Ada seekor kucing yang sangat gemuk. Nama dia Momok. Dia sangat gemuk sebab hari hari dia makan ayam goreng KFC original recipe dengan kentang putar. Dia memang suka sangat makan kentang. Katanya, kalau digoreng rangup nanti kentang tu rasa macam ayam goreng. Sebab tu dia gemuk sebab dia hari hari makan ayam goreng dan juga kentang goreng yang digoreng rangup agar rasanya sama macam ayam goreng. Tuan dia panggil dia Momok sebab muka dia hodoh macam momok. Tak lupa juga disebabkan dia gemok jadi oleh kerana tuan dia asyik panggil "mok oh mok" setiap kali nak panggil dia nak beri dia makan ayam goreng dan kentang goreng yang digoreng rangup agar rasanya macam ayam goreng, maka lekatlah panggilan momok. Ironi.
Terima kasih.
The prayer:
Sudah setahun berlalu, cintaku kepadanya semakin dalam dan kukuh. Alhamdulillah, thank you, o Almighty God for blessing me with her. I know i will never ever be able to reach for her but at least, Dear God, let me linger around this feeling a little while longer. Amen
Saya Dan Kucing:
Saya suka kucing. Saya suka tidur sambil peluk kucing. Saya suka peluk kucing ketika menonton tv. Saya suka kiss kucing. Saya suka gosok kucing dibawah tengkuk. Saya suka dukung kucing. Saya suka bermain tali dengan kucing. Saya suka beri kucing saya nama yang pelik pelik. Kucing saya pernah bernama Lebat, Simpul, Upim, Phuket, Ukeem, Cat Pee dan bermacam macam lagi.
Kesimpulannya: saya suka kucing.
Kesimpulannya: saya suka kucing.
Aroma Kemenangan Yang Sangat Rangup
Ia adalah seperti berbuka puasa dengan dengan satu suku ayam panggang yang disalut madu dan dibakar didalam ketuhar kayu pada suhu yang betul, semangkuk salad dengan perencah-perencah serta acuan mayo yang tepat, segelas ais krim dengan pelbagai toppings yang lazat sambil dihiasi satu bar biskut coklat yang rangup, beberapa biji kurma dan air epal hijau yang sangat lazat dan menyegarkan.
Subscribe to:
Posts (Atom)