Jika ada orang bertanya "adakah cinta sejati itu wujud?" aku akan mengatakan bahawa cinta sejati itu wujud dan ianya sangat indah. Tidak sempurnakah perasaan apabila setiap saat kau bersama dia, apabila setiap saat itu dipenuhi dengan rasa bahagia yang tidak termampu di definisi oleh kata kata? Setiap apa yang dilakukannya saban hari tidak mengundang kebosanan tetapi melengkapkan arca arca membuatkan kau jatuh cinta kepada dia dengan lebih dalam. Apa kah perasaan yang terpendam bila hati berbisik berkata bahawa dia lah orang nya walaupun berkali kali kau cuba menafikannya, ternyata tidak terkesan. Hanya membuatkan kau jatuh kepadanya dengan lebih dalam. Saban hari kau tertanya adakah ini benar kerana ia terlalu mustahil. Perasaan yang kau rasa ini terlalu mustahil untuk wujud dan kau telah cuba mencari penjelasan apakah perasaan ini sebenarnya dan kenapakah ia menghantui diri mu dengan begitu dalam. Kau tidak ada jawapan. Cinta sejati itu wujud? bila mana kau merasainya perkataan CINTA itu seolah olah terlalu kerdil untuk memberi kepuasan pada yang melafazkannya. Terlalu kerdil. Walau berjuta juta kali kau melafazkannya pada dia, kau tidak akan pernah berasa puas dan kau tidak akan pernah merasa cukup. Cinta sejati itu wujud? Bila kau mengerah keringat mencari kelemahan kelemahan cinta itu dan kau gagal menjumpainya sehingga kau mula bertanya, adakah aku merasa semua ini kerana aku sedang dilamun cinta? Atau perasaan ini akan hilang selepas kau benar benar memeluknya erat? Kau mula bertanya dan kau akan gagal mencari jawapan. Ia wujud namun bukan bernama cinta. Ia perlukan satu perkataan yang lain yang kau tidak pernah bisa tahu. Ia bukan cinta tetapi sesuatu yang lain yang cukup menakjubkan, dipenuhi dengan keajaiban dan kebahagiaan.

Adakah cinta sejati itu wujud? Ya, kerna aku pernah merasainya.

0 tulisan tambahan:

 
 
Copyright © Metafora Post Modernisme
Blogger Theme by BloggerThemes Design by Diovo.com