Kekalahan dan Pengaruh Awalnya Terhadap Budaya:

Sesetengah orang punya masalah untuk menerima hakikat. Bak kata pepatah melayu, usah ditegakkan benang yang basah atau do not thread on thin ice. Ini adalah fenomena sejagat yang sering benar melanda saya dan dia.

Hujah-hujah yang dia berikan adalah lemah, seringkali bercanggahan dan tidak konsisten sedangkan idea-idea saya adalah malar segar, bernas dan penuh kebijaksanaan.

Kekalahan dia telah memaksa dia untuk berundur kepenjuru yang memerangkap dirinya sendiri sehingga dia terpaksa melakukan pembohongan demi pembohongan bagi menutup kontradiksi yang pernah terucap dari mulut beliau.

Dia minta saya belikan dia sebuah kereta BMW berwarna merah. Saya bersetuju tapi saya tidak akan benarkan dia memandunya dan ia haruslah berwarna hitam atau silver. Ini adalah tidak bercanggahan dengan fakta yang pernah dia kemukakan kepada saya bahawa dia tidak suka memandu dan memandu membuatkan dia mencarut. Jadi untuk tidak membenarkan dia memandu adalah fakta yang tepat. Warna merah adalah sangat buruk dan cepat kusam sedangkan warna hitam adalah warna yang penuh elegan dan berklas.

Jadi untuk mengambil hatinya, saya berjanji untuk memberikan dia baucar membeli belah yang berharga RM150. Ini juga adalah bertepatan dengan fakta bahawa dia suka membeli belah. Dia mempunyai 235 pasang kasut dan 216 utas beg tangan ropol yang berjenama. Jadi keputusan untuk memberikan baucar tersebut adalah tidak bercanggah dengan fakta.

Lalu saya betanya dia mengenai nilai kasih sayang dia jika saya berikan dia baucar yang kurang dari harga diatas, lantas dia menjawab bahawa cintanya berkurangan. Nah! Bukti terbaik, konkrit dan kukuh untuk mengatakan bahawa saya menyayanginya lebih kerana jika dia berada didalam posisi saya untuk memberikan baucar, saya tetap akan menyayanginya seperti sedia kala walau baucar tersebut berharga RM10 sekalipun.

Namun, untuk mengelak dirinya terperangkap, beliau bertindak menafikan pernyataan tersebut dan mempertahankan sedaya upaya dengan mengatakan bahawa dia tidak pernah menyatakan seperti berikut.

Aroma kemenangan yang sangat mengkagumkan.

Hargai Si Kobis:

Saya pernah menulis surat surat yang panjang berjela-jela untuk orang yang saya sayang tapi apa yang saya buat tidak pernah dihargai dengan baik.

Saya pernah berjalan kaki berbatu batu semata mata untuk memberi bunga dan coklat kepada orang yang saya sayang tapi apa yang saya buat tidak pernah dihargai dengan baik.

Saya pernah berdiri dalam hujan semata mata untuk menunggu orang yang saya sayang tapi apa yang saya buat tidak pernah dihargai dengan baik.

Saya pernah terpaksa mengenepikan kepentingan keluarga sendiri semata mata untuk bertemu dengan orang yang saya sayang tapi apa yang saya buat tidak pernah dihargai dengan baik.

Saya pernah membenarkan tidur saya diganggu hanya semata mata orang yang saya sayang itu takut berseorangan tapi apa yang saya buat tidak pernah dihargai dengan baik.

Saya pernah mengenepikan kebahagiaan sendiri semata mata untuk orang yang saya sayang tapi apa yang saya buat tidak pernah dihargai dengan baik.

Saya pernah mengenepikan kawan kawan semata mata untuk orang yang saya sayang tapi apa yang saya buat tidak pernah dihargai dengan baik.

Apakah secebis penghargaan untuk sebuah perlakuan yang ikhlas itu berharga berjuta ribu ringgit sehinggakan ia terlalu sukar untuk diluahkan? Jika anda mempunyai teman yang istimewa, hargailah setiap apa yang dia lakukan untuk anda walaupun serangkap ucapan kasih sayang kerana nilai sebuah penghargaan itu lebih istimewa dari segala kebendaan dalam hidup.

Seekor Penyu dan Penguin:

Saya sayang awak lebih. Saya sayang awak lebih. Saya sayang awak lebih. Saya sayang awak lebih. Saya sayang awak lebih. Saya sayang awak lebih. Saya sayang awak lebih. Saya sayang awak lebih.

Susah ke nak terima hakikat yang saya memang sayang awak lebih dari awak sayang saya? Itu adalah kenyataan dan semua orang kena belajar untuk terima kenyataan. Kita dah bercinta dah lama, tapi awak masih tak mahu terima kenyataan. Apa guna kenyataan kalau ianya tidak ingin diterima.

