Melarik Langit:

Jika ia adalah taman, maka ia telah dipenuhi dengan segala jenis orkid orkid yang berwarna warni.

Kebahagiaan yang sukar diinterpretasi kata kata.

Melukis Titik:

20 tahun kau mencariku dan 20 tahun aku menunggu mu.

Detik terungkai bilamana kau bercerita yang kau menghargai ciuman ciuman yang panjang, dalam dan penuh emosi sepertimana aku. I love kissing too.

Kita sama sama mengkagumi sejarah dan peradaban. History Channel sememangnya menyeronokkan. Kau akan terus membuat kajian setiap kali melihat dokumentari dokumentari yang menarik perhatian, seperti mana aku. Ingat apa yang terjadi bila kita tahu tentang dokumentari "the last prophecies of Nostradamus" dan "the Holy Grail". Coincidental?

Kita sama meminati mereka yang cerdik, pemikiran bijak pandai dan melihat intelligence dan kebijaksanaan didalam satu sama lain. Indeed smart and intelligent.

Kau meminati mereka petah dan aku meminati mereka yang logic dan mahir dengan angka.

Pada usia 16 tahun kau menginginkan seorang yang berkaca mata, kerana mereka yang berkaca mata kelihatan intelligent. Dari umur 16 tahun aku gemar memakai kaca mata kerana aku ingin kelihatan intelligent. Coincidental?

Kau gemar mendongak melihat bintang dan sering bertanya adakah ada orang lain ditempat yang lain yang sedang melakukan perkara yang sama, mendongak dan melihat langit. Aku juga gemar melakukannya dan sering bertanya soalan yang sama. Coincidental?

Kau minat filem lakonan Tom Hanks. The terminal adalah antara filem yang paling aku suka lakonan Tom Hanks.

Aku suka wanita yang berwajah kecina cinaan dan berkaca mata. Kau berkaca mata dan bukan sekadar berwajah kecina cinaan, kau half chinese. Coincidental?

Kita berdua kreatif di ranjang. :)

Aku tidak pernah bosan memujuk mu kerana respon mu sentiasa buat aku gembira. Aku tidak pernah jemu untuk menyanyikan lagu lagu ku untuk mu kerana kau pandai menghargainya.

Kita berdua manja. Mungkin aku terlebih sedikit tapi kau pun apa kurangnya.

Kita sentiasa bertanding siapa yang lebih sayang siapa dan cuba sedaya upaya untuk membuktikannya. walaupun kita berdua sudah tahu jawapannya.

Aku meminati orang yang sentiasa mengambil tahu tentang politik. Kau menulis tentang politik.

Kau orang yang pertama yang mampu menewaskan aku didalam permainan minda aku sendiri. Usaha membelit setiap fakta sentiasa berakhir dengan kegagalan. Tiada orang yang mampu berbuat demikian. Consider yourself lucky.

Kita berdua berfikir cara yang sama. Kau tahu pemikiranku dan aku tahu pemikiran mu. Kau menghabiskan ayat ku sebelum aku ucapkan.

Kita sukakan nama Nor Muhammad Mikhael.

Aku sentiasa bangga dengan keinginan mu untuk mendalami persoalan agama. Dan keinginan mu untuk bertanya walau perkara perkara yang kecil berkenaan dengan agama. Tak ramai yang punya keinginan sebegitu.

Aku sentiasa mahukan perhatian. Kau sentiasa memberi aku perhatian dan membuat aku rasa istimewa.

...

Aku ingin kita bergaduh. Aku ingin kita salah faham. Aku ingin kita normal. Kerana kebahagiaan ini terlalu sempurna. I love you sayang and thank you for your unconditional love.

..well, some one has to say it.. me.

Dan Kesekian Kalinya:

Entahlah. Engkau sentiasa mampu membaca apa yang bermain difikiran ku. Ralat rasanya untuk aku tamatkan riwayat ini. Fikiran kita terlalu sama.

Engkau memang yang paling sempurna dan menyempurnakan. Riwayat cinta kita singkat namun seolah olah seumur hidup ia akan bersinar terang dan terus bercahaya. Akan aku kisahkan cerita cinta kita selagi aku masih bernyawa.

