Tersungkur:

Nina,
Hari ini aku tersungkur lagi.
Tiada lagi tanganmu terhulur pada ku.
Aku bangun sendirian.
Seperti hari hari kelmarin.
Untuk jatuh tersungkur kembali.

Dipadamkan.

Selepas selamanya, aku jejak jua ke kamar dia.
Menjenguk jenguk mencari kelibatnya.
Dek terlalu merindui.

Namun aku sudah tiada.
Aku hanya memori sahaja.
Aku sudah tiada.

Aku sudah dipadamkan.

Sepi:

Aku dikurnia ketenangan tika bersamanya.
Tenang itu pergi bersamanya.

Aku dikurnia kegembiraan tika bersamanya.
Gembira itu pergi bersamanya.

Aku dikurnia senyuman tika bersamanya.
Senyum itu pergi bersamanya.

Aku dikurnia kebahagiaan tika bersamanya.
Bahagia itu pergi bersamanya.

Tempat aku mengadu adalah dia.
Tempat ku bertanya adalah dia.
Tempat ku yang paling selamat adalah bersamanya.
Bersama dia.

Sepi. Hanya ada sepi.

Aku sebut sebut namanya.
Aku berpaling dan dia tiada.
Aku termimpi mimpi kan dia.
aku bangun dari lena dan dia tiada.
Aku terlalu merindui dia.
Dan dia tiada. Kerna dia tiada.

Aku sudah tewas. Aku menyerah kalah.
Usunglah aku keluar dari gelanggang ini.
Aku sudah tidak mampu lagi.

Satu satunya yang masih menemani.


I shall soon fade away.
 
 
Copyright © Metafora Post Modernisme
Blogger Theme by BloggerThemes Design by Diovo.com