Jika apa yang saya katakan itu adalah kenyataan maka apa apa yang awak percaya adalah bukan kenyataan. Awak selalu kata awak sayang saya lebih. Itu adalah bukti bahawa awak sering berhalusinasi. Tak mungkin awak lebih sayang saya sebab itu bukan kenyataan. Itu adalah sangat mustahil.

Memanglah biasa untuk awak kata bahawa fakta benar yang mengatakan bahawa saya menyintai awak lebih itu adalah hakikat dan fakta bagi saya sahaja dan bukan awak. Awak kan berhalusinasi. Orang yang berhalusinasi tak mungkin tahu apa yang dia cakap. Hanya membebel tanpa maksud. Kesian.

Memang saya sayang awak lebih dari awak sayang saya. Awak tiada bukti untuk menafikan hakikat itu. Saya tak perlu buktikan apa apa kerana itu adalah kenyataan yang telah diterima umum. Kawan saya telah dipetik sebagai berkata:

“Memang benar. Hafeez memang seorang yang penyayang dan sedikit kacak. Adalah fakta yang telah kami semua, sebagai kawan kawan beliau, terima bahawa dia lebih menyayangi gadis berwajah kecina-cinaan itu. Tidak dapat dinafikan”

seorang lagi kawan saya telah dipetik sebagai berkata:

“Saya sendiri pun tidak mempercayainya pada mula mulanya. Tapi benar memang saya secara tidak syak lagi mengakui bahawa Hafeez memang lebih menyayangi gadis berkaca mata tersebut. Orang yang cuba menafikan fakta tersebut memang dari planet jupiter”

Untuk buktikan kepada awak yang saya memang sayang awak lebih, saya telah menemuramah seorang awam yang tidak mengenali saya dan awak. Beliau dipetik sebagai, antara lainnya, berkata:

“Hafeez memang sayang lebih gadis kecil yang comel itu. Ok now give me my mo..”
(tidak dapat diteruskan kerana kerosakan teknikal pada alat perakam)

Jadi. Kita tidak perlu lagi bergaduh mengenai perkara ini. Saya memang sayang awak lebih.

Pulang Dari Utarid:

Dia kata: saya manja.
Saya kata: saya bukan manja. Pernyataan tersebut adalah dinafikan dengan tegas.

Dia kata: kadang-kadang saya garang.
saya kata: saya tak garang langsung. tegas mungkin tetapi tetap bergantung kepada keadaan.

Dia kata: saya comel.
Saya kata: Bila saya dituduh manja, memang sesuatu kebiasaan untuk saya dikaitkan sebagai comel. Saya menafikan saya manja maka tuduhan yang mengatakan saya comel adalah ternafi secara automatik. Saya merasakan saya adalah seorang yang kacak dan gagah.

Dia kata: suara saya seksi.
Saya kata: suara saya hanya seksi didalam keadaan keadaan tertentu sahaja. Sentiasa seksi adalah menggelikan. Pernyataan tersebut adalah separa betul. Saya adalah seorang yang innocent dan nerdy.

Dia kata: saya licik dan suka memutar belit fakta.
Saya kata: saya tidak licik dan tidak pernah memutar belit fakta kerana saya adalah seorang hitam dan putih dan tidak kelabu. Mungkin saya gemar memberi definisi dan interpretasi berbeza mengenai sesuatu ucapan. Saya hanya membantu si pemberi ucapan untuk beliau lebih memahami apa yang beliau sendiri katakan. Saya adalah seorang yang jujur dan lurus.

Dia kata: saya suka mengambil kesempatan.
Saya kata: saya tidak pernah mengambil kesempatan terhadap sesiapa. Lagipun tiada kesempatan yang boleh saya ambil untuk kepentingan diri sendiri kerana saya adalah seorang yang alim.

Dia kata: dia kata saya seorang yang wise.
Saya kata: saya bukan seorang yang wise cuma saya sentiasa mempunyai pandangan yang berbeza mengenai kehidupan.

Dia kata: saya sempurna.
Saya kata: saya masih belajar maka pernyataan tersebut adalah dinafikan dengan tegas.

Dia kata: Saya seorang yang romantik.
Saya kata: saya bukan seorang yang romantik, cuma saya suka memberi lebih perhatian kepada orang yang saya sayang.

Dia kata: saya hebat diranjang.
Saya kata: Betul! hahaha

Dia kata: Dia sayang saya.
Saya kata: Saya sayang dia 15 kali lebih dari dia sayang saya.

Kuah Sup:

Siapa yang cantik dan manis sangat ni? Ni kenapa senyuman menggoda sangat ni? Kenapa wajah menawan sangat ni? Cantiknya dia, manis sangat.

Nak lagi...
 
 
Copyright © Metafora Post Modernisme
Blogger Theme by BloggerThemes Design by Diovo.com