
Hidup ni adalah sebuah perjalanan. Ada yang memakan masa dan ada pula yang ditakdirkan singkat. Tiada yang pasti dalam kehidupan. Kita berjalan dan kita mengharapkan dihujungnya akan punya cahaya namun samada kita sempat jumpa cahaya itu atau tidak, tangan tangan Tuhan yang menentukan.
Bertahun tahun kita mencari bertahun tahun kita menanti, diantara mula dan hujung sebenarnya hanya ada sepi. Kita menangis berseorangan dan ketawa pun tak berteman kerana mungkin cahaya untuk kita masih belum datang untuk membawa kita pulang.
Terima kasih kerana menjadi cahaya itu. Samada dapat memeluknya atau tidak, aku tetap mahu berterima kasih kerana diantara mula dan hujung, cahayanya dah aku gapai dan dah dapat aku rasa.
Andai kata aku dan cahaya itu tidak ditakdirkan bersatu, paling tidak sudah sempat aku luangkan waktu untuk bahagia, walau hanya untuk sesaat walau hanya untuk sedetik waktu.
Terima kasih.