Saya Dan Kucing:

Saya suka kucing. Saya suka tidur sambil peluk kucing. Saya suka peluk kucing ketika menonton tv. Saya suka kiss kucing. Saya suka gosok kucing dibawah tengkuk. Saya suka dukung kucing. Saya suka bermain tali dengan kucing. Saya suka beri kucing saya nama yang pelik pelik. Kucing saya pernah bernama Lebat, Simpul, Upim, Phuket, Ukeem, Cat Pee dan bermacam macam lagi.

Kesimpulannya: saya suka kucing.

Aroma Kemenangan Yang Sangat Rangup

Ia adalah seperti berbuka puasa dengan dengan satu suku ayam panggang yang disalut madu dan dibakar didalam ketuhar kayu pada suhu yang betul, semangkuk salad dengan perencah-perencah serta acuan mayo yang tepat, segelas ais krim dengan pelbagai toppings yang lazat sambil dihiasi satu bar biskut coklat yang rangup, beberapa biji kurma dan air epal hijau yang sangat lazat dan menyegarkan.

Kekalahan dan Pengaruh Awalnya Terhadap Budaya:

Sesetengah orang punya masalah untuk menerima hakikat. Bak kata pepatah melayu, usah ditegakkan benang yang basah atau do not thread on thin ice. Ini adalah fenomena sejagat yang sering benar melanda saya dan dia.

Hujah-hujah yang dia berikan adalah lemah, seringkali bercanggahan dan tidak konsisten sedangkan idea-idea saya adalah malar segar, bernas dan penuh kebijaksanaan.

Kekalahan dia telah memaksa dia untuk berundur kepenjuru yang memerangkap dirinya sendiri sehingga dia terpaksa melakukan pembohongan demi pembohongan bagi menutup kontradiksi yang pernah terucap dari mulut beliau.

Dia minta saya belikan dia sebuah kereta BMW berwarna merah. Saya bersetuju tapi saya tidak akan benarkan dia memandunya dan ia haruslah berwarna hitam atau silver. Ini adalah tidak bercanggahan dengan fakta yang pernah dia kemukakan kepada saya bahawa dia tidak suka memandu dan memandu membuatkan dia mencarut. Jadi untuk tidak membenarkan dia memandu adalah fakta yang tepat. Warna merah adalah sangat buruk dan cepat kusam sedangkan warna hitam adalah warna yang penuh elegan dan berklas.

Jadi untuk mengambil hatinya, saya berjanji untuk memberikan dia baucar membeli belah yang berharga RM150. Ini juga adalah bertepatan dengan fakta bahawa dia suka membeli belah. Dia mempunyai 235 pasang kasut dan 216 utas beg tangan ropol yang berjenama. Jadi keputusan untuk memberikan baucar tersebut adalah tidak bercanggah dengan fakta.

Lalu saya betanya dia mengenai nilai kasih sayang dia jika saya berikan dia baucar yang kurang dari harga diatas, lantas dia menjawab bahawa cintanya berkurangan. Nah! Bukti terbaik, konkrit dan kukuh untuk mengatakan bahawa saya menyayanginya lebih kerana jika dia berada didalam posisi saya untuk memberikan baucar, saya tetap akan menyayanginya seperti sedia kala walau baucar tersebut berharga RM10 sekalipun.

Namun, untuk mengelak dirinya terperangkap, beliau bertindak menafikan pernyataan tersebut dan mempertahankan sedaya upaya dengan mengatakan bahawa dia tidak pernah menyatakan seperti berikut.

Aroma kemenangan yang sangat mengkagumkan.

Hargai Si Kobis:

Saya pernah menulis surat surat yang panjang berjela-jela untuk orang yang saya sayang tapi apa yang saya buat tidak pernah dihargai dengan baik.

Saya pernah berjalan kaki berbatu batu semata mata untuk memberi bunga dan coklat kepada orang yang saya sayang tapi apa yang saya buat tidak pernah dihargai dengan baik.

Saya pernah berdiri dalam hujan semata mata untuk menunggu orang yang saya sayang tapi apa yang saya buat tidak pernah dihargai dengan baik.

