Aku kecewa. Berhenti. Ketenangan itu sudah lama tiada. Berhenti. Bahagia sudah lama pergi. Berhenti. Adakah dia akan kembali? Berhenti. Apakah dia akan kembali? Berhenti. Mungkinkah dia akan kembali? Berhenti.
Tuhan, berilah aku petanda. Walau sekecil cuma. Biar aku tenang. Biar gusarku terbang. Biar senyumku pulang. Aku terlalu menyintai dia. Berhenti.
Kesimpulan:
[monolog]
Melihat dia didalam setiap sesuatu yang pernah dibicara dengannya. Langit. Hujan. Segalanya.
Setiap sesuatu bagai ada dia. Sukar. Gusar. Kecewa. Tidak pernah tiada hari untuk terkenang dan merindui. Sangat dan masih merindui. Terseksa jiwa raga, nafas bagaikan terhenti seketika.
Tak bisa lena kerana terlalu merindui. Tak bisa tenang kerana terlalu menyintai. Sukar. Gusar. kecewa. Noktah. Tanpa dia hidup ini adalah perenggan-perenggan sunyi, sepi dan hidup ini bagai monolog-monolog kosong yang tiada erti.
[bukan monolog]
Lantas aku bertanya monolog itu: untuk apa hidup lagi?
Doa:
Berdoalah. Akan ada keajaiban yang tidak akan disangka sangka. Sesungguhnya Tuhan itu Maha Kaya.
Panas Terik Sang Jumaat:
Panas terik. Bersolat dikawasan tepi masjid yang tersergam indah, bersujud kepada pencipta bersama hamba hambaNya yang soleh. Panas terik.
Tapi aku tenang. Alhamdulillah.
Sesungguhnya mereka-mereka yang enggan berdoa, maka mereka adalah manusia manusia yang sombong. Dan aku pun berdoa.
Aku tenang. Alhamdulillah. Aku berdoa untuk dia juga. Aku juga berharap dia tenang. Insya Allah.
Tapi aku tenang. Alhamdulillah.
Sesungguhnya mereka-mereka yang enggan berdoa, maka mereka adalah manusia manusia yang sombong. Dan aku pun berdoa.
Aku tenang. Alhamdulillah. Aku berdoa untuk dia juga. Aku juga berharap dia tenang. Insya Allah.
Subscribe to:
Posts (Atom)