Mereka Mereka Dan Kekuatan Hati:

Wahai Tuhan yang Maha Agung, Kau berilah cahaya yang terang buat dia yang telah menjadi malaikat kepada malaikat kesayangan ku. Benarkanlah dia melangkah kedalam sinar agungMu wahai Sang Pencipta, sesungguhnya tiada yang lebih agung dari agungnya kasih Mu wahai Ar Rahman. Sesungguhnya kasih sayangmu tersalur buat malaikat kesayanganku melalui cahaya kasih sayang dia.

Teguhkan dada dada mereka mereka disekeliling dia, agar sentiasa mereka mereka itu kuat dan bertangkis teguh menahan dugaan Mu yang perit ini. Teguhkanlah iman mereka mereka untuk menghadapi kesempitan jiwa jiwa mereka disaat Kau mengambil kembali apa yang sebenarnya kurnia daripada Mu wahai Ar Rahim. Yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasih.

Wahai Sang Pencipta Yang Paling Agung, Maha suci zat agung Mu yang bersemayam diatas Arash dengan segala kebesaran Mu. Lapangkanlah dada malaikat kecil kesayanganku, semoga dia bisa menempuh kehilangan ini selapang lapang luas Arash mu. Semoga hikmah disebalik apa yang berlaku ini dapat dia fahami dan resapi dengan penuh bijaksana.

Inna Lillahi Wa Inna Ilaihi Roji'un, Dari Mu kami datang dan Kepada Mu kami kan kembali.

Lepaskan Dia Pergi:

Tiada kata yang terbaik untuk aku lafazkan kepadamu. Aku melihat deritanya melalui matamu dan merasai kesakitannya melalui semua pancainderamu. Maafkan aku kerana aku tidak mampu berada disitu sewaktu kau paling memerlukan pelukan ku. Tiada yang paling ku kesali daripada saat saat kau menempuhinya sendirian. Namun bersabarlah sayang, sesungguhnya ini tidak lain daripada dugaan buat semua mereka mereka disekelilingnya, buatmu dan juga buat kita.

Sesungguhnya, tidak akan aku lepaskan genggaman tanganku dan akan ku terus suburkan keeratan pelukanku. Kita akan hadapinya bersama dan sekali kali aku tidak akan berundur darimu.

Lepaskanlah dia pergi. Semoga Rohnya dicucuri rahmatNya dan ditempatkan dikalangan orang orang yang beriman. Amin.

Satu Dua Tiga Lekuk:

Satu hembus dua hembus tiga hembus empat hembus lima hembus enam hembus tujuh hembus lapan hembus lalu habis.

Kali diatas dengan empat belas.

Sama dengan Ringgit Malaysia lima ringgit sembilan puluh sen.

Bersamaan dengan sakit dada, kepala pening, lenguh sendi, cepat letih, nafas tak cukup, terasa nak pitam ditempat sejuk dan batuk batuk. Paru paru sudah hitam dan mereput tapi aku tetap degil. Esok lusa rebah ditepi jalan ketika menunggu bas ke mahkamah dan terus meninggal dunia disitu juga, siapa pula yang akan update blog ini?

Atau dalam kubur ada sambungan internet dan laptop?

Menanti Rangkap puisi Yang Terakhir:

Diawal saat kita bertemu, kita menganggap kehadiran itu untuk membuatkan kita lebih kuat untuk menghadapi malam malam gelap didalam dua dunia kita yang berbeza.

Takdir sudah tertulis, kita jatuh cinta. Dan kini kita terpaksa berhadapan dengan satu malam yang gelita lebih gelap ia daripada malam malam gelap yang sedang dan pernah kita lalui.

Takdir sudah tertulis kita tercipta untuk bersama buat seketika cuma dan kini kita masih berpaut kepada kasih sayang yang terlalu mustahil untuk kita lepaskan dan terlalu mustahil untuk kita teruskan ke dasar dasar yang kita inginkan.

Walau bagaimana pun kesudahan metafora metafora kita, kita akan tempuhinya bersama sama dan yang pasti genggaman tangan kita tidak akan aku lepaskan walaupun bisikan itu tidak mampu bersuara lagi.

Menanti rangkap rangkap puisi yang terakhir.

Yang Seterusnya Yang Seterusnya:

Melalui telefon aku mendengar suara mu hari ini selama selama sejam. 10 minit yang pertama digunakan untuk bertanya khabar.

Setengah jam daripada sejam itu hanya untuk meluahkan rasa rindu aku pada dia dan rindu dia pada aku sambil mengucapkan i miss you tanpa henti.

Setengah jam daripada sejam seterusnya itu hanya untuk meluahkan rasa sayang aku pada dia dan sayang dia pada aku sambil mengucapkan i love you tanpa henti.

Setengah jam daripada sejam selepas itu pula hanya untuk bertengkar mengenai siapa yang lebih menyayangi siapa.

Setengah jam daripada sejam kemudiannya itu hanya untuk aku menghargai kewujudan dia dalam hidup aku dan kewujudan aku didalam hidup dia sambil mengucapkan terima kasih tanpa henti.

Setengah jam daripada sejam yang lain itu hanya untuk berkongsi imaginasi kehidupan selepas berumah tangga.

Setengah jam daripada sejam yang terakhir itu hanya untuk mengucapkan kata kata rindu untuk berpisah dan ketidak inginan untuk meletakkan telefon.

Setengah jam terakhir berikutnya daripada sejam itu hanya untuk mengucapkan perkataan BYE.

23 jam selepas itu hanya untuk tersenyum sendirian dan bergelisah menunggu panggilan telefon yang seterusnya.
 
 
Copyright © Metafora Post Modernisme
Blogger Theme by BloggerThemes Design by Diovo.com