Dan Itulah Yang Paling Indah:

Kuasa apakah ini yang membuat hatiku kaku dan tergamam. Terdiam memandang mata mu yang bercahaya suci dari gelap jiwa malam itu. Usah kau dewasa wahai anak kecil, usah kau fahami kekalutan dunia ini. Tetaplah kamu dialam indah muda mu dan usahlah kau melangkah keluar daripadanya. Sesungguhnya kau tidak perlu melihat kepunahan jiwa bangsa mu yang semakin hanyut didalam kehitaman ini. Dan ketahuilah aku akan sentiasa tersihir oleh senyuman mu.

Dan itulah yang paling indah.

Mencari Yang Dicari:

Jika takdir itu boleh diubah ubah, sudah pasti dia akan cuba mengubahnya. Dia tidak mahu berdiri sendirian lagi. Dia tidak mahu hanya bertemankan bayang bayang itu. Letih sudah jari jemari menari diatas helaian helaian perca perca jiwa itu. Namun hakikatnya, takdir itu sudah tertulis dan dia tidak mampu untuk melakukan apa jua yang terdetik didalam tarian hatinya. Tarian jiwa laranya.

Jika takdir itu boleh diubah ubah, sudah pasti yang dicari itu tiada dicari kerana ia sudahpun berdiri dihadapan matanya. Dia gusar mencari jalan untuk menggapainya namun yang hidup hanya cinta dan harapan. Cinta itu masih hijau namun harapan itu sudah kelabu dan masa sudah menghampiri putih. Dia terdiam. Melangkah longlai mencari yang dicari yang sudah ada dihadapan mata tetapi gagal dilihatnya, gagal digapainya, gagal dirasainya.

Jika takdir itu boleh diubah ubah, hati lara ini pastikan terubat. Oh penawar, dimanakah dirimu?

Yang Terpaling:

Paling dia suka:
1-Melihat butiran butiran hujan yang berlumba dari syurga.
2-Melihat megah mentari di ufuk kala senja yang agung.
3-Melihat bintang bersinar di malam malam mahakarya.
4-Melihat padang luas yang menghijau sesaujana mata menilai.
5-Melihat anak anak kecil tersenyum didalam kebebasan jiwa.

Kerana aku manusia yang bisu dan kau tidak akan pernah fahami.

Rahasia Rasmi Kerajaan Jiwa:

Dan telah ku lukiskan untuk mu sekeluarga kucing; Papa kucing, Mama kucing, dan lima anak anak mereka. Biar mereka sahaja yang membuat kau tersenyum.

Tersungkur, Terduduk, Tertewas:

Dia sudah tidak punya siapa lagi melainkan dirimu. Saban hari puisi puisi itu dikarang jemari lembut tanpa pendengar tanpa pembaca terbiar kaku diatas lipatan lipatan angin November. Kehilangan yang dirasainya itu terlalu dalam, lebih dalam daripada lubuk hati yang paling dalam, tanpa mampu memberi noktah. Dia kerinduan. Mencarimu didalam diam, menggapai cinta mu didalam kebisuan, mencapai senyum mu tanpa bicara. Dia tersungkur, terduduk dan tertewas.

tersungkur, terduduk dan tertewas di riba kerinduan yang memuncak.

 
 
Copyright © Metafora Post Modernisme
Blogger Theme by BloggerThemes Design by Diovo.com