Untuk aku terus hidup walau didalam bayang. Ombak gelombang menghempas aku dari lena dan kini aku terjaga. Yang pasti kau sudah tiada.

Dimana perlu aku mulakan. Nafas ku terlalu sesak untuk mencari ruang. Aku terlalu merasakan kehilangan ini.

Tak mungkin aku akan mampu untuk jatuh cinta sebegini lagi. Habis segala titik titik akhir jiwa ku kukorbankan. Garis garis ke ufuk untuk membahagiakan dirimu. Indah setiap saat saat itu. Rebah ini tidak mampu ku hitung.

Sakit dan melemaskan. Ia memedih dan memeritkan.

Entahlah. Masa seperti terlalu singkat. Ianya berlalu tanpa mempedulikan aku. Tanpa aku sedar ia berlalu.

Entahlah. Hidup seolah olah kosong dan murung. Tanpa mu aku tiada.

Namamu senantiasa ku sebut. Engkau sentiasa bermain main difikiran. Hidup terlalu kosong. Warna warnanya sudah menjadi kelabu.

Engkau terlalu istimewa. Memang terlalu istimewa tak terhurai dek kata kata.

Dada ku sebak. Nafasku bagai terhenti. Ingatan terhadap mu semakin menjadi jadi. Fikiranku semakin buntu.

Engkau tahu dan aku juga tahu. Perpisahan ini terpaksa terjadi. Orang lain tidak akan mengetahui hanya aku dan kamu itu pasti. Hirisan hati hati suci bertakhta mutiara mutiara kasih yang bersemi kini sudah ditelan air mata.

Engkau akan sentiasa diingatan ku. Sentiasa hidup didalam fikiran ku. Orang lain tidak akan mengetahui hanya aku dan kamu itu pasti. Lagu kita pasti akan sentiasa aku nyanyi.

Taman kita sudah tiada. Nafas kita sudah terhenti. Ombak pulak sudah tergamam. Dalam kesempitan hidup.

Aku akan terus menyintaimu. Nafas ku akan sentiasa bernafaskan kasih mu. Ia akan terus bersemi. Nyanyian ini pasti tidak akan kuhentikan.

(This post contains a secret hidden message.)
Jika ada orang bertanya "adakah cinta sejati itu wujud?" aku akan mengatakan bahawa cinta sejati itu wujud dan ianya sangat indah. Tidak sempurnakah perasaan apabila setiap saat kau bersama dia, apabila setiap saat itu dipenuhi dengan rasa bahagia yang tidak termampu di definisi oleh kata kata? Setiap apa yang dilakukannya saban hari tidak mengundang kebosanan tetapi melengkapkan arca arca membuatkan kau jatuh cinta kepada dia dengan lebih dalam. Apa kah perasaan yang terpendam bila hati berbisik berkata bahawa dia lah orang nya walaupun berkali kali kau cuba menafikannya, ternyata tidak terkesan. Hanya membuatkan kau jatuh kepadanya dengan lebih dalam. Saban hari kau tertanya adakah ini benar kerana ia terlalu mustahil. Perasaan yang kau rasa ini terlalu mustahil untuk wujud dan kau telah cuba mencari penjelasan apakah perasaan ini sebenarnya dan kenapakah ia menghantui diri mu dengan begitu dalam. Kau tidak ada jawapan. Cinta sejati itu wujud? bila mana kau merasainya perkataan CINTA itu seolah olah terlalu kerdil untuk memberi kepuasan pada yang melafazkannya. Terlalu kerdil. Walau berjuta juta kali kau melafazkannya pada dia, kau tidak akan pernah berasa puas dan kau tidak akan pernah merasa cukup. Cinta sejati itu wujud? Bila kau mengerah keringat mencari kelemahan kelemahan cinta itu dan kau gagal menjumpainya sehingga kau mula bertanya, adakah aku merasa semua ini kerana aku sedang dilamun cinta? Atau perasaan ini akan hilang selepas kau benar benar memeluknya erat? Kau mula bertanya dan kau akan gagal mencari jawapan. Ia wujud namun bukan bernama cinta. Ia perlukan satu perkataan yang lain yang kau tidak pernah bisa tahu. Ia bukan cinta tetapi sesuatu yang lain yang cukup menakjubkan, dipenuhi dengan keajaiban dan kebahagiaan.