Saya pernah terpaksa mengenepikan kepentingan keluarga sendiri semata mata untuk bertemu dengan orang yang saya sayang tapi apa yang saya buat tidak pernah dihargai dengan baik.

Saya pernah membenarkan tidur saya diganggu hanya semata mata orang yang saya sayang itu takut berseorangan tapi apa yang saya buat tidak pernah dihargai dengan baik.

Saya pernah mengenepikan kebahagiaan sendiri semata mata untuk orang yang saya sayang tapi apa yang saya buat tidak pernah dihargai dengan baik.

Saya pernah mengenepikan kawan kawan semata mata untuk orang yang saya sayang tapi apa yang saya buat tidak pernah dihargai dengan baik.

Apakah secebis penghargaan untuk sebuah perlakuan yang ikhlas itu berharga berjuta ribu ringgit sehinggakan ia terlalu sukar untuk diluahkan? Jika anda mempunyai teman yang istimewa, hargailah setiap apa yang dia lakukan untuk anda walaupun serangkap ucapan kasih sayang kerana nilai sebuah penghargaan itu lebih istimewa dari segala kebendaan dalam hidup.

Seekor Penyu dan Penguin:

Saya sayang awak lebih. Saya sayang awak lebih. Saya sayang awak lebih. Saya sayang awak lebih. Saya sayang awak lebih. Saya sayang awak lebih. Saya sayang awak lebih. Saya sayang awak lebih.

Susah ke nak terima hakikat yang saya memang sayang awak lebih dari awak sayang saya? Itu adalah kenyataan dan semua orang kena belajar untuk terima kenyataan. Kita dah bercinta dah lama, tapi awak masih tak mahu terima kenyataan. Apa guna kenyataan kalau ianya tidak ingin diterima.

Jika apa yang saya katakan itu adalah kenyataan maka apa apa yang awak percaya adalah bukan kenyataan. Awak selalu kata awak sayang saya lebih. Itu adalah bukti bahawa awak sering berhalusinasi. Tak mungkin awak lebih sayang saya sebab itu bukan kenyataan. Itu adalah sangat mustahil.

Memanglah biasa untuk awak kata bahawa fakta benar yang mengatakan bahawa saya menyintai awak lebih itu adalah hakikat dan fakta bagi saya sahaja dan bukan awak. Awak kan berhalusinasi. Orang yang berhalusinasi tak mungkin tahu apa yang dia cakap. Hanya membebel tanpa maksud. Kesian.

Memang saya sayang awak lebih dari awak sayang saya. Awak tiada bukti untuk menafikan hakikat itu. Saya tak perlu buktikan apa apa kerana itu adalah kenyataan yang telah diterima umum. Kawan saya telah dipetik sebagai berkata:

“Memang benar. Hafeez memang seorang yang penyayang dan sedikit kacak. Adalah fakta yang telah kami semua, sebagai kawan kawan beliau, terima bahawa dia lebih menyayangi gadis berwajah kecina-cinaan itu. Tidak dapat dinafikan”

seorang lagi kawan saya telah dipetik sebagai berkata:

“Saya sendiri pun tidak mempercayainya pada mula mulanya. Tapi benar memang saya secara tidak syak lagi mengakui bahawa Hafeez memang lebih menyayangi gadis berkaca mata tersebut. Orang yang cuba menafikan fakta tersebut memang dari planet jupiter”

Untuk buktikan kepada awak yang saya memang sayang awak lebih, saya telah menemuramah seorang awam yang tidak mengenali saya dan awak. Beliau dipetik sebagai, antara lainnya, berkata:

“Hafeez memang sayang lebih gadis kecil yang comel itu. Ok now give me my mo..”
(tidak dapat diteruskan kerana kerosakan teknikal pada alat perakam)

Jadi. Kita tidak perlu lagi bergaduh mengenai perkara ini. Saya memang sayang awak lebih.
 
 
Copyright © Metafora Post Modernisme
Blogger Theme by BloggerThemes Design by Diovo.com