Hanya Pada,


Aku hidup didalam mimpi.
Aku berjalan berteman memori.
Kisah kisah cinta dan puisi-puisi rindu.
Cerita-cerita tawa dan lagu-lagu merdu.
Hatiku telah lama kosong.
Bisik nurani mati tak terdorong.
Cinta hanya pada kata.
Tidak pada makna.

Berakhir tanpa ada nesannya.
Tanpa nama terukir kalimahnya.
Aku tenggelam semakin dalam.
Hujan dan hari-hari yang muram.
Rintik embun menerjah.
Membawa syair yang sudah punah.
Hati hanya pada bicara.
Tidak pada rasa.

Kenapa aku masih berpaut.
Dia sudah tak bertaut.
Pudar bungkam hancur dan rebah.
Menyerah resah, tewas dan kalah.
Jiwa hanya ada sengketa.
Tiada lagi warna.

ii.

Sesaat ku bernafas, seribu soal ku bertanya.
Sekelip ku melihat, seribu alam sudah kubuta.
Aku tidak mahu terus.
Tidak mahu terus lagi.

iii.

BUNUH DIRI. BUNUH DIRI. BUNUH DIRI. BUNUH DIRI.

0 tulisan tambahan:

 
 
Copyright © Metafora Post Modernisme
Blogger Theme by BloggerThemes Design by Diovo.com