Adakah cinta sejati itu wujud? Ya, kerna aku pernah merasainya.

Kau Akan Aku Cabar:

Dua botol wangian dari bodyshop dan satu daripada Hugo Boss, sehelai tali leher baru, satu sut berwarna hitam dan juga sepasang kasut hitam yang menakutkan. Rambut sudah semakin panjang, kaca mata hitam sudah tersedia dan Dia sudah sedia menunggu.
Sekarang, yang terakhir aku perlukan adalah sebuah kereta berwarna hitam sahaja untuk melengkapkan keadaan. Akan aku tampalkan pelekat Majlis Peguam sebesar besar alam.
Tunggu aku wahai dunia, kau akan ku cabar.

Modernisme Post Metafora:

2 Malam yang menakjubkan sewaktu kita berdua menakluk gemuruh dan bersimpuh didalam peluk dingin malam malam gemilang bercahaya berbayang hanya dua tubuh yang bersatu.

Bunyi bunyi yang mengasyikkan, yang menolak naik segala keinginan untuk terus begitu sehingga kita lemas didalam keringat mencapai kemuncak yang teragung sebelum semuanya terletus.

Bisikan bisikan yang mengkhayalkan menyusup ghairah keurat urat tersembunyi membiar jari jari menari diatas lekuk lekuk indah disebalik senyum dan tawa yang hanya menambah keinginan.

Kesabaran demi kesabaran menanti untuk melepaskan segala galanya kedalam segalanya membenih bukti kasih cinta kita yang luhur dan makmur, bukti bersatunya cahaya.

Membenam segala kasih menahan segala disusul bunyi bunyi ombak yang mungkin kuat dan mungkin perlahan dan semakin perlahan, mengikut rentak jutaan irama nyanyian kita.

Kemuncak. Dan ia terletus. Nafas nafas lelah menari mencari ruang untuk mencelah didalam samar samar keletihan dan kepenatan disulam kepuasan didalam kenikmatan 2 malam itu.
Aku hanya mampu tersenyum sendirian.

Neither Nor Hafeez

Nina,

Kalau berlaku lagi apa yang berlaku pada pagi itu pastikan hari tersebut adalah hari yang mana kita tidak perlu bekerja.

Kalau berlaku lagi apa yang berlaku pada pagi itu pastikan kita berdua sudah cukup bersedia.

Tapi memang benar kata Nina, melakukannya diwaktu pagi sememangnya menakjubkan.

Siapa yang nakal sekarang?

Bukan Aku Bukan Dia:

Dia masih memerlukan aku
Dia masih menyintai aku
Dia masih menyayangi aku
Dia masih menginginkan aku

Walau dia tahu
Walau apa pun yang akan berlaku
Ia akan berakhir
Dengan dia meninggalkan aku
Keputusan yang bakal dia lakukan
Yang terpaksa dia lakukan

Tidak pernah aku salahkan dia
Aku salahkan takdir
Namun ketentuan itu
terpaksa aku dakap erat
dan aku tidak pernah salahkan dia
Pilihan itu ditangan aku
Aku yang berdosa

Aku marah
Aku kecewa
Aku cemburu
Tapi tiada apa yang aku mampu lakukan
Kerana walau semua itu akan berlaku
Aku tetap menginginkan dia
Aku tetap menyayangi dia
Aku tetap merindui dia

Aku akan tetap menyintai dia
Walau hanya bayangnya sahaja
yang dapat ku dakap

Nafas Itu Nadi Akhir, Maafkan Aku:

Hari ini, setiap saat hanya terputar kepada imbasan imbasan bermonitor tentang perkara perkara yang pernah buat aku tersenyum bila aku bersama dia. Aku baca tulisannya hanya untuk mendapati diriku menjadi serba salah dan berdosa. Dia dirundung kesedihan sebagaimana aku.

