Tanpa:

Bangun pagi tanpa mendengar suara manjanya seolah olah membuatkan aku merasakan bahawa aku tidak pernah bangun dari lena. Tanpanya seolah ada sahaja yang tidak kena tapi entah kenapa aku tidak punya jawapannya. Yang aku tahu aku mahu bangun pagi dikejut oleh suara malaikat cinta, bidadari kecilku yang jelita.
Duhai bidadari, kejutkanlah aku setiap pagi dengan ucapan cinta bahagiamu.

Dua Kosong Kosong Sembilan:

Seekor patung beruang berbulu putih cuba memanjat dinding namun terjatuh dan tergolek, terhimpit dan terbalik. Citanya tak sampai, cintanya terlerai. Layangnya putus tali. Namun dia tetap mengikut liuk lintuk kemana sahaja bayu petang itu ingin meniupnya. Barat timur selatan utara.
Patung beruang itu bangun lagi tapi bulunya penuh dengan kotoran yang tak tertanggal. Lalu dia menangis teresak esak dipenjuru bilik kerana dia sudah tidak ada bulu lagi untuk hari esok.

Berpaling, Berlari dan Terhenti:

Gelora rasa menikam jiwa merobek sukma. Berpaling, berlari dan terhenti. Kerana kehancuran itu tidak pernah menjadi nawaitu dan kegusaran itu bukan pernah diungkapkan dari sinar yang terkadang ikhlas namun terlangkah kekiri.

Beri aku ketenangan.

Puisi Terakhir:

Sesungguhnya jika ada dunia kedua selepas ini, dimana kau dan aku diciptakan kembali, aku pasti akan berlari lari mencari mu sehingga kau berada kembali didalam dakapanku.


Cinta, hati dan jiwaku, Nina Airene Abdul Aziz, semoga kita ketemu lagi didalam dunia itu.

Amin.

The possible list

When i was 16, i once had this diary and in this diary i wrote this long list of characteristics. No, seriously i really did wrote this when i was 16. Seriously.

1-Chinese look
2-Specky
3-Speaks good English
4-Open minded
5-Love books
6-Politically conscious
7-Loving and caring
8-Smart and intelligent
9-Know how to cook, sew and kemas rumah.
10-High taste
11-Appreciative

Dan i found her.
 
 
Copyright © Metafora Post Modernisme
Blogger Theme by BloggerThemes Design by Diovo.com