Cinta Kita:

Seluruh jiwa raga. Sedalam lautan yang paling dalam. Sepuas rasa. Setinggi gunung menembusi tingkat tingkat syurga dunia, langit langit yang terbina. Sebelum ini tidak pernah tertanding apatah lagi untuk dibanding. Perasaan yang tersimpan sudah tidak ada kata yang boleh memberi makna yang sewajarnya. Bahagia yang tidan mampu di ulas dek kata kata. Hingga benar benar merasa bahawa ianya diluar batas dunia. Gila. Memang gila tapi memang benar. Sanggup melakukan apa sahaja dan sanggup berkorban segala galanya hanya untuk pasti bahawa ia kekal didalam dakap, didalam rasa, dilamun cinta. Tak pernah mempersoal tidak pernah dipersoal. Jujur dan percaya berpijak dibumi nyata dengan syukur diucapkan sentiasa agar tidak lupa dari mana asal datangnya ia. Ayat ayat bersambung tak bersuruh, kata kata tak terucap tapi tersuluh. Fikiran dibaca mengucap kata kata disaat yang sama. Bukan sekali dua tapi beribu dan berjuta. Hairan dan gila tapi kesefahaman itu datang dari Yang Esa. Mungkin ini dua rasa bahagia buat pasangan yang tercipta seperti yang dipuisikan didalam lidahNya. Dari mana dan kemana tidak pernah disentuh. Lengkap sempurna abadi doanya. Insya Allah.

0 tulisan tambahan:

 
 
Copyright © Metafora Post Modernisme
Blogger Theme by BloggerThemes Design by Diovo.com