
Pejam celik pejam celik sudah hampir setahun enam bulan kita bersama. Satu tempoh yang aku rasa lama tapi benar benar terasa bagai baru semalam kita bersua. Baru semalam aku menemui mu buat kali yang pertama. Malam gelap yang menemukan kita berdua didalam satu dunia yang mungkin sukar untuk dipercaya bahawa ia mampu menemukan cinta.
Pejam celik pejam celik sudah begitu banyak yang kita harungi bersama. Jatuh bangun ketawa dan menangis, aku buka mata kau tetap setia bersama dan aku cuba untuk berikan yang terbaik untuk cinta agar setiap saat yang tercipta adalah saat untuk membuatkan mu bahagia. Rintangan, halangan dan dugaan, cinta itu tetap ada dan memaut rasa antara kita semakin kuat dan semakin kukuh.
Pejam celik pejam celik kita masih seperti kali pertama kita berjumpa. Aku masih sentiasa merindui suara mu walau baru sesaat yang lalu aku mengucapkan aku sayang pada mu berbisik ketelingamu. Aku masih tidak puas meluahkan rasa yang semakin hari semakin membanjiri jiwa namun tiada kata yang mampu memberi imbangan yang saksama. Tak keruan. Tak keruan. Tak keruan.
Pejam celik pejam celik, apa yang aku tahu, aku hanya ada kamu dan aku akan tetap dan akan terus setia menantimu, menunggumu dan akan mendakapmu setiap masa setiap hari dan setiap waktu.
Aku menyintai mu.