Episod CintaMan 2:

Dia tak seperti jejaka lain, pendiam dan sendirian. Tidak kuat dan tidak kacak Tapi jangan disangka tiada superpower, tapi pasti orang semua tidak tahu kerana dia tidak menunjuk nunjuk. Bila ada raksasa jahat datang menyerang, orang pasti menjerit jerit, meminta tolong dan bantuan, membantu pakcik yang terperangkap atau memusnahkan robot robot jahat yang berkeliaran. Bila dia datang, dia akan menjadi adiwira dan superhero yang disayangi ramai iaitu..

Cintaman oh Cintaman, superhero atau adiwira yang disayangi ramai.

Episod CintaMan:

Tangkas dan hebat gagah perkasa, sangat laju dan bijaksana, datang memukul raksasa yang cuba merosakkan bandaraya. Dia datang dengan kelajuan cahaya, walau dari ampang atau petaling jaya, dia pasti akan berjaya melawan musuh musuh yang jahat dan kejam. Cintaman oh cintaman, superhero atau adiwira yang disayangi ramai, cintaman oh cintaman superhero atau adiwira yang kacak dan gagah. Kuasa sakti berupa laser beam dari tangannya, tendangan padunya mampu membawa maut pada raksasa jahat.

Roketman, Momokman, Orang nyamuk atau sebagainya, bila Cintaman datang, pasti semua akan lari.

Itulah dia, Cintaman.

Dimana Sahaja Kecuali Disini:

Nak lari. Nak lompat. Nak sembunyi. Nak elak. Nak pindah. Nak randah. Nak redah. Dimana sahaja kecuali disini.

WRX1749:

Akhirnya aku merasai perasaan itu. Perasaan yang aku jangka akan aku lalui namun misteri akan rasa lazatnya. Aku akhirnya memandu kereta milikku sendiri. Terasa seperti didalam kotak yang aku miliki sendiri. Terkadang aku bertanya, kereta siapa yang aku pandu ini? Oh rupanya, benakku menjawab, kereta milikku sendiri. Hasil usaha titik peluh menyimpan wang ribuan ringgit akhirnya berbaloi.

Tapi aku punya satu masalah. Aku rasa aku sudah dilengkapi dengan ketepatan penakkulan mantik yang cukup gah lagi berdaya saing tapi hampir hampir juga terbabas kesana sini. Aku rasa aku sudah dilengkapi dengan kepakaran untuk membuat penilaian yang rapi, kemas dan tersusun tapi tercalar juga kereta ku terlajak undur menaiki bukit. Dimana silapnya.

Akhirnya aku punya kereta sendiri. Alhamdulillah.

Berjoget Bukan Berdansa:

Lagu apakah ini? Kumpulan apakah yang menyanyikan lagu berhantu ini? Sungguh cheesy melodi lagunya tapi bunyi gitarnya menghantui minda ku. Terasa hendak berjoget joget dibuatnya. Pening kepala memikirkan kenapa lagu itu terlekat didalam kepala. Aku terasa hendak bejoget joget dengan langkah yang penuh kelucuan, kecomelan dan keanehan. Aku mahu berjoget joget tetapi aku tidak punya sepatu joget. Aku harap penyanyi lagu berhantu itu boleh memberikan aku sepatu joget supaya aku boleh berjoget joget dengan penuh kelucuan, kecomelan dan keanehan.
 
 
Copyright © Metafora Post Modernisme
Blogger Theme by BloggerThemes Design by Diovo.com