Doa:

Berdoalah. Akan ada keajaiban yang tidak akan disangka sangka. Sesungguhnya Tuhan itu Maha Kaya.

Panas Terik Sang Jumaat:

Panas terik. Bersolat dikawasan tepi masjid yang tersergam indah, bersujud kepada pencipta bersama hamba hambaNya yang soleh. Panas terik.

Tapi aku tenang. Alhamdulillah.

Sesungguhnya mereka-mereka yang enggan berdoa, maka mereka adalah manusia manusia yang sombong. Dan aku pun berdoa.

Aku tenang. Alhamdulillah. Aku berdoa untuk dia juga. Aku juga berharap dia tenang. Insya Allah.

Dia Melihat Kita:

Maha suci Dia.

Dikala pegangan ku mula goyah dan semakin lemah, Dia berbicara dengan ku dengan pesanan. Aku terkedu. Sememangnya Dia telah mendengar doa-doaku. Maha Suci Tuhan pencipta sekian alam.

SubhanaLLahu Walhamdulillah Walaailaaha Illallahu Wallahu Akbar. Maha Suci Allah Dan Segala Puji Bagi Allah Dan Tiada Tihan Selain Allah dan Allah Maha Besar.

Berdiri Memandang Awan:

Berdiri memandang awan. Mendung, sepi dan terguris. Helaan nafas yang panjang menyambung siul merdu bagai talian kecapi yang terpetik.

Berdiri memandang awan. Doa doa sudah dipanjat. Bertangis lagu di sepertiga malam. Mencari secebis kegembiraan hati yang berduka.

Berdiri memandang awan. Samada doa itu disimpan untuk dunia, disimpan untuk disana atau terjauh kejahatan yang mencela, Tuhan tidak pernah meninggalkan hamba hambanya yang tidak sombong untuk berdoa.

Dikala aku sedang keliru dan keruan kerana terlalu merindui mu, Dia telah berbicara dengan ku, agar ada kesabaran. Bahawa sebenar benarnya Dia Maha Mendengar lagi Maha Melihat.

Dan awan pun menangis.

Dari Langit:

Menunggu keajaiban. Sekiranya ia wujud.
 
 
Copyright © Metafora Post Modernisme
Blogger Theme by BloggerThemes Design by Diovo.com