Panas Terik Sang Jumaat:

Panas terik. Bersolat dikawasan tepi masjid yang tersergam indah, bersujud kepada pencipta bersama hamba hambaNya yang soleh. Panas terik.

Tapi aku tenang. Alhamdulillah.

Sesungguhnya mereka-mereka yang enggan berdoa, maka mereka adalah manusia manusia yang sombong. Dan aku pun berdoa.

Aku tenang. Alhamdulillah. Aku berdoa untuk dia juga. Aku juga berharap dia tenang. Insya Allah.

Dia Melihat Kita:

Maha suci Dia.

Dikala pegangan ku mula goyah dan semakin lemah, Dia berbicara dengan ku dengan pesanan. Aku terkedu. Sememangnya Dia telah mendengar doa-doaku. Maha Suci Tuhan pencipta sekian alam.

SubhanaLLahu Walhamdulillah Walaailaaha Illallahu Wallahu Akbar. Maha Suci Allah Dan Segala Puji Bagi Allah Dan Tiada Tihan Selain Allah dan Allah Maha Besar.

Berdiri Memandang Awan:

Berdiri memandang awan. Mendung, sepi dan terguris. Helaan nafas yang panjang menyambung siul merdu bagai talian kecapi yang terpetik.

Berdiri memandang awan. Doa doa sudah dipanjat. Bertangis lagu di sepertiga malam. Mencari secebis kegembiraan hati yang berduka.

Berdiri memandang awan. Samada doa itu disimpan untuk dunia, disimpan untuk disana atau terjauh kejahatan yang mencela, Tuhan tidak pernah meninggalkan hamba hambanya yang tidak sombong untuk berdoa.

Dikala aku sedang keliru dan keruan kerana terlalu merindui mu, Dia telah berbicara dengan ku, agar ada kesabaran. Bahawa sebenar benarnya Dia Maha Mendengar lagi Maha Melihat.

Dan awan pun menangis.

Dari Langit:

Menunggu keajaiban. Sekiranya ia wujud.

Memandang Ke Langit:

Semalaman aku tak mampu lelap kerana terlalu merindui mu. Setiap saat setiap waktu mengingatkan aku detik detik bahagiaku sewaktu masih bersama mu. Setiap gerak geri mu ku perhati, ku pelajari dan ku amati dengan penuh asyik dan takjub, dan gerak geri itu juga yang sering berputar didalam minda ku dan ianya tidak mahu berhenti.

Terngiang ngiang ditelinga ku semalaman suara dengusan nafasmu setiap kali kau terkedu mendengar lafaz lafaz cinta dari bibirku. Aku benar benar merinduinya dan aku benar benar menyintai mu sepenuh hatiku. Apatah lagi gelak tawa bahagia yang kita kongsi bersama.

Aku baca akhbar akhbar melihat suasana politik malaysia yang bergolak, mengingatkan aku pada kita. Kita yang sering bertelingkah mengenainya akhirnya bercumbu mesra dalam cinta. Cinta kita memang gila na, cinta kita memang sempurna.

Lagu lagu yang ku dengar diradio, lagu lagu cinta yang dinyanyikan oleh penyanyi itu bait bait liriknya semuanya mengingatkan aku tentang kita. Betapa lagu lagu untuk kita lirik liriknya bercerita tentang kita. Aku merinduimu setiap masa.

Betapa hatiku gundah dan gulana kerana tidak mendengar khabar berita darimu sayang. Sihatkah, baikkah atau bagaimana. Setiap hari aku tertanya tanya dan setiap hari aku berduka kerananya.

Setiap malam, ku sebut sebut namamu dalam doa dan dalam minda. Aku akan tetap menyintaimu dan aku tahu kau akan tetap menyintai ku.

Jika jodoh kita bukan disini, akan ku tunggu mu di taman firdausi.

Amin.
 
 
Copyright © Metafora Post Modernisme
Blogger Theme by BloggerThemes Design by Diovo.com