Hari ke empat puluh tujuh:

Apa fungsi perbincangan ini? Adakah ia berfungsi untuk mencari jalan agar perhubungan kita menjadi lebih baik, mencari jernih didalam kekeruhan komunikasi dan meleraikan segala kekusutan yang melanda cerita kita? konsekuensinya untuk mengakui kesalahan masing masing, memohon maaf dan perbaiki kesilapan?

Atau medan meletakkan segala beban kesalahan keatas bahu aku?

Hari ke empat puluh enam:

Tidak sukar sebenarnya untuk menyelesaikan sesuatu masalah. Yang paling penting, kedua dua hati perlu sentiasa matang dan sentiasa mencari jalan yang terbaik untuk kebaikan perhubungan. For the sake and benefit of the relationship.

Kadang-kadang kita lupa ada masa yang kita menjadi seorang yang sangat mementingkan diri sendiri sehingga melukakan hati dia secara tidak sengaja. Kadang-kadang kita tidak tahu kenapa kita melakukan sesuatu perkara but end up doing it anyway, dan in the course of doing what we were doing, kita secara tak sengaja melukakan hati dia. Dia dan kita berbincang tentang kelemahan diri dan kepincangan dalam perhubungan, kita terlalu cepat untuk menuding jari kepada dia. Kita tidak mampu menerima kelemahan diri. Setiap kali apa sahaja kelemahan diri kita yang dia perkatakan kepada kita, kita lebih senang mengubah jari itu agar menunjuk kepadanya. Ego. Itu adalah ego.

Perkara pertama. Didalam tika bercinta, mengawal ego itu adalah sesuatu yang essential. Kita tahu kita telah melukakan hatinya tapi kita enggan meminta maaf. Bukan kerana kita tidak mahu tetapi kita mahu dia sendiri bertanya kenapa kita lakukannya atau kita mahu dia lakukan sesuatu, apa sahaja untuk melunaskan keegoan ini kita, sebelum kita meminta maaf daripadanya. Kita mahu berada lebih tinggi daripadanya. Ego. Dia memohon maaf namun kita hanya diam. Tidak memberi jawapan. Bukan kerana kita tidak mahu memaafkannya tetapi kita mahu dia menghancurkan egonya agar dia boleh kita maafkan. Kita mahu berada lebih tinggi daripadanya. Ego. Malah lebih ego daripada dia. Adakah kita pernah sedar? Adakah kita pernah bertanya; adakah aku sedang menyuap kepuasan ego aku?

Ego itu adalah sesuatu unsur. Dan unsur itu adalah sebahagian daripada jiwa. Tidak dapat dinafikan ia kelihatan seperti satu unsur yang ketara negatif bila ia tidak diletak pada tempat yang sepatutnya. Ego itu perlu agar kita sentiasa mempunyai keyakinan diri. Self Esteem. Kita perlu belajar untuk memahami bagaimana ego itu berfungsi dan bagaimana untuk mengawalnya, bukan sekadar ego kita sendiri, malah ego sidia. Memahami egonya adalah memahami sebahagian daripadanya, memahami jiwa anak kecil yang terselit didalam jiwanya. Memahami bukan sekadar mengetahui tetapi juga untuk tahu bagaimana untuk mengawal perasaan sendiri apabila berlaku pertembungan diantara ego kita dan ego dirinya. You can either lose the battle to win the war or if you are smart enough, win the battle and the war at the same time.

Ego bukanlah kesombongan, ujub atau bangga diri, tetapi lebih merupakan satu perasaan yang ditapis daripada unsur unsur yang membentuk rasa self-centrism, cuma pada aras yang jauh lebih rendah. Ia sukar dikawal kerana ia terlalu subtle dan kita tidak mampu mengagak bila ia akan mengawal diri kita (ya, ia boleh mengawal perilaku seseorang. Hebat!). Kebiasaanya kita hanya akan sedar apabila the damage has been done dan kita membuat kesimpulan bahawa ia disebabkan oleh ego.

Belajar untuk melangkah setapak lebih awal daripada ego anda.

Hari Ke empat puluh lima:

Kau selalu menyuruh aku agar berhenti menangisi masa depan kita. Apa yang kau mahu aku katakan? Yang semuanya akan berjalan dengan baik sebagaimana yang kita mahukan?

Hari Ke empat puluh empat:

Kau ada dia
Aku tidak punya siapa
Kini
Setiap kali aku melihat wajahmu
Aku hanya lihat dia
Dan ianya sangat sangat menyakitkan

Kau cuba merawati
Aku akan menjumpai
Seorang kekasih abadi
Agar kau tidak diselubungi
Rasa dosa
Kerana membuat aku begini

Ya, salah ini salah aku juga
Aku yang mengiyakannya
Aku melangkah masuk kedalamnya
Dan kau masih ada dia
Dan setiap kali aku melihat wajahmu
Aku lihat dia

DIA, DIA, DIA

Kau kan pulang
lari kedalam pelukannya
Hanyut dalam ciumannya
Leka dalam sentuhannya
Kau kan teruskan hidupmu
bersama dengannya
dan kau akan belajar untuk menyayanginya
belajar memahaminya
belajar menyintainya
dan akhirnya tenggelam
dengan sikecil yang menghiasi kau dan dia

Aku?
Aku akan tetap disini
berdiri mengharap wujudnya
dirimu yang kedua.

Hari Ke empat puluh tiga:

Indah bila kita bertemu dengan pasangan yang paling ideal. Kita tidak pernah menjangkakan bahawa dia wujud, tetapi hari ini dia berada dihadapan mata. Pasangan yang paling ideal.Kita berasa bebas bila bersamanya dan sempurna. Setiap hari bersamanya, terlalu bahagia sehingga tidak terucap dengan kata kata. Pernah mengalami perasaan sebegitu? Perasaan cinta yang begitu dalam sehingga tiada ungkapan kata kata yang mampu memberi tafsir yang paling tepat untuknya? Tak terkata? Pernah? Ia pengalaman yang paling aneh, tidak tergambar dek kata kata. Seolah dunia ini berpaksikan kita dan pasangan sahaja.

Ramai orang yang mengaku memahami keadaan itu tetapi sebenarnya terlalu terpesona dengan kegembiraan sahaja, bukan rasa yang pada dasarnya adalah rasa hati. Tidak ramai yang tahu menafsir bahasa hati kerana terkabur dengan perasaan seperti gembira, teruja dan bermacam lagi, lantas apa yang sebenarnya rasa gembira itu ditafsir sebagai rasa cinta yang dalam. Tidak ramai yang tahu menafsir bahasa hati.

Bagaimana untuk melihat cinta yang dalam itu? bagaimana untuk merasainya? Tunggulah sehingga anda ada peluang untuk berada didalam keadaan yang anda sudah tidak punya harapan untuk bersamanya, namun anda masih lagi bersamanya kerana kalian terlalu sayang menyayangi diantara satu sama lain. Anda tahu yang anda akan terkorban, rebah dan tidak akan mampu berdiri lagi, tetapi anda tetap berpaut pada harapan yang tidak akan menjadi kenyataan itu. Waktu itulah anda akan mampu rasai, cinta yang saya maksudkan. Ia sangat memeritkan.
 
 
Copyright © Metafora Post Modernisme
Blogger Theme by BloggerThemes Design by Diovo.com