Kata Lain:

Encik Bulan, bolehkah awak tunjukkan kepada saya kata lain untuk cinta agar saya dapat merasa puas meluahkan perasaan ini kepada dia, dikala kata kata lain sudah tidak mampu memberi wajah pada nilai sebenar pada rasa? Saya tidak keruan dan sudah tidak tertahan.

Encik Bulan, jika tidak keberatan bisikkan pada saya kata lain untuk cinta agar dapat saya bisikkan ketelinga dia seribu dan sejuta kali berjuta juta kali agar saya dan dia dapat merasa nikmat dan puasnya meluahkan rasa. Saya buntuk kerana saya sering tak upaya.

Encik Bulan, sudah berkali kali saya mengadu dan sudah berkali kali saya mengeluh resah dan berpeluh kerana puas sudah saya belek puas sudah saya baca kamus kamus luar biasa ciptaan cendekia cendekia untuk mencari kata lain yang lebih sesuai dan lebih indah untuk saya puisikan untuk dia, namun sentiasa hampa.

Encik Bulan, apakah perasaan ini? Cintakah ini?

Kelantan Selangor:


Kelantan skuad Wira Merah telah menunjukkan keazaman. You gave momma's boys a hard time, you sure did noble sirs. And for that I salute you. Red Warriors shall once again reign in its utmost supremacy. You just wait and see.

In my book, Kelantan won! We fought hard to be where we are today. We were the underdogs, and we stole the game! So sayang, No, you just saw a mirage. You might have won with some silly numerical differences, but in terms of the fighting spirit between your team and mine, I won big time!

Oh one more thing, penalty kicks dont count.

Setahun Dan Setengah:


Pejam celik pejam celik sudah hampir setahun enam bulan kita bersama. Satu tempoh yang aku rasa lama tapi benar benar terasa bagai baru semalam kita bersua. Baru semalam aku menemui mu buat kali yang pertama. Malam gelap yang menemukan kita berdua didalam satu dunia yang mungkin sukar untuk dipercaya bahawa ia mampu menemukan cinta.

Pejam celik pejam celik sudah begitu banyak yang kita harungi bersama. Jatuh bangun ketawa dan menangis, aku buka mata kau tetap setia bersama dan aku cuba untuk berikan yang terbaik untuk cinta agar setiap saat yang tercipta adalah saat untuk membuatkan mu bahagia. Rintangan, halangan dan dugaan, cinta itu tetap ada dan memaut rasa antara kita semakin kuat dan semakin kukuh.

Pejam celik pejam celik kita masih seperti kali pertama kita berjumpa. Aku masih sentiasa merindui suara mu walau baru sesaat yang lalu aku mengucapkan aku sayang pada mu berbisik ketelingamu. Aku masih tidak puas meluahkan rasa yang semakin hari semakin membanjiri jiwa namun tiada kata yang mampu memberi imbangan yang saksama. Tak keruan. Tak keruan. Tak keruan.

Pejam celik pejam celik, apa yang aku tahu, aku hanya ada kamu dan aku akan tetap dan akan terus setia menantimu, menunggumu dan akan mendakapmu setiap masa setiap hari dan setiap waktu.

Aku menyintai mu.

Mencari Cinta:


Seperti yang pernah kau katakan, ada mereka mereka yang menghabiskan seumur hidupnya untuk mencarinya dan ada yang tidak pernah diberi peluang untuk bersua dengannya namun kita berdua telah diberi peluang untuk menikmati secebis daripada apa yang dinamakan...

...cinta.

Hanya ada sepi:


Hidup ni adalah sebuah perjalanan. Ada yang memakan masa dan ada pula yang ditakdirkan singkat. Tiada yang pasti dalam kehidupan. Kita berjalan dan kita mengharapkan dihujungnya akan punya cahaya namun samada kita sempat jumpa cahaya itu atau tidak, tangan tangan Tuhan yang menentukan.

Bertahun tahun kita mencari bertahun tahun kita menanti, diantara mula dan hujung sebenarnya hanya ada sepi. Kita menangis berseorangan dan ketawa pun tak berteman kerana mungkin cahaya untuk kita masih belum datang untuk membawa kita pulang.

Terima kasih kerana menjadi cahaya itu. Samada dapat memeluknya atau tidak, aku tetap mahu berterima kasih kerana diantara mula dan hujung, cahayanya dah aku gapai dan dah dapat aku rasa.

Andai kata aku dan cahaya itu tidak ditakdirkan bersatu, paling tidak sudah sempat aku luangkan waktu untuk bahagia, walau hanya untuk sesaat walau hanya untuk sedetik waktu.

Terima kasih.
 
 
Copyright © Metafora Post Modernisme
Blogger Theme by BloggerThemes Design by Diovo.com