Hari Kesebelas:

Aku buka jendela dari kotak besar yang bermuka lagi cerah bermaya sinar itu lalu ku tekan petak petak kecil berhuruf rumi yang tersusun cantik diatas papan segi empat itu hanya untuk melihat satu warkah terselit didalam kotak warkah mayaku, maka aku masuk dan membaca warkah itu.

Lama, panjang dan dalam namun aku tetap gagahi dan menamatkan qiraat ku dengan segala kudrat minda, jiwa dan raga. Aku baca berkali-kali sehingga bagai aku hafali butir butir dan selok belok qawaid ayat ayat yang diperaga. Jiwa tersentuh, emosi bergoncang, minda memberontak, badan menggigil, nafsu tertanam, mulut terkunci, hati tertangis, mata mula menitiskan salju salju cair dari melodi sedih musim sejuk disudut negara jiwaku.

Aku memberontak. Jiwaku memberontak. Hatiku memberontak. Aku juga ingin dia menerima merpati putih dariku tapi aku tidak boleh membiarkan dia terseksa. Aku tidak mahu melihat dia menangis lagi. Aku tahu walau bagaimana tenang semua ayat ayat yang akan kususun untuknya, dia akan tetap menangis dan dia akan tetap terseksa dan dia akan tetap merana.

Aku melawan jiwaku yang menentang. Aku melawan kehendak hatiku. Aku terlalu dalam didalam bahtera jiwanya sebagaimana dia terlalu dalam didalam bahtera jiwaku. Sebagaimana agungnya cita untukku terbangkan merpati itu, aku tahu tidak boleh berbuat sedemikian. Aku tidak mahu menyeksanya lagi.

Aku tahu dia mengetahui yang kata akalku terpaksa kuturut walau kata hatiku tidak begitu. Namun percayalah, aku terpaksa untuk tidak melakukannya, kerana mata belati itu bukan sahaja menghiris hatiku namun ia juga akan menghiris hatimu. Cukuplah kau tahu bahawa aku milikmu selama-lamanya.

4 tulisan tambahan:

iki comot said...

kini sudah lebih dr 21 hari dia meninggalkanku...pergi bersama kenangan2 kami berdua...dia pergi untuk bersama dgn org lain..dan aku masih menanti..menanti sesuatu yg x pasti...terus-terusan menangisi pemergiannya yg tak mungkin kembali..perlukah aku menunggu?..perlukah aku terus mencintai dirinya lg?...kata orang,setiap yg b'laku pasti ada sebab disebaliknya..aku cuba b'fikiran positif..cuba hidup tanpanya..b'pura2 tabah..tapi sampai bila...sampai bila aku harus menunggu..sampai bila aku mampu untuk hadapi semua ini...kerana dia sudah lupa tentangku..segala2nya...dan aku...terus bersedih..sampai bila??

Albinaini said...

to whitelily: thanks for your wonderful additional writings. Teman, hidup perlu terus. Walau apa pun yang akan berlaku, hidup perlu terus.

Setiap yang ditarikNya darimu pasti akan digantiNya dengan yang lebih sempurna. Ia terjadi kepadaku. Cuma didalam keadaanku, aku sudah diberi yang sempurna dari yang terdahulu namun dia bukan untuk menyempurnakan aku.

iki comot said...

ya..hidup perlu diteruskan..kekosongan hati juga perlu di isi semula..cuma bila..bagaimana dan pada siapa??..mungkin kita ditakdirkan untuk menyempurnakan hidup seseorng..tetapi org itu mungkin tidak ditakdirkan utk m'nyempurnakan hidup kita...

jadi kita perlu teruskan perjalanan hidup hingga b'temu dgn org yg benar2 ditakdirkan utk kita...gambate!!!:)

Albinaini said...

Insya Allah. :)

 
 
Copyright © Metafora Post Modernisme
Blogger Theme by BloggerThemes Design by Diovo.com