Tiada pernah sesaat aku berpisah dengan mu.
Tiada pernah ingin dan tidak pernah mahu,
membayangkannya pun aku tak mampu
apatah lagi untuk ia benar benar berlaku.
Namun pada tanggal 12.8.2009 pada pukul 10.15 dengan aku berada disisi, bersimpuh ditepi badan kecilnya yang terbaring kaku, mengurut lembut jemari jemari kecilnya yang makin lesu, sambil tak tertahan kedukaan melihat dadanya yang berombak mendengus laju, tika mengusap ngusap wajahnya yang kepenatan, hembusan nafasnya yang pada awalnya bak badai kini tampak semakin perlahan, semakin tenang, semakin mendamaikan sehingga wajah dia benar benar tenang dan damai. Aku terpaku. Aku terpaku. Aku terpaku.
Sekecil kecil kenangan laju berlalu dimata. Sekecil kecil ingatan laju berlagu dimata. Senyum tawanya. Wajah tenang nya. Suara lembutnya. Perilaku penuh keibuannya. Kasih sayangnya. Titis air matanya. Kerinduannya. Kerisauannya. Malah masih terngiang ngiang suaranya ditelinga memanggil manggil menyapa dan menerpa.
Akhirnya Mak meninggalkan aku buat kali pertama dan buat selama lamanya. Buat kali pertamanya juga terasa hancur luluh seluruh jiwa raga. hati kecil menjerit jerit, menangis nangis, meronta ronta ingin ikut pergi bersama, kerana tidak pernah sesaat aku berpisah dengannya, tidak pernah ingin dan tidak pernah mahu, membayangkannya pun aku tak mampu apatah lagi untuk ia benar benar berlaku.
Mak, aku ingin pergi bersama mu. Aku hilang arah tuju. Mak, aku rindu. Aku sangat rindu.
*Salma Bt Yaacob, nenek ku yang tercinta disemadikan hari ini tanggal 13.8.2009. Semoga ditempatkan beliau dikalangan orang orang yang beriman. Amin.

0 tulisan tambahan:
Post a Comment