Melarik Langit:

Jika ia adalah taman, maka ia telah dipenuhi dengan segala jenis orkid orkid yang berwarna warni.

Kebahagiaan yang sukar diinterpretasi kata kata.

Melukis Titik:

20 tahun kau mencariku dan 20 tahun aku menunggu mu.

Detik terungkai bilamana kau bercerita yang kau menghargai ciuman ciuman yang panjang, dalam dan penuh emosi sepertimana aku. I love kissing too.

Kita sama sama mengkagumi sejarah dan peradaban. History Channel sememangnya menyeronokkan. Kau akan terus membuat kajian setiap kali melihat dokumentari dokumentari yang menarik perhatian, seperti mana aku. Ingat apa yang terjadi bila kita tahu tentang dokumentari "the last prophecies of Nostradamus" dan "the Holy Grail". Coincidental?

Kita sama meminati mereka yang cerdik, pemikiran bijak pandai dan melihat intelligence dan kebijaksanaan didalam satu sama lain. Indeed smart and intelligent.

Kau meminati mereka petah dan aku meminati mereka yang logic dan mahir dengan angka.

Pada usia 16 tahun kau menginginkan seorang yang berkaca mata, kerana mereka yang berkaca mata kelihatan intelligent. Dari umur 16 tahun aku gemar memakai kaca mata kerana aku ingin kelihatan intelligent. Coincidental?

Kau gemar mendongak melihat bintang dan sering bertanya adakah ada orang lain ditempat yang lain yang sedang melakukan perkara yang sama, mendongak dan melihat langit. Aku juga gemar melakukannya dan sering bertanya soalan yang sama. Coincidental?

Kau minat filem lakonan Tom Hanks. The terminal adalah antara filem yang paling aku suka lakonan Tom Hanks.

Aku suka wanita yang berwajah kecina cinaan dan berkaca mata. Kau berkaca mata dan bukan sekadar berwajah kecina cinaan, kau half chinese. Coincidental?

Kita berdua kreatif di ranjang. :)

Aku tidak pernah bosan memujuk mu kerana respon mu sentiasa buat aku gembira. Aku tidak pernah jemu untuk menyanyikan lagu lagu ku untuk mu kerana kau pandai menghargainya.

Kita berdua manja. Mungkin aku terlebih sedikit tapi kau pun apa kurangnya.

Kita sentiasa bertanding siapa yang lebih sayang siapa dan cuba sedaya upaya untuk membuktikannya. walaupun kita berdua sudah tahu jawapannya.

Aku meminati orang yang sentiasa mengambil tahu tentang politik. Kau menulis tentang politik.

Kau orang yang pertama yang mampu menewaskan aku didalam permainan minda aku sendiri. Usaha membelit setiap fakta sentiasa berakhir dengan kegagalan. Tiada orang yang mampu berbuat demikian. Consider yourself lucky.

Kita berdua berfikir cara yang sama. Kau tahu pemikiranku dan aku tahu pemikiran mu. Kau menghabiskan ayat ku sebelum aku ucapkan.

Kita sukakan nama Nor Muhammad Mikhael.

Aku sentiasa bangga dengan keinginan mu untuk mendalami persoalan agama. Dan keinginan mu untuk bertanya walau perkara perkara yang kecil berkenaan dengan agama. Tak ramai yang punya keinginan sebegitu.

Aku sentiasa mahukan perhatian. Kau sentiasa memberi aku perhatian dan membuat aku rasa istimewa.

...

Aku ingin kita bergaduh. Aku ingin kita salah faham. Aku ingin kita normal. Kerana kebahagiaan ini terlalu sempurna. I love you sayang and thank you for your unconditional love.

..well, some one has to say it.. me.

Dan Kesekian Kalinya:

Entahlah. Engkau sentiasa mampu membaca apa yang bermain difikiran ku. Ralat rasanya untuk aku tamatkan riwayat ini. Fikiran kita terlalu sama.

Engkau memang yang paling sempurna dan menyempurnakan. Riwayat cinta kita singkat namun seolah olah seumur hidup ia akan bersinar terang dan terus bercahaya. Akan aku kisahkan cerita cinta kita selagi aku masih bernyawa.

Untuk aku terus hidup walau didalam bayang. Ombak gelombang menghempas aku dari lena dan kini aku terjaga. Yang pasti kau sudah tiada.

Dimana perlu aku mulakan. Nafas ku terlalu sesak untuk mencari ruang. Aku terlalu merasakan kehilangan ini.

Tak mungkin aku akan mampu untuk jatuh cinta sebegini lagi. Habis segala titik titik akhir jiwa ku kukorbankan. Garis garis ke ufuk untuk membahagiakan dirimu. Indah setiap saat saat itu. Rebah ini tidak mampu ku hitung.

