Somerset dan sekeping roti:

Puisi puisi kita berbunga lagi. Cantik terkuntum masak dan ranum. Puisi puisi kita. Jiwa jiwa kita. Hidup kita dan senyum senyum kita.

Walau ada yang mengalir sealir, walau ada yang hampir sehampir, puisi-puisi kita takkan mampu pernah sama dengan mereka ataupun mereka-mereka atau mereka-mereka semua, walau sejuta yang mewarna dengan warna warna kita.

Puisi-puisi kita berbunga lagi. Sehebat lukisan lukisan musim luruh itu.

Anwar Ibrahim:

Kaki pusing gema dusta mencari tebing tempias tiada. Depa lima depa tiga bumi terbalik cangkung teruja. Putus kail sambung hidup sembilan belas kancil belakang jerami. Mati terlentang diatas serkup berani buat berani tanggung berani mati.

Puak jeluak musuh mengeluh. Bunuh tak tertangguh terbatas tak mengeluh. Mulut manis kuat suara kuat deria perlahan percaya. Mata iblis mulut malaikat jalan si fasiq batu terbaling, terpaling menuding jari sambil meruncing bunyi.

Berhenti. Berhenti. Berhenti. Tak mahu dengar lagi.

Dilarang melarang part II:

ala baby booboo cayang cangat cangat dia manja manja ni memang nak kena manja cangat cangat ni.. mana baby abang, mana dia? Syape baby abang yang abang cayang cangat cangat ni mana dia ni? cayangnya cayangnya rindunya rinduuuu wooo wooo wooo boo boo baa baa boo boo bee bee ajajaja cayang cayang windu windu kaceh kaceh cinta cinta cayang.. manja si manja ni.. memang nak kena manja ni, nak kena manja cangat cangat ni...

ammuuah.

Dilarang melarang:

Hati sudah sedikit girang, bila cahaya tembus berlari laju.

Kaki Lari Lagi:

Melaka,
Naik bas,
Pukul pagi,
Sampai tengah hari,
sudah basi.

Kaki sakit,
jalan kaki,
metafora,
Jongker walk lagi.

Nak beli lighter,
sebesar buku lima,
Nanti nampak,
macam orang gila.

Bosan.
 
 
Copyright © Metafora Post Modernisme
Blogger Theme by BloggerThemes Design by Diovo.com