Jiwa Berlari:

Dear you.

Jika ini buat kali terakhir maka biar lah ia menjadi yang paling akhir. Abang akan sentiasa berada disini sehingga ke saat akhir in this rain forever if I have to. With or without you.

Salam rindu
Abang

Mereka:

Hingga ke hari ini aku tidak pernah percaya yang kau berdua sudah tiada. Setiap yang baik setiap yang sempurna yang ada didalam diri aku adalah dari didik mu. Setiap kali terkenangkan hari hari bersamamu aku jadi sayu. Rindu. Terpaku. Adakah ini benar benar berlaku? 28 tahun aku hidup dibumi ini, kau berdua sentiasa berada disisi. Kini? Kau berdua tiada lagi.

Merindui mu, buat aku benar benar ingin pergi bersama mu. Harapnya aku tidak perlu menunggu terlalu lama untuk itu.

Tewas:

Saya tinju muka kucing, kucing tinju muka saya. Kami sama sama tewas di pusingan yang ke lapan.

Walau Tahun 3:

Masih sama rasa, walau tahun 3. Tiada ubah beza, walau tahun 3. Masih utuh cinta, walau tahun 3. Masih agung kasih, walau tahun 3. Rasa masih sama, bagai yang pertama, hari cinta bersua, hari bermula kita, berlari dalam masa, ketawa dalam rasa, indah benar rasa, masih tak berbeza.

Walau tahun 3.

(3 tahun lalu, tak pernah terfikir bahawa kita akan sampai ke sini, menjejak hari ini untuk merenung kembali dimana kita 3 tahun dulu. Orang asing. Hari ini kita lebih kita daripada kita. Masih asing tapi satu jiwa.)

Bertaut:

Terlalu merindui mu walau kau hanya seinci dari ku. Terlalu merindui mu walau kau tidak pernah lepas dari dakap ku. Masih rindu. Masih rindu.

Terlalu menginginkan senyum mu di ruang mata ku walau senyum itu sedang terukir dibibirmu. Terlalu menginginkan suara mu menjadi lapik impi impi ku walau sedang ia menjadi halwa.

Sukar untuk ku ungkapkan kata. Sukar untuk aku ungkapkan rasa. Bila ruang dan waktu terhenti untuk kau dan aku dan kita.

Cinta. Seistimewa syurga. Seistimewa kita.
 
 
Copyright © Metafora Post Modernisme
Blogger Theme by BloggerThemes Design by Diovo.com