Sakit dan melemaskan. Ia memedih dan memeritkan.

Entahlah. Masa seperti terlalu singkat. Ianya berlalu tanpa mempedulikan aku. Tanpa aku sedar ia berlalu.

Entahlah. Hidup seolah olah kosong dan murung. Tanpa mu aku tiada.

Namamu senantiasa ku sebut. Engkau sentiasa bermain main difikiran. Hidup terlalu kosong. Warna warnanya sudah menjadi kelabu.

Engkau terlalu istimewa. Memang terlalu istimewa tak terhurai dek kata kata.

Dada ku sebak. Nafasku bagai terhenti. Ingatan terhadap mu semakin menjadi jadi. Fikiranku semakin buntu.

Engkau tahu dan aku juga tahu. Perpisahan ini terpaksa terjadi. Orang lain tidak akan mengetahui hanya aku dan kamu itu pasti. Hirisan hati hati suci bertakhta mutiara mutiara kasih yang bersemi kini sudah ditelan air mata.

Engkau akan sentiasa diingatan ku. Sentiasa hidup didalam fikiran ku. Orang lain tidak akan mengetahui hanya aku dan kamu itu pasti. Lagu kita pasti akan sentiasa aku nyanyi.

Taman kita sudah tiada. Nafas kita sudah terhenti. Ombak pulak sudah tergamam. Dalam kesempitan hidup.

Aku akan terus menyintaimu. Nafas ku akan sentiasa bernafaskan kasih mu. Ia akan terus bersemi. Nyanyian ini pasti tidak akan kuhentikan.

(This post contains a secret hidden message.)
Jika ada orang bertanya "adakah cinta sejati itu wujud?" aku akan mengatakan bahawa cinta sejati itu wujud dan ianya sangat indah. Tidak sempurnakah perasaan apabila setiap saat kau bersama dia, apabila setiap saat itu dipenuhi dengan rasa bahagia yang tidak termampu di definisi oleh kata kata? Setiap apa yang dilakukannya saban hari tidak mengundang kebosanan tetapi melengkapkan arca arca membuatkan kau jatuh cinta kepada dia dengan lebih dalam. Apa kah perasaan yang terpendam bila hati berbisik berkata bahawa dia lah orang nya walaupun berkali kali kau cuba menafikannya, ternyata tidak terkesan. Hanya membuatkan kau jatuh kepadanya dengan lebih dalam. Saban hari kau tertanya adakah ini benar kerana ia terlalu mustahil. Perasaan yang kau rasa ini terlalu mustahil untuk wujud dan kau telah cuba mencari penjelasan apakah perasaan ini sebenarnya dan kenapakah ia menghantui diri mu dengan begitu dalam. Kau tidak ada jawapan. Cinta sejati itu wujud? bila mana kau merasainya perkataan CINTA itu seolah olah terlalu kerdil untuk memberi kepuasan pada yang melafazkannya. Terlalu kerdil. Walau berjuta juta kali kau melafazkannya pada dia, kau tidak akan pernah berasa puas dan kau tidak akan pernah merasa cukup. Cinta sejati itu wujud? Bila kau mengerah keringat mencari kelemahan kelemahan cinta itu dan kau gagal menjumpainya sehingga kau mula bertanya, adakah aku merasa semua ini kerana aku sedang dilamun cinta? Atau perasaan ini akan hilang selepas kau benar benar memeluknya erat? Kau mula bertanya dan kau akan gagal mencari jawapan. Ia wujud namun bukan bernama cinta. Ia perlukan satu perkataan yang lain yang kau tidak pernah bisa tahu. Ia bukan cinta tetapi sesuatu yang lain yang cukup menakjubkan, dipenuhi dengan keajaiban dan kebahagiaan.

Adakah cinta sejati itu wujud? Ya, kerna aku pernah merasainya.

Kau Akan Aku Cabar:

Dua botol wangian dari bodyshop dan satu daripada Hugo Boss, sehelai tali leher baru, satu sut berwarna hitam dan juga sepasang kasut hitam yang menakutkan. Rambut sudah semakin panjang, kaca mata hitam sudah tersedia dan Dia sudah sedia menunggu.
Sekarang, yang terakhir aku perlukan adalah sebuah kereta berwarna hitam sahaja untuk melengkapkan keadaan. Akan aku tampalkan pelekat Majlis Peguam sebesar besar alam.
Tunggu aku wahai dunia, kau akan ku cabar.
 
 
Copyright © Metafora Post Modernisme
Blogger Theme by BloggerThemes Design by Diovo.com