Pagi yang murung Tapi hati tetap berdansa

Pagi ini adalah pagi yang murung. Awan gelap mula berjalan mengiringi memuni rongga rongga langit yang seharusnya biru tapi kini bertukar kelabu. Tanda tanda hujan akan mula mencurah dan berlumba bagai peluru menikam ubun ubun ku.

Pagi ini adalah pagi yang murung kerana kita merasai perasaan perasaan yang kita tidak mahu rasa. Membuatkan hati hati menjadi murung dan serba tak kena. Aku rindu dia. Aku tetap akan jatuh cinta pada dia. Walau hati kita murung.

Maafkan.

Usah biarkan hidup kita menjadi seperti ayam murung. Bulunya gugur jalan pusing pusing.

Twice

Kami telah melakukannya sebanyak 2 kali pada malam semalam dalam masa kurang dari beberapa jam.

Best kan?

Cendawan Cendiwin

Saya suka makan cendawan. Cendawan sangat enak rasanya. Hari hari saya nak makan sup cendawan. Moga-moga nina selalu buatkan saya sup cendawan.

Saya juga suka makan cendawan yang digoreng bersama sayur atau dengan sup sayur yang ada cendawan. Saya akan pilih dan makan cendawan sahaja, yang lain saya akan biarkan ahli keluarga saya yang lain memakaninya.

Saya suka makan berjenis jenis sayur termasuk brokoli dan cendawan. Nina tidak suka makan brokoli kerana dia takut gemuk. Yang dia tak tahu, dia memang dah gomok.

Hahaha.

Rambut Saya Seperti Lion.

Takuya Kimura? Antonio Banderas? Bosan betul. Hanya kerana rambut saya sudah panjang, adakah perlu teman teman menyamakan saya dengan pelakon-pelakon terkenal yang kacak itu? Sungguh jijik! Saya lebih kacak daripada Takuya Kimura atau Antonio Banderas.

Helo oh papaya

Helo, helo, oh papaya
aku sangat letih hari ini.
Dengar suara dia, terus hilang penat.
 
 
Copyright © Metafora Post Modernisme
Blogger Theme by BloggerThemes Design by Diovo.com