Berkali kali aku termenung memikirkan samada aku perlu kembalikan segalanya. Aku ingin kembali kepadanya atau membiarkan sahaja. Kerana aku terlalu merinduinya, masih amat menyintainya dan aku berdosa kepadanya kerana membuatkan dia menangis. Seluruh jiwa hati hati naluri ku berbisik agar aku menghubunginya dan memohon kemaafan daripadanya dan terus mendakapnya semula. Tangan dan jari jemariku berkali kali memegang kotak empat segi kecil itu terlalu ghairah untuk mendail mencapai kearahnya. JIwa aku bergelora. Aku terlalu rindukan dia. Terlalu rindukan dia. Aku tidak mahu tembok itu terbina diantara aku dan dia. Aku terlalu tidak mahu dia terus mematikan suis bernama aku dihatinya. Hatiku berdegup laju dada ku berdebar kencang. Aku inginkan dia. Terlalu inginkan dia.

Tapi...
Nafas Itu Nadi Akhir. Maafkan abang.

Jiwa Pergi Meninggalkan Jiwa:

ANINENERIA
metaforaku yang terakhir

akhirnya ia telah berakhir
dan tidak akan termula
kali kedua

tidak mustahil untuk berlaku
tetapi kita berdua telah berjanji
untuk tidak menanti
tidak mengharapkan yang tak pasti

mungkin ini yang terbaik untuk kita
mungkin ini jalan yang terbina untuk kita
mungkin ini hakikat yang perlu kita terima
mungkin inilah kesudahannya

kita tidak menggenggam masa depan
kita tidak boleh mengubah ketentuan
kau dan aku akur

kita tertewas kita terkalah
kita terduduk kita tertangis
kita terjatuh kita tersakit
namun tetap genggam tanganmu
tidak akan ku lepaskan
tidak semalam
tidak hari ini
tidak esok
tidak selama lamanya

kerana aku hidup didalam hatimu
dan kau hidup dalam hatiku
percayalah jika ada dunia kedua selepas ini
jika kau dan aku dicipta kembali
aku pasti akan berlari mencarimu
sehingga kau berada didalam pelukanku

2/6/2008
jiwa pergi meninggalkan jiwa

Tenggelam didalam Literatur:

Baru sahaja menghabiskan buku ini. The Choice dari Nicholas Spark. Mengingatkan aku tentang dia.

Akan membaca dengan lebih teliti buku ini. 13 Mei Sebelum dan Selepas oleh Tunku Abdul Rahman. Juga mengingatkan aku pada dia.

P/S - I Will Be Missing You.

Maafkan abang, ampunkan abang. Hidup tidak pernah sebegini tersepit dengan pilihan namun abang tahu dan awak tahu yang keputusan ini adalah yang paling tepat. Ia begitu menyakitkan, begitu melukakan dan akan mengambil masa yang lama untuk luka ini untuk sembuh. Tidak pernah sesuatu pilihan sebgini menyakitkan.

Walaupun beribu ribu kali abang ucap dan bisikkan, namun dikesempatan yang terhujung ini abang tetap ingin lagukan ucapan terima kasih kerana menerima cinta abang dan memberi abang cinta sedalam cinta abang pada awak. Hidup tidak pernah sebegitu sempurna sejak saat pertama abang mengenali awak. Tiada kata didalam kamus kamus jiwa kita untuk memberi tafsir yang tepat tentang perasaan ini kecuali kesempurnaan. Awak sempurnakan abang dari segenap segi dan cara. Terima kasih.

Terima kasih kerana memberikan kebahagiaan yang suatu ketika abang tak yakin akan wujud, jika wujud sekalipun abang tidak yakin bahawa ianya untuk abang tapi kehadiran awak telah membuatkan abang terlihat bahawa sememangnya kesempurnaan cinta itu wujud dan abang telah menikmatinya setiap saat dan detik jari jari kita terpatri. Terlalu sempurna.

Sebelum ini untuk cinta abang sanggup memberi dan menggadaikan seluruh jiwa raga walaupun tidak pernah walau sekalipun dibalas dengan penghargaan yang setimpal dan seadilnya, namun cinta yang awak hulurkan kepada abang membuatkan setiap titik kasih sayang yang abang curahkan itu berbaloi setiap detik. Abang tidak pernah menikmati kepuasan sebegini. Sampai sekarang abang masih tertanya tanya, adakah semua ini benar benar sedang berlaku atau hanya mimpi sahaja.

