Tak Serupa tapi Sama:

Dari mana datangnya? Tahu tahu dah ada. Memang sama tapi tak serupa. Ke serupa tapi tak sama? Ayat ada ayat tiada ayat ayatnya ayat ayat cinta, tapi tidak seayat pun yang sama. Atau sama tapi tak serupa?

Somerset pun somerset lah. Musim luruh pun musim luruh lah. Janji semua berpuisi semua bergurindam. Biar sama asal jangan serupa. Biar serupa asal jangan sama.

Sekatan Penulis:

Inspirasi.
Gitar disisi.
petikan tali.
lirik berlari.
melodi terhenti.

terhenti.

Keretapi laju:

goo goo gaa gaa
boo boo baaaa
moo moo mow mow muu
i love you

joo joo be be boo
moo moo nunu
gaa goo goo
i miss you

Somerset dan sekeping roti:

Puisi puisi kita berbunga lagi. Cantik terkuntum masak dan ranum. Puisi puisi kita. Jiwa jiwa kita. Hidup kita dan senyum senyum kita.

Walau ada yang mengalir sealir, walau ada yang hampir sehampir, puisi-puisi kita takkan mampu pernah sama dengan mereka ataupun mereka-mereka atau mereka-mereka semua, walau sejuta yang mewarna dengan warna warna kita.

Puisi-puisi kita berbunga lagi. Sehebat lukisan lukisan musim luruh itu.

Anwar Ibrahim:

Kaki pusing gema dusta mencari tebing tempias tiada. Depa lima depa tiga bumi terbalik cangkung teruja. Putus kail sambung hidup sembilan belas kancil belakang jerami. Mati terlentang diatas serkup berani buat berani tanggung berani mati.

Puak jeluak musuh mengeluh. Bunuh tak tertangguh terbatas tak mengeluh. Mulut manis kuat suara kuat deria perlahan percaya. Mata iblis mulut malaikat jalan si fasiq batu terbaling, terpaling menuding jari sambil meruncing bunyi.

Berhenti. Berhenti. Berhenti. Tak mahu dengar lagi.
 
 
Copyright © Metafora Post Modernisme
Blogger Theme by BloggerThemes Design by Diovo.com