Mungkin:

Sayang, tidak pernah ada jemu untuk aku mendoakan kebahagiaan. Dan kebahagiaan itu ada pada mu sebagaimana yang pernah kita kongsi selama ini. Tuhan itu maha melihat dan hanya Dia yang mengerti kerana Dia yang mengizinkan semua ini.


Walaupun kau tidak lagi bersama disisiku seperti selalu, ketahuilah sayang, tidak pernah ada jemu untuk aku mendoakan agar kita disatukan semula seperti dahulu. Dan doa-doa itu tidak akan ku henti sehingga nafas ini terhenti dengan sendiri kerana yang kucari telahpun kujumpa dan Dia Maha melihat dan lebih mengerti.


Aku tidak akan jemu dan aku pinta kau juga tidak akan pernah berputus asa. Insya Allah, mungkin...

Gelisah:

Hari hari berbunga bunga dengan warna warni cinta kini sudah tiada lagi berganti dengan gelapnya suci malam malam yang tidak punya tepi dan siang siang yang tidak punya seni.

Rinduku pada menyapa detik detik sewaktu kita masih bersama terbang bemain main diruang minda bagai mergestua dirimba rimba jiwa.

Kekuatan? Sayang, aku tidak punya kekuatan kerana dikala kau mengharapkan aku untuk melakukannya, ketahuilah bahawa aku lebih lemah daripada yang engkau sangkakan. Kekuatan itu sudah tidak wujud sejak kau pergi dari hidupku.

Aku rindu. Aku rindu dan aku akan terus rindu.

Post Modernisme Metaforas:

Awak, hari tu abang mimpi abang jadi ketua kampung. Entah macam mana orang kampung tu pilih abang jadi ketua kampung. Pecah rekod sebagai ketua kampung paling muda di Kampung Lundang Paku tu. Pergi solat siap pakai baju melayu sama kain samping. Ingat nak beri ucapan tapi satu orang pun tak beri perhatian. Tak guna betul!

Kalau awak masih ada lagi, mesti awak dah gelak gelak kan abang. Tak guna betul. hehe

Lemas:

I miss you.

Itu sahaja yang mampu aku ucapkan. Benar-benar tak keruan. Aku rindukan dia. Dengan sepenuh hati cinta dan jiwa. Aku benar-benar menyintainya.

Cinta Hati Jiwa:

Sepenuh hati, sepenuh jiwa dan sepenuh cinta.

Memang benar seperti yang kau pernah bisikkan, kita ditemukan untuk dipisahkan. Namun apa yang mampu kita buat melainkan doa doa yang kita panjatkan untuk mendapatkan keajaiban yang mustahil. Kita bersedia untuk hari ini, sepanjang setahun kita bersedia untuk tarikh ini, namun sakitnya tidak dapat aku tanggung dan aku tahu kau juga merasakan yang sama.

Sepenuh hati, sepenuh jiwa dan sepenuh cinta.

Hati ini sudah kau miliki dan jika ada yang lain, ampun maaf kerana dia terpaksa kutempatkan ditempat yang kedua kerana singgahsana ini sudahpun ada yang bertakhta. Aku tidak akan dapat memiliki namun aku biarkan namamu kuabadi di penjuru yang paling tinggi. Kasih sayangmu itu akan kubawa sehingga aku mati. Melalui tulus cintamu, Tuhan anugerahkan aku dengan tenang dan damai hati.

Sepenuh hati, sepenuh jiwa dan sepenuh cinta.

setahun yang penuh dengan rasa cinta yang begitu dalam sehinggakan kita tidak mampu memberikannya nama. Ianya bukan cinta, ianya lebih agung dari cinta, ianya terlalu sempurna dan cinta adalah kata yang tidak layak untuknya. Apalah yang telah aku lakukan sehingga Tuhan memberikan aku perasaan yang istimewa, walaupun dalamnya sedalam jurang langit yang tidak punya hujungnya, namun aku tidak alpa dan buta. Kau juga begitu kerana kita adalah orang yang sama.

Sepenuh hati, sepenuh jiwa dan sepenuh cinta.

Cinta hati dan jiwa, biarkan ianya berbunga walau taman itu bukan ditakdirkan untuk kita.
 
 
Copyright © Metafora Post Modernisme
Blogger Theme by BloggerThemes Design by Diovo.com