Dan demi Tuhan, semua ini adalah benar.

Setiap saat dikala kita bersama meluahkan segala bukti cinta merupakan saat saat yang paling bahagia, paling indah. Sukar untuk digambarkan kembali malam malam itu dimana kita hanyut didalam pelukan masing masing dan lemas didalam jutaan kata kata cinta yang begitu dalam. Setiap gelak tawa dan senyum itu akan sentiasa abang semat rapi disatu penjuru didalam hati abang.

Kita sentiasa kehabisan kata kata untuk membuktikan cinta kita dan masih masing sentiasa terkedu. Kebijaksanaan dan kematangan pendapat awak sentiasa membuatkan abang berbisik kepada diri sendiri, sesungguhnya aku seorang lelaki yang paling beruntung.

Namun...

Sedalam mana kita cuba kuburkan kenyataan itu ia pasti akan sentiasa menghantui fikiran kita. Bukan senang untuk abang lepaskan semua ini. Hampir mustahil tapi abang harap awak faham yang abang tidak boleh terus hidup dalam mimpi. Ini semua adalah nyata tapi apa yang kita berdua inginkan adalah mimpi semata mata. Tiada siapa yang ingin melepaskan semua ini.

Abang tahu awak faham kerana awak sahaja yang mampu menghabiskan setiap patah perkataan yang terbit dari mulut abang walau belum sempat abang ucapkan. Hanya awak seorang sahaja yang boleh membaca setiap apa yang abang fikirkan dan menenangkan abang seperlunya dan abang yakin awak juga terpaksa bersetuju bahawa keputusan yang kita ambil dan terima adalah keputusan yang paling tepat.

Berminggu minggu abang mengumpul segala kekuatan bagi menghadapi saat paling getir itu. Jiwa abang tidak pernah tenang daripada kekalutan memikirkan saat paling getir itu. Malam malam sunyi seolah solah begitu bising menyukarkan lena. Dingin hembusan angin malam seolah olah begitu membahang menyukarkan lelap. Abang tahu, walau sebanyak mana pun kekuatan yang terkumpul, ia tidak akan pernah membantu menangkis perit yang akan abang rasa. Dan abang tahu, awak juga merasakan yang sama. Tapi kita tiada kuasa untuk mengubah takdir. Tangan tangan kita terkunci. Walau sekerap mana kita cuba untuk tidak memikirkannya, kita akan tetap terpaksa menghadapinya. Pasti.

Abang tidak pernah kesal. Satu saat pun abang tidak akan abang sesali pertemuan kita. Ia adalah satu keajaiban. 20 tahun abang mencari awak didalam gelap bumi, merenung bintang bintang dilangit bertanya bulan dimanakah dia orang yang sedang mendongak melihatmu ditika yang sama ini. Dan walaupun seketika, abang tetap bersyukur kerana abang akhirnya dipertemukan dengan awak.

Awak, tiada yang abang inginkan melainkan yang terbaik untuk awak. Jika diikutkan hati, abang ingin bersama dengan awak sehingga kita berdua meniti hari hari tua dengan tangan yang masih tergenggam kemas tapi kita tiada daya. Mungkin benar sepertimana kata awak, in another life time, didalam hidup yang lain, mungkin kita ditakdirkan untuk bersama.

Awak, abang akan sentiasa berdoa agar pintu hati awak terbuka untuk dia. Abang mahukan kebahagiaan untuk awak. Abang akan cuba untuk jatuh cinta lagi walaupun mungkin akan tiada lagi yang mampu menandingi awak. Didalam diam abang terpaksa memperakui bahawa jika ada pengganti itu nanti, dia akan sentiasa menjadi yang kedua kerana takhta hati ini sudah lama terisi.

Semoga kita akan berjumpa lagi didalam dunia yang lain.

Benign
2 haribulan Jun Tahun 2008

P/s- I will be missing you.
 
 
Copyright © Metafora Post Modernisme
Blogger Theme by BloggerThemes Design by Diovo.com