidak pernah disentuh. Lengkap sempurna abadi doanya. Insya Allah.

Si Cerewet:

Siapa kaae abang cerewet. Abang tak cerewet. Abang memang tak cerewet. Nenek abang sendiri kata abang ni mudah nak dijaga sebab abang memang tak cerewet apatah lagi meminta minta. Oleh itu kesimpulanya abang memang tak cerewet.

Cerewet kah jikalau mengingatkan apa yang dimasak itu, biarlah dimasak dengan sempurna. Tidak pernah memilihpun apa yang ingin disedia. Masaklah apa sahaja yang disuka. Ayam, ikan, sotong atau kepala naga. Selagi halal, apa salahnya. Masaklah apa sahaja asalkan masaknya masak yang sempurna.

Memang abang lebih suka makan dirumah sahaja. Daripada membazir masa diluar sana. Masaklah apa sahaja, pasti abang akan rasa dan tidak akan pernah mahu berpaling dari meja. Hidangan tersedia, rezeki didepan mata. Doa sudah dibaca. Apalah salah sedikit teguran yang membina. Yang penting kita tetap makan dengan penuh selera.

Itu cerewet kah?

Pagi Yang Suci:

Didalam hening pagi, ayam jantan bertarung suara, kita masih berselimut di dalam gelap menunggu bilal melagukan azan menandakan waktu untuk solat. Aku melihat dia masih lena diseberang sana, tak terganggu lagi mendamaikan. Aku tenang melihat wajahnya. Hilang segala duka, hilang segala lara bahkan tiada setitispun sengsara. Yang terukir hanya bahagia. Bahagia di wajahnya dan bahagia diwajahku tatkala aku merenung wajahnya.

Waktu pagi yang mendamaikan tatkala azan bersahutan, sang bilal memanggil manggil hamba hamba Tuhan untuk bangun dan menunaikan kewajipan. Termasuk aku dan termasuk juga dia. Lalu perlahan lahan ku sapa bahunya sambil membisikan kata cinta ketelinganya, mengejutnya untuk bangun, mensucikan diri dan menghadap pencipta.

Dikala matanya terbuka, seakan ingin bersumpah bahawa aku telah melihat syurga. Melihat manja, mata kita bertemu dan hati kita bertamu lalu jiwa kita bersatu. Ku gagahi kudrat ku yang masih layu untuk ku angkat tubuh gemalaimu sambil tertawa. Hanya satu sahaja kata yang mampu ku bisikkan pada dia. Aku bahagia.

Sehabis sahaja yang wajib diselesaikan, ku kucup dahinya lantas dia mencium tangan ku tanda setia, tanda janji untuk memulakan hidup untuk hari itu dengan sumpah setia berselimut cinta yang luar biasa. Aku memandangnya dengan penuh rasa syukur. Ingin benarku bertanya, bidadari apakah yang bersimpuh dihadapanku ini. Yang pasti dia hanya akan tertawa.

Hanya satu sahaja kata yang mampu ku bisikkan pada dia. Aku bahagia. Dan segala puji hanya pada Sang Pencipta. Alhamdulillah.

Kata Lain:

Encik Bulan, bolehkah awak tunjukkan kepada saya kata lain untuk cinta agar saya dapat merasa puas meluahkan perasaan ini kepada dia, dikala kata kata lain sudah tidak mampu memberi wajah pada nilai sebenar pada rasa? Saya tidak keruan dan sudah tidak tertahan.

Encik Bulan, jika tidak keberatan bisikkan pada saya kata lain untuk cinta agar dapat saya bisikkan ketelinga dia seribu dan sejuta kali berjuta juta kali agar saya dan dia dapat merasa nikmat dan puasnya meluahkan rasa. Saya buntuk kerana saya sering tak upaya.

Encik Bulan, sudah berkali kali saya mengadu dan sudah berkali kali saya mengeluh resah dan berpeluh kerana puas sudah saya belek puas sudah saya baca kamus kamus luar biasa ciptaan cendekia cendekia untuk mencari kata lain yang lebih sesuai dan lebih indah untuk saya puisikan untuk dia, namun sentiasa hampa.

Encik Bulan, apakah perasaan ini? Cintakah ini?
 
 
Copyright © Metafora Post Modernisme
Blogger Theme by BloggerThemes Design by Diovo.com