Setiap hari setiap masa setiap jam dan setiap ketika, hati berdegup berdetak kencang bila ada dia bersama. Setahun berlalu namun cinta dan kasih sayang ini teap membara walaupu sudah sekian lama, ianya seharusnya sudah pudar dan selesa, menerima dan diterima tetapi perasaan ini perasaan aneh, perasaan yang pelik dan perasaan yang tidak normal dimana cinta masih bagai pertama kali bersua dengannya.
lima minit tanpanya, tak mendengar suaranya, tidak merasa senyuman manis, tidak menelaah petah bijak bicaranya, hati mula gundah dan gulana, jiwa merana kerinduan. Kerinduan yang jauh berbeza daripada kerinduan kerinduan yang pernah ku rasa. Ini kerinduan yang istimewa. Istimewa? Adakah aku terlalu jatuh cinta sehingga segalanya tentang dia ku lihat istimewa? Mungkin ya dan mungkin jika tidak.
Dan mungkin juga jawapannya tidak ada padaku. Yang aku tahu aku rindu. Apatah lagi bila dia sudah berada disisi, hati tetap bertanya tanya bilakah aku akan bertemunya lagi. Kata cinta ucap sayang rindu kasih dan mesra sudah sejuta kali aku luahkan tanpa rasa bosan, namun tidak pernah memberi kepuasan. Kepuasan yang aku cari yang aku tahu takkan aku temui kerana ini bagaikan mimpi. Tak mungkin aku sedang menyintai dan dicintai oleh dia yang begitu sempurna dimataku, bidadari hati, permaisuri nuraniku, puteri kekasihku, sempurna dimataku.
Jatuh dan bangun, tawa dan tangis, hitam dan putih kita harung bersama, perasaan begitu sempurna yang tidak pernah dirasa. Segala puji hanya pada Nya kerana dengan izin Dia, kita bersua dan jatuh cinta sedalam dalamnya.

0 tulisan tambahan:
Post a Comment