Dua:

Setahun, dua tahun, tiga atau empat.
Akanku tetap menyintaimu hingga ke akhir hayat.

Amin.

Walaupun Walau:

Terima kasih Tuhan, walau hanya dalam mimpi, namun aku puas. Aku benar benar puas. Usah bangkitkan aku lagi. Biar aku hidup didalam mimpi mimpi itu. Usah bangkitkan aku lagi Tuhan.

Amin.

Mimpi:

Aku tahu ini hanya mimpi.
Bila aku bangun esok pagi, Mak dan Nina masih sebenarnya ada lagi.

Jika dan Hanya Jika:

Mak,
Aku sepi.

Tunggu aku, Mak,
Aku ingin pergi bersama mu.

Aku tak mahu sepi lagi.

Cintakan Aman:


Koleksi Makalah Kecil Anarki 2000-2003 (RIP)


Pada suatu hari dimasa masa dahulu saya adalah seorang yang sangat suka menulis tentang apa sahaja yang boleh ditulis. Saya bangga bergelar editor sehingga sering dilihat ketawa sendirian dengan bongkak. Diatas adalah koleksi makalah kecil yang saya terbitkan untuk bacaan rakan rakan ketika saya masih menjadi ahli persatuan Anarkis cawangan Kelantan. [gambar ehsan faisal terbang bebas dari buku muka]
 
 
Copyright © Metafora Post Modernisme
Blogger Theme by BloggerThemes Design by Diovo.com