Hari ke empat puluh dua:

Biar aku ceritakan kepada mu sebuah kisah klasik, sebuah karya agung, sebuah citra indah, untuk kau hayati dikala kau pejamkan mata untuk menyaksi keindahan yang sememang sentiasa ada didalam fikirmu itu.

Pejamkanlah mata selepas ini, dan bukakanlah pintu fantasi mu, nescaya kau akan melihat aku sedang menunggumu dibawak pokok rendang itu.

Luas terbentang dihadapan kita laut yang membiru sebiru langit sebiru nila yang dititik. Cantik. Indah dan menenangkan. Menenangkan kau. Menenangkan aku. Solitary.

Kita saling berpandangan, tersenyum antara satu sama lain. Aku peluk erat tubuhmu, kau kejapkan dakapanmu kedadaku lalu aku bisikkan;

"Saya sayang awak and i think i'm in love with you, again"

berulang-ulang-ulang-ulang kali. Anehnya aku tidak jemu-jemu menyebutnya dan kau tidak jemu-jemu mendengarnya. Kau dan aku tahu yang kita berdua tidak akan jemu menyebut dan mendengarnya walau dari sinsing ke benam fajar itu. Tidak akan jemu.

Aku amat menyintainya.

Lalu aku kisahkan citra cinta ini kepada mu, wahai teman. Kau hubungilah dia dikala dia tidak akan menyangka. Kau hubungilah dia dikala dia tidak pernah bisa menduga. Lalu ku pinta kau pejamkan mata dan lafazkan sahaja;

"Saya benar menyintai awak, i love you"

Biar dia marah kerana kau gangguinya. Biar dia terdiam kerana tidak bisa berkata apa. Biar dia terlena dibuai kata seindah melodi melodi siulan mergastua disatu petang yang cerah, dihadapan padang yang luas, dibawah sepohon pokok epal yang rimbun itu, dimana kau berdua saling berpegang tangan tidak bersuara, hanya menikmati kewujudan satu sama lain. Appreciating the mere existence of each other.

Dan kau ulangi;

"Saya benar-benar menyintai awak, i love you so much"

dan ucapkanlah penghargaanmu kerana cintanya padamu, kerana kasihnya padamu, kerana sayangnya padamu, kerana berada disisimu dikala kau bangun dari lenamu diwaktu pagi, kerana berada disisimu dikala kau pulang dari kerja mu tika hari beransur malam, kerana berada disisimu dikala kau mencari dia, hanya untuk melihat dia ada. hargailah dia hari ini lebih dari semalam, hari esok lebih dari hari yang sebelumnya. Aku pasti kau akan tahu diakhir puisi ini, menghargai cinta seseorang itu sudah cukup untuk memberimu aspirasi untuk meneruskan langkah dan melangkaui lelah, sebagai bekal untuk satu hari.

Hargailah dia, biarpun sekecil mana sentuhannya terhadapmu kerana ia pasti memberi seribu makna. Kerana kau tahu, tanpa dia, kau tidak mempunyai makna.

sudahkah kau hubungi dia pada hari ini?

4 tulisan tambahan:

uranus said...

heheheh..sweet.. :)

Anonymous said...

jahat jahat jahat!!!!

iki comot said...

bagaimana untuk menghubunginya jika dia sudah menemui kegembiraan lain?..sedangkan dia adalah kegembiraan bagi saya...:(

Albinaini said...

Pasti ada kegembiraan untuk mu wahai sahabat. Bukalah hati, Insya Allah jalan itu akan lurus untuk mu dan akan menemuinya.

Mungkin dia adalah seorang manusia yang anda ketemui setiap hari tanpa anda sedar.

:)

 
 
Copyright © Metafora Post Modernisme
Blogger Theme by BloggerThemes Design by Diovo.com