Hari ke empat puluh dua:

Biar aku ceritakan kepada mu sebuah kisah klasik, sebuah karya agung, sebuah citra indah, untuk kau hayati dikala kau pejamkan mata untuk menyaksi keindahan yang sememang sentiasa ada didalam fikirmu itu.

Pejamkanlah mata selepas ini, dan bukakanlah pintu fantasi mu, nescaya kau akan melihat aku sedang menunggumu dibawak pokok rendang itu.

Luas terbentang dihadapan kita laut yang membiru sebiru langit sebiru nila yang dititik. Cantik. Indah dan menenangkan. Menenangkan kau. Menenangkan aku. Solitary.

Kita saling berpandangan, tersenyum antara satu sama lain. Aku peluk erat tubuhmu, kau kejapkan dakapanmu kedadaku lalu aku bisikkan;

"Saya sayang awak and i think i'm in love with you, again"

berulang-ulang-ulang-ulang kali. Anehnya aku tidak jemu-jemu menyebutnya dan kau tidak jemu-jemu mendengarnya. Kau dan aku tahu yang kita berdua tidak akan jemu menyebut dan mendengarnya walau dari sinsing ke benam fajar itu. Tidak akan jemu.

Aku amat menyintainya.

Lalu aku kisahkan citra cinta ini kepada mu, wahai teman. Kau hubungilah dia dikala dia tidak akan menyangka. Kau hubungilah dia dikala dia tidak pernah bisa menduga. Lalu ku pinta kau pejamkan mata dan lafazkan sahaja;

"Saya benar menyintai awak, i love you"

Biar dia marah kerana kau gangguinya. Biar dia terdiam kerana tidak bisa berkata apa. Biar dia terlena dibuai kata seindah melodi melodi siulan mergastua disatu petang yang cerah, dihadapan padang yang luas, dibawah sepohon pokok epal yang rimbun itu, dimana kau berdua saling berpegang tangan tidak bersuara, hanya menikmati kewujudan satu sama lain. Appreciating the mere existence of each other.

Dan kau ulangi;

"Saya benar-benar menyintai awak, i love you so much"

dan ucapkanlah penghargaanmu kerana cintanya padamu, kerana kasihnya padamu, kerana sayangnya padamu, kerana berada disisimu dikala kau bangun dari lenamu diwaktu pagi, kerana berada disisimu dikala kau pulang dari kerja mu tika hari beransur malam, kerana berada disisimu dikala kau mencari dia, hanya untuk melihat dia ada. hargailah dia hari ini lebih dari semalam, hari esok lebih dari hari yang sebelumnya. Aku pasti kau akan tahu diakhir puisi ini, menghargai cinta seseorang itu sudah cukup untuk memberimu aspirasi untuk meneruskan langkah dan melangkaui lelah, sebagai bekal untuk satu hari.

Hargailah dia, biarpun sekecil mana sentuhannya terhadapmu kerana ia pasti memberi seribu makna. Kerana kau tahu, tanpa dia, kau tidak mempunyai makna.

sudahkah kau hubungi dia pada hari ini?

Hari Keempatpuluhsatu:

Bulan ditutupi awan gelap. Bintang bintang mula menyuram wajah. Kaca kaca hujan mula merintik lagi. Bayu berhenti bertiup. Dan hilang cahaya yang seakan akan ingin bersemi tatkala aku ingin mula bermimpi. Senyap.

Adakah bermula kembali malam malam kelam ku tanpa dia?

Hari Keempatpuluh:

Wahai anak kecil, usahlah kau menggelengkan kepala, kerana kau tidak mungkin akan mampu memahami aku dan sesungguhnya aku tidak memaksamu untuk memahami aku.

Wahai anak kecil, usah lah kau menangis kerana aku tidak akan bukan jendela itu untukmu dan aku tidak mahu menolak bahu kecilmu untuk melangkah masuk melalui pintu yang terbuka itu.

Wahai anak kecil, usahlah kau bermasam muka kerana bukan kau sahaja yang pernah gagal menghambat bayangku, kau yang terdekat dan kau lah yang paling berjaya. Aku hampir mempercayainya.

Wahai anak kecil, pulanglah bersama merpati putih itu. Tunggangilah belakangnya yang berpelana indah terhias kemas untukmu. Biar masa berlalu dan moga ia mengajarmu tentang erti aku.

Hari ketigapuluhsembilan:

Hujan. Sejuk. Bunyi rintik rintik diluar jendala. Sayu. Tenang. Angin malam itu menyentuh lembut berhembus.

Dimanakah dirimu dikala aku tidak mengenalimu? Dimanakah dirimu dikala aku tidak bersilang jalan denganmu? Dimanakan dirimu dikala aku tidak mengenali namamu? Kau tidak pernah hadir didalam mimpi mimpiku lalu aku bertanya pada hujan, kemanakah hilangnya dia?

Aku kesejukan. Dimana tangan tangan yang memeluk erat tubuhku sebelum ini? Memelukku kedinginan didalam dakap-dakap kasih yang memberiku sedikit bahang untuk aku terus menghela nafas demi nafas, mengisi jiwa demi jiwa, menangisi silam demi silam yang mana tiada dia untuk aku sambut gelak tawanya.

Ini adalah bahasa hati dan kau tidak perlu faham dan kau tidak perlu bertanya kerana kau tidak akan faham. Ini adalah bahasa hati yang tak mungkin kau mampu tandingi dikala kejahilan jiwa muda mu menampar emosi tertangkis ego ruang jiwa didalam kegelapan dunia mu. kau tidak mungkin kan fahami bahasa hati kerana ia bertutur didalam belit kata yang kau takkan mampu tafsir dan aku tidak akan memimpin tanganmu untuk memahaminya.

Jika itu yang kau mahukan, pergilah kamu bersama batas batas pengertianmu yang sempit lagi menyempitkan kerana aku tidak akan mampu menghalang mu lagi walaupun aku mahu. Biar jiwa bersih suci dan indah itu yang menjadi gurumu untuk memahami nuraniku. Semoga kau akan kembali bersama cahaya cahaya citra cinta yang dalam dan tiada bertepi.

Aku tidak akan menghalangmu dan kubiarkan dirimu menongkah arus itu agar kau mengerti bahasa hati itu suatu hari nanti.

Pergilah.

Hari ketigapuluhlapan:

Senyum. Ia adalah sepohon pokok epal yang tegap dan mencakar langit. Dan setiap petang sabtu yang damai aku akan datang dan bergayut didahan dahan tegarnya sambil membiarkan badan ku ditiup angin petang yang nyaman. Luas terbentang dihadapan aku adalah sebuah padang yang gemilang. Hijau sehijau hijaunya.

Senyum. Ia sudah tiada. Ia sudah pergi dan aku berdoa ia tidak akan kembali lagi. Aku tidak lagi perlu bersembunyi dibalik dahan dahan hijau pokok epal yang merimbun. Aku sudah penat bersembunyi. Ia sudah pergi dan aku sudah bebas. Aku sudah bebas. Setiap saat aku amati keindahan saujana pandangan itu, setiap kali itu juga aku akan tersenyum. Indah.

Aku pimpin tanganmu menuju pohon rendang itu, agar aku boleh berkongsi keindahan ini bersama dengan mereka yang benar benar faham tentang kecintaan dan kerinduan yang hebat ini. "Mahakarya" aku bertempik, " a masterpiece". Aku pimpin jari jemari lembutmu lalu ku tekapkan kedada sambil melafaz kata kata cinta yang dipenuhi dengan metafora metafora yang tak bisa kau fahami. Ya. Bahasa hati. Ianya bahasa hati yang kau tidak akan fahami.

Aku akhirnya tersenyum. Terima kasih. Thanks.
 
 
Copyright © Metafora Post Modernisme
Blogger Theme by BloggerThemes Design by